0 Ulasan Filem : Ombak Rindu (2011)


Ini bukan filem runcit-runcit, dari brader kaki gim sampai ke mak cik-mak cik beratur memenuhi pawagam semata-mata untuk menonton aksi Haris (watak gua yang dilakonkan Aaron Aziz), Izzah (Maya Karin) dan Mila (Lisa Surihani). Sememangnya pada first impression gua menampakkan filem ni agak facist, kerana watak-watak semuanya nak ambil saing-saing hensem sama cun-cun belaka. Namun prasangka gua meleset apabila melihat Azizah Mahzan..hehe

Bagi scene perfileman di Malaysia, filem yang yang diadaptasi dari novel adalah sesuatu yang julung-julung kali. Adaptasi novel dari filem memang banyak. Jadi bagi Ombak Rindu yang hit dikalangan budak-budak perempuan asrama, plot ceritanya pasti dijangkakan akan terikat kepada novel nukilan Fauziah Ashaari. Dan menjadi sebuah cabaran pengarah dan penulis layar, Osman Ali untuk mengarap karya tersebut di dalam filem berdurasi 2 jam.

Plot filem novel sepatutnya terikat hampir secara total kepada novel asal, cuma beberapa part telah di'compress'kan untuk bersesuaian dengan durasi filem. Tetapi dalam Ombak Rindu, beberapa part telah diubahsuai dan membuatkan output dan feel pembaca yang menonton filem boleh lari.

Jika diperdalami, pergerakan naratif Ombak Rindu adalah 100% dari pandangan wanita. Watak Izzah, Mila dan Sufiah menjadi sebagai pusat perkembangan naratif, aksi dan konflik. Watak Izzah digambarkan sebagai watak yang lemah dan tak berdaya. Tapi watak Mila dan Sufiah mempunyai sifat yang antonim iaitu bersifat dominan dan berkuasa. Tapi pertembungan naratif agak lemah apabila Sufiah tahu bahawa Izzah adalah isteri Haris dan Mila tahu Izzah adalah pemilik hati Haris.

Akibat perkembangan naratif yang lemau, maka berderu-derulah konflik melankolik menghantui hidup Izzah. Akibat ketandusan faktor dan idea untuk mengembangkan naratif ke titik plot lain, jadi watak Izzah terpaksa dimanipulasi secara melampau. Peranan Izzah dan Sufiah-Mila ialah pertentangan berterusan sehingga membuatkan Haris terpedaya untuk menagih simpati kosong penonton. Kedudukan Izzah dalam association negatif iaitu simpati Haris dan nafsu badaniahnya semata. Oleh sebab itulah terdapat lebih kurang tiga babak ranjang.

Kewujudan Izzah yang tampak hebat di ranjang juga adalah gua lighat sebagai suatu pengada-adaan yang tak berapa nak logik. Baru sekali dirogol dan dituang arak, aksi ranjang di siang hari saing-saing pelakon x-rated film. Simpati dan air mata penonton ditagih adalah atas dasar manipulasi kewujudan dankeperibadian, bukan atas dasar penceritaan.

Penelitian pengarah dalam agak umum dan tidak terperinci. Bagaimana pembinaan karekteristik Izzah ini sebenarnya? Bertudung ketika di dalam rumah, tapi berkemban bila menyidai baju di luar rumah. Slrupp..

Paling mendukacitakan gua, editing part sangat-sangatlah hancur. Transaction antara scene sangatlah mendukacitakan. Tiba-tiba fade out, gelap dan muncul scence baru. Part editing sangat-sangatlah memotong stim. Dan ada orang perasankan gua, highest frequency dan lowest agak besar gapnya.

Secara totalnya, filem Ombak Rindu menghiburkan. Tetapi kecacatan dari segi teknikal membuatkan gua terpotong mood untuk sedih sebab berfikir terlampau teknikal. Pendek kata, overrated kot. Sorry atas ketelanjuran kata... Happy New Year

Rating : 5.7/10

0 487 batang pen patah: