0 Ulasan Filem : Bunohan (2012)



Salam 1Malaysia seperti kata Dato Seri Najib 1Malaysia..

Bunohan!! Ini bukan sebuah filem yang ditulis skripnya pakai lubang hidung dan diarahkan pakai kaki seperti beberapa filem yang pernah menonjolkan budaya tempatan seperti filem Papa Benang yang menonjolkan budaya buatan versi utara.

Jika lu menganggap Bunohan adalah filem tomoi, sila Ong Bak diri sendiri. Bunohan adalah sebuah filem drama yang cukup mencabar IQ gua. Walaupun tidak se'psiko' No Country for Old Man, tapi cukup kuat untuk berdiri setanding Black Swan atau versi yang lebih domestik, Kaki Bakar.

Mengesahkan kehidupan 3 beradik sebapa, Ilham (seorang pembunuh upahan), Bakar (guru dan peniaga) dan Adil (peninju tomoy). Masing-masing tak sama kepala. Ada saja point nak gaduh. Tema Bunohan mudah, konflik antara orang yang dipercayai (keluarga, sahabat, guru etc).

Pergerakan plot demi plot sememangnya memerlukan psikoanalis yang kuat dalam mentelaah audio dan visual yang disuap. Hasil kerja Dain Iskandar boleh dikategorikan amat teliti dalam pemahaman fi'el manusia dan budaya setempat.

Dunia tak semestinya indah, hero tak semestinya sempurna bak maksum seperti yang dipaparkan oleh drama dan filem tipikal. Kebanyakan manusia pasti ada bright side dan dark side, dan itulah tulang belakang yang menggerakkan filem. Ilham, seorang pembunuh upahan bukanlah jahat sesyaitannya, kasih sayang terhadap ibunya masih kuat dan pegangannya kepada adat resam masih ada tatkala dia mengebumikan semula rangka-rangka yang dibuang dari tanah perkuburan. Dan watak Bakar menunjukkan muka baik tak semestinya hati baik, tanah orang kampung dirampas dan bapa sendiri dibunuh demi berkiblatkan harta. Adil pula membenci bapa sendiri, namun taat kepada guru. Maka terpulanglah kepada penonton, siapa yang hendak diklasifikasikan sebagai 'the baddest ass of bad asses'. Pembawakan watak amat halus sehingga proses analisis terbawa-bawa hingga ke pintu kereta.

Kajian secara terperinci dibuat kerana Bunohan melibatkan unsur-unsur budaya seperti wayang kulit, tomoi dan main puteri. Terlampau kuat penglibatan unsur-unsur berikut sampai kadang-kadang gua pun termenung nak mencerna filem Bunohan. Lakonan pula bukan suatu halangan kepada Bunohan.

Tak perlu melibatkan penyanyi cantik atau 10 orang awek untuk berlakon filem, cukup seorang hero tua, penyanyi lagu puisi dan pelakon muda berbakat besar sebagai tunjang utama, Bunohan berjaya diadaptasi sebagai sebuah naskah seni lengkap. Gua syak dialek Kelantan pasti menjadi cabaran dalam sebuah filem budaya seperti Bunohan, tapi Joe Kidd Carburator Dung berjaya menyekolahkan para pelakon. Sehingga lu boleh bezakan mana dialek Kelantan dan mana dialek Pattani. Dengan slanga Pattani, teringat arwah Tok Wan gua. Al-Fatihah.

Ending Bunohan amatlah dark. Gila dahsyat dark dia. Boleh suruh budak metal buat lagu.

Rating : 3.8/5

Sumber Poster : AbellJefrry


0 487 batang pen patah: