0 Projek Tahun 2063


*Gambar Tok Wan waktu grad zaman universiti dulu


Jun 2053

"Selamat tinggal semua. Gua berharap syarikat ini akan terus maju dengan arus permodenan dengan batuan kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih kepada anda semua selaku tonggak utama syarikat ini dan kerajaan Barisan Nasional kerana memerintah Malaysia selama 98 tahun dengan adil dan saksama," bait-bait dari ucapan bersempena hari terakhir gua di syarikat.

Hari ini umur gua genap 56 tahun dan sudah tiba masanya gua melepak di rumah melayan cucu-cucu dan ikan koi Jepun.

June 2063

"Bang, minyak kereta ni dah habis," jerit isteri gua dari garaj kereta.

"Hmm... minyak makin lama maikn mahal sampai RM 24 seliter. Perodua Helang pun bukan calang-calang makan minyak. Sekali isi minyak penuh sampai RM1,500," monolog dalaman gua sendirian sambil memberi makan kepada ikan koi Jepun di kolam nan indah.

"You isilah dulu pakai kad kredit. I tak ada cash sekarang ni," balas gua dengan jeritan sama kuat. Dulu masa bercinta sembang sampai nak kena pakai mikrofon, kalau tak memang tak dengar. Ni dah bercucu, bercakap sampai ketua kampung tahu gua suruh bini isi minyak pakai kredit kad.

Gua melangkah kaki ke belakang rumah mengjengok pokok durian. Sekarang ni musim durian 5 tahun sekali angkara global warming. Tak macam gua kecik-kecik dulu, setahun 2-3 kali musim durian.

"Hmm..dapatlah 2 biji musim ni. Adalah rezeki cucu-cucu nak rasa durian," hati gua bersembang sendirian sambil gua menepuk-nepuk pokok durian yang gua tanam melalui teknik hidroponik.

Tanah makin mahal, minyak makin mahal, makanan ikan koi Jepun pun mahal. Dulu gua kerja swasta, tak ada pencen. Duit dalam KWSP pun dah makin nipis. Sekarang umur gua 66 tahun dan tanpa income tetap menjadikan umur sebagai liabiliti terhadap gua.

Katakanlah ditakdirkan usia gua sampai ke 70 tahun. Bagaimanakah gua hendak meneruskan kehidupan gua untuk menghabiskan sisa-sisa hidup gua? Takkan gua nak korek tanah je tiap-tiap hari cari cacing nak kasi makan ikan koi Jepum? Macam mana gua nak isi minyak Perodua Helang? Mana nak cekau duit kasi duit raya dekat cucu-cucu? Mana pulak nak tebas duit bayar rumah teres yang berharga 2 juta angkara kenaikan harga hartanah mendadak akibat inflasi yang tinggi pada 40 tahun lepas?

------

July 2012

Maka dengan ini gua sedang merancang untuk Tabung Tahun 2063. Nak harap KWSP berapa duit sangat. Dengan itu gua kena survey-survey, emas, tabung haji, Amanah Saham 1Malaysia dan apa-apa sahaja pilihan yang ada. Nak kena analysis pakai Six Sigma ni..

Oke..gua nak usha drama pasal Azhar Sulaiman yang pedo dan gay..babai


1 Misteri Gua, Tempe dan Dia...

Tatkala matahari mahu balik tidur, burung layang-layang beterbangan pulang ke sarang, kucing berhenti mengawan, lantas gua pun mengambil langkah sepantas kilat untuk pulang ke rumah..

Throttle minyak motosikal dipulas mengikut nafsu.. "Hmm..boleh pergi takat 115 kmph je.. Badan gua naik lagi la ni..selalu boleh pergi sampai 130 kmph," gua bermonolog dalaman sendirian. Meter motor dan kelajuan maksima motosikal menjadi penanda aras jisim gua. Kadang-kadang tak tepat sangat, mungkin tarikan graviti tak sama di setiap tempat..bukannya salah gua tak beringat.

"Bulan madu di awan biru..tiada yang mengangguuu....." sambil bawak motor sambil uji suara mana tau tahun depan M. Nasir panggil masuk studio.

Tiba-tiba...

Zass...seorang amoy naik BMW saw-Q betul-betul depan motor gua ikut lorong kecemasan. Gamaknya beginilah manusia, makin besar kereta maka makin kecillah otaknya. Bawak BMW, tapi sifat timbang rasa tertinggal dekat rumah.

Setibanya gua di rumah ku syurga ku, tanpa ragu-ragu gua berlari ke jamban untuk menambahkan niali pelaburan bersempena FGVH diseenaraikan di BSKL.

Seeloknya gua  lalu di tepi meja makan, terbau tempe pedas yang menusuk kalbu.

Ohh..mana datang tempe ni? Jiran sebelah kasikah? Gua masuk Wakenabeb ke? Seingat gua, on the way balik dari ofis tadi tak ada pulak gua terjumpa teko ada jin yang boleh kasi wish-wish..

...........

"Abang!!".. sergah seorang wanita tengah 20-an yang tersenyum manis.

Abang?? Gua terkhilaf sebentar..

Owh..tu isteri gua. Gua dah berumahtangga rupanya..hehehe

Selamat pengantin sebulan baru kepada gua dan isteri :)



0 Ulasan Filem : Bunohan (2012)



Salam 1Malaysia seperti kata Dato Seri Najib 1Malaysia..

Bunohan!! Ini bukan sebuah filem yang ditulis skripnya pakai lubang hidung dan diarahkan pakai kaki seperti beberapa filem yang pernah menonjolkan budaya tempatan seperti filem Papa Benang yang menonjolkan budaya buatan versi utara.

Jika lu menganggap Bunohan adalah filem tomoi, sila Ong Bak diri sendiri. Bunohan adalah sebuah filem drama yang cukup mencabar IQ gua. Walaupun tidak se'psiko' No Country for Old Man, tapi cukup kuat untuk berdiri setanding Black Swan atau versi yang lebih domestik, Kaki Bakar.

Mengesahkan kehidupan 3 beradik sebapa, Ilham (seorang pembunuh upahan), Bakar (guru dan peniaga) dan Adil (peninju tomoy). Masing-masing tak sama kepala. Ada saja point nak gaduh. Tema Bunohan mudah, konflik antara orang yang dipercayai (keluarga, sahabat, guru etc).

Pergerakan plot demi plot sememangnya memerlukan psikoanalis yang kuat dalam mentelaah audio dan visual yang disuap. Hasil kerja Dain Iskandar boleh dikategorikan amat teliti dalam pemahaman fi'el manusia dan budaya setempat.

Dunia tak semestinya indah, hero tak semestinya sempurna bak maksum seperti yang dipaparkan oleh drama dan filem tipikal. Kebanyakan manusia pasti ada bright side dan dark side, dan itulah tulang belakang yang menggerakkan filem. Ilham, seorang pembunuh upahan bukanlah jahat sesyaitannya, kasih sayang terhadap ibunya masih kuat dan pegangannya kepada adat resam masih ada tatkala dia mengebumikan semula rangka-rangka yang dibuang dari tanah perkuburan. Dan watak Bakar menunjukkan muka baik tak semestinya hati baik, tanah orang kampung dirampas dan bapa sendiri dibunuh demi berkiblatkan harta. Adil pula membenci bapa sendiri, namun taat kepada guru. Maka terpulanglah kepada penonton, siapa yang hendak diklasifikasikan sebagai 'the baddest ass of bad asses'. Pembawakan watak amat halus sehingga proses analisis terbawa-bawa hingga ke pintu kereta.

Kajian secara terperinci dibuat kerana Bunohan melibatkan unsur-unsur budaya seperti wayang kulit, tomoi dan main puteri. Terlampau kuat penglibatan unsur-unsur berikut sampai kadang-kadang gua pun termenung nak mencerna filem Bunohan. Lakonan pula bukan suatu halangan kepada Bunohan.

Tak perlu melibatkan penyanyi cantik atau 10 orang awek untuk berlakon filem, cukup seorang hero tua, penyanyi lagu puisi dan pelakon muda berbakat besar sebagai tunjang utama, Bunohan berjaya diadaptasi sebagai sebuah naskah seni lengkap. Gua syak dialek Kelantan pasti menjadi cabaran dalam sebuah filem budaya seperti Bunohan, tapi Joe Kidd Carburator Dung berjaya menyekolahkan para pelakon. Sehingga lu boleh bezakan mana dialek Kelantan dan mana dialek Pattani. Dengan slanga Pattani, teringat arwah Tok Wan gua. Al-Fatihah.

Ending Bunohan amatlah dark. Gila dahsyat dark dia. Boleh suruh budak metal buat lagu.

Rating : 3.8/5

Sumber Poster : AbellJefrry