3 Gua, Aaron dan Ong Bak Rindu

"Betul, cite ni memang tengah top kat Siam nun," tunang gua cuba mencairkan keegoan lelaki gua.

"Ehh..ye ke? I tanya brader tom yam kat rumah I tu, dia kata Ong Bak sampai part 3 je," balas gua menangkis serangan.

"Tony Jaa yang berlakon..tapi heroin dia Maya Karin," cantas beliau dengan point yang agak kukuh.

"Uih.. Maya Karin?" gua bermonolog dalaman. Jika diluahkan kata-kata tersebut, maknanya malam nanti gua dinner secara solo.

"Ok laa...apa nama cerita dia? Ong Bak Rin Du ek?" gua setuju gaya macho.

**************

Seeloknya gua bergegas dari wayang, hampir sekian awek belah kanan, atas mahupun bawah keluar dengan mata merah.

"Hmm...habuk masuk mata gamaknya. Bila la last depa vacuum cinema ni," gua menaakul menggunakan pengalaman membaca Novel Penyiasat 5 Sekawan ketika di bangku sekolah rendah.

"Macam mana cerita tadi?" tunang gua sambil mata berkaca, mungkin saki baki habuk tadi gamaknya.

"Hmm..okay la. Director pun pandai pilih Aaron Aziz yang jadi watak Haris. Kena la dengan paras rupa I," balas gua sambil tekan remote bukak kunci kereta Ferrari gua.

3 487 batang pen patah:

Maryam berkata...

aghhh...takleh caya. ahaha

Achan Sinclair berkata...

Hahaha...bangga r tuh

Witchunter berkata...

hahaha....tak boleh blah....apapun steadylah..layan ONG BAK RINDU...kasi la review...heheh