2 Ulasan EP : Pot Amir - Alkaline Jazz (2011)

Bismillah,

Dah berapa kurun gua tak review album ni. Gua baru dapat album Pot Amir : Alkaline Jazz yang dihantar secara ekslusif ke meja kerja gua. Maka secara langsungnya, udara di dalam pejabat gua hari ni dipenuhi dengan melodi-melodi dari album tersebut. Album ini bunyinya sangat friendly dengan telinga nusantara jika didengar secara surface. Tapi jika di dalami, Alkaline Jazz ni mempunyai lagu-lagu yang ada kekuatan yang unik. Dan gua tak sarankan album ini dipasang ketika traffic jem, kalau pasang jugak...lu akan melayang. Itu penangan dia.


Bedebah, gua lupa nak introduce Pot Amir. Pot Amir adalah orang Bota Kiri, Perak. Pernah mengangotai Innuendo yang famous dengan Belaian Jiwa, kemudian berubah arah kepada Radiostar @ Rosin yang pernah gua ulas 2 tahun lepas, kini bersama kumpulan selawat RnB, Al-Mawlid dan kini Pot Amir masih bersama Rosin. Ini adalah rilisan atas nama Pot sendiri, dan hasil kerja individual Pot bersama Rosin, Al-Mawlid dan rakan-rakan.

Sebenarnya rilisan ini lebih sesuai dipanggil EP, mengandungi 5 trek. Kebanyakan adalah rilisan Pot bersama Rosin. Kualiti bunyi (CD) adalah lebih baik daripada Radiostar - Dua yang telah mendapat tempat di carta radio kereta gua sejak 2009.

Track 1 : Keroncong Hybrid Untuk Bidadari (3:55)

Jika ditangkap pada awalnya, perisa R&B dan Jazznya agak pekat. Dengan lirik yang indah bak buku teks Komsas SPM dijangka akan membawa mood rileks ke penghujung bersama jazz scalenya. Tetapi, kejutan pada korus membuat gua jatuh cinta pada pendengaran pertama. Wow..korusnya keroncong!! (gua lupa tajuk lagu pun sebenarnya dah ada perkataan KERONCONG). Ini memang betul-betul hybrid, jazz bersenggama dengan keroncong dan hasilnya keroncong hybrid. Part guitar counter dalam korus memang pelengkap structure muzik. Solo yang cukup perisa jazz memang mampu melelapkan mata gua. Mungkin tahap lagu ni belum reach makam avant garde seperti Ornette Coleman, tapi ini dah cukup wow. Dari segi vokal, sememangnya antara faktor utama untuk gua cari EP ini. Suara tone 'baik' Pot sememangnya satu dari variable dalam pelengkap melodi lagu ni. Adlib, lenggoknya memang kena pada jiwa. Awas, lagu ini mampu membuat anda melayang teringat awek, tunang, bini atau skandal. Bahasanya cukup lazat.

Track 2 : Belaian Jiwa 1432 (Acapella) feat Al-Mawlid

Ingat tak Belaian Jiwa? Dipopularkan balik pada akhir 90an oleh Innuendo. Alaa..tak kan tak ingat? Lagu yang selalu lu main gitar depan awek tu.Haha. FYI, Al-Mawlid adalah sekumpulan manusia berbakat yang pernah mengangotai beberapa kumpulan vokal di Malaysia. Mereka terdiri dari Pot Amir sendiri, Taj Addin (Innuendo), Amer Munawer (Ruffedge), Zaf Nazaruddin (VE), Lah Ahmad (VE), Syed Mohammad (Ruffedge) & Azan Addin (Ruffedge). Nyanyian semula Belaian Jiwa yang ditambahbaik pada liriknya ini sememangnya suatu yang fresh. Lirik yang memuja kerinduan kepada seorang wanita telah ditukar kepada kerinduan seorang insan kepada Rasulnya. Paduan suara dari brader-brader ni gua rasa dah tak ada point nak complaint. Acapella sememangnya susah beb, terutama dari vocal weight. Segala background vocal yang just nice tanpa overshadow unison. Perghh..dah lama tak dengar Pot nyanyi in harmonize vocal group. Salute to Al-Mawlid. Evolusi!!

Track 3 : Kaseh feat Rosin & Orkes Bapak

Track ini pernah gua review 2 tahun lepas. Lagu beremosi dan berlemak. Permulaan lagu cukup sekadar alunan vokal diapiti piano yang light dan beat drum, cukup memberi syahdu. Rima gendang dalam susur tengah lagu sememangnya menambah sayu dan emosi. Dari segi muziknya, gua suka sebab simple tapi kuat, tak perlu solo gitar yang complicated dan bunyi yang reverb tak tentu hala. Modalnya solo akustik. Dan gua sangat suka lirik Melayu yang asli. Betul-betul asli.

Track 4 : Satu (Versi Crayon OST) (4:45)

Tahukan anda Rosin juga pernah memenuhi slot-slot soundtrack bagi filem-filem di Malaysia seperti Papadom dan Crayon. Lagu Satu ini memang datang dari EP zaman Radiostar lagi. Versi ini lebih simple, beremosi dan melankolik. Modalnya mudah, vokal dan piano yang ringan serta sedikit string instrumen. Muzik arrangement cukup perisa, development bunyi yang macam sonata allegro sikit kot dengan unsur-unsur concerto dan homophonic. Menariknya lagu ini terdapat vocal break dan sedikit unsur explosive untuk outro. Diakhiri dengan melodi kembali harmonic dan texture asal. Padu.

Track 5 : Keroncong Hybrid Untuk Bidadari versi LP (4:47)

Sama macam Track 1 dengan sedikit intro dengan piano break dan guitar ala blues scale sikit.

EP Alkaline Jazz sememangnya sebuah hasil tangan bukti kehadiran Pot Amir dalam industri muzik yang kembang kucup ni. EP ini bagu gua cukup Melayunya, tak kira dari segi muzik, feel mahupun tajwidnya. Lirik pula menggunakan pendekatan yang sama seperti prosa-prosa Melayu lama yang banyak menggunakan metafora alam semulajadi seperti malam, siang, bulan dan matahari. Cukup puitis dan lazat. Kiranya Alkaline Jazz adalah evolusi asli melayu yang membesar dan dewasa bersama usia.

Mungkin sukar bagi sesetengah orang untuk menerima muzik yang berevolusi. Perosak muzik, pelacur muzik dan entah berapa makian lagi boleh disumbat ke dalam lubang telinga. Tapi ingatlah, bahawa sesetengah perkara yang berevolusi itu mungkin berubah dari acuan asal, tapi DNA acuan pasti dibawa bersama dalam proses perngevolusian tersebut. Kita sering menyesatkan perkara-perkara yang 'tak tercapai oleh diri sendiri'. Dan akibat ke'gayat'an tersebut, kita sesatkan orang lain dan kita yang betul. Buka mata, buka minda, buka hati untuk menerima, kemudian berfikirlah dan bermuhasabahlah sebelum kita menjatuhkan fatwa.

Alkaline Jazz adalah sebuah karya kontra untuk Acid Jazz yang dikenali sebagai jazz kontemporari yang menempatkan unsur-unsur R&B, Funk dan lain-lain genre barat dalam muzik tersebut. Maka Alkaline Jazz adalah jazz yang meletakkan muzik-muzik Melayu sebagai pelengkap melodi. Permulaan yang baik oleh Pot dan team dengan meletakkan unsur-unsur lirik, instumen dan melodi Asli serta Keroncong dalam jazz. Mungkin satu hari nanti kita boleh mendengar jazz bersama inang, langgam ataupun zapin. Siapa tahu?

Wassalam..

2 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

salam.. kat mane nak carik? kat kedai cd skang dah ada ka?

etamu berkata...

Dapatkan dari www.e-tamu.com.

Terima kasih.