1 Ulasan Pendek Filem (Akibat Mengantuk) - Warrior (Bukan Kasut Takraw)


Jika lu dan adik lu selalu bergaduh, bertumbuk dan berkelahi, gua sarankan lu usha filem ni kerana dalam filem ni menunjukkan pergaduhan adik beradik di peringkat antarabangsa. Celaka punya epik pergaduhan.

Awas..filem ini bergenre drama dan bukannya aksi sepenuh masa seperti yang ditonjolkan dalam poster filem ni yang bergambar brader-brader badan ketak. Filem ini memang true menunjukkan cliche drama kekeluargaan dan tambahannya Mixed Martial Art sebagai tema.

Kisah 2 beradik yang berasal dari keluarga porak peranda akibat Sang Bapak yang pencen askar dan kaki mabuk. Maka bercerailah Sang Bapa dan Sang Emak. Adiknya, Tommy (Tom Hardy) ikut mak dan abangnya, Brendan (Joel Edgerton) ikut awek dan terus tak ikut Sang Bapa atau Sang Mak.

Nak jadikan drama, Brendan benci bapak dia sebab punca masalah. Adik pulak, benci bapak dan abang dia sebab celake ikut awek dan tinggal dia dengan mak dia hidup susah. Masa berlalu, Tommy cabut dari askar sebab trauma peluru bersimpang siur, abang pulak jadi cikgu fizik. Nak jadi drama lagi si Tommy berjanji nak sponsor family member dia yang mati dalam perang. Abang pulak keje gomen, anak sakit jantung, rumah dah refinance gila bab. Jadi masing-masing nak duit dan kebetulan depa termasuk Mixed Martial Art Spart Tournament yang bertahap antarabangsa untuk duit USD 5 Juta. Celaka banyak. Amacam beb, cliche tak sipnosis dia?

Filem ni lebih banyak buat mata masuk habuk berbanding lu ketap bibir. Emosi bercampur baur, nak sokong abang ke adik. Lebih mengharukan bila part Sang Bapak kena reject dengan 2-2 orang anak dia. Touching tahap eye more kena sabotaj, ada orang masuk jus bawang dalam eye more.

Plot-plot klasik seperti filem Rocky masih wujud dalam Warrior ni di mata bini tak kasi laki berlawan. Tapi bini mamat ni tak de la keras kepala macam Adrian dalam Rocky tu.

Bab aksi gua cakap boleh tahan la. Bila gua kenang-kenang balik, filem ni ada iras filem The Fighter lakonan Christian Bale awal tahun hari tu. Konsep kekeluargaan dalam tema pertandingan tumbuk-tumbuk. Sangat rapat tema tu antara 2 filem ni.

Secara keseluruhan, filem ni menarik la. Tak terasa 2 jam duration. Lagu alternative folk pun layan beb.

Rating : 8.3/10


1 487 batang pen patah:

incik neng berkata...

kau kalau buat review filem
mesti aku rase macam

"sial la apsal crita serius kau buat review kasik aku gelak"