1 Ramadhan Datang Lagi

"Cepatlah Syazni!! Kita dah lambat ni." ujar gua dengan kaki menghentak-hentak lantai, tanda kesabaran kian menipis. Gaya macam kapitalis yang bakal kerugian projek mega sebab lambat datang meeting.

"Kejaplah, aku nak siapkan pembetulan ni. Ustazah suruh buat pembetulan sebelum keluar rehat," balas Syazni yang gigih dalam bidang akademik. Gua syak dia trauma tengok muka garang Ustazah Aminah je, tu la modal nak buat dia rajin.

"Ok siap!!" jerit Syazni. Buku dilontar ke atas meja cikgu dan kami berlari macam Superman ke arah gelanggang badminton.

Bulan puasa ni, kalau ada siapa yang ke kantin kira tak true la. Raya nanti tak boleh komplen kenapa duit raya dapat sikit. Tepuk dada, tanya puasa ke tak.

"Woi..jangan start dulu!!" tempik gua secara serius kepada geng.

-------------------

Polis sentri one to jaga..polis mati pencuri jaga..

Zasss..


Bertempiaran geng gua lari. Zaman tu pun gua slow sikit dari Watson Nyambek, sekarang jangan tanya.

------------------

Kringggggg

Bunyi loceng tanda waktu rehat dah habis. Dan sebagai pelajar sekolah agama rendah, kami kena solat Asar secara berjemaah.

Kaki saiz 4 dilangkah ke arah bilik wudhuk. Kadang-kadang ada budak celaka yang tak reti beza bilik wudhuk dengan jamban. Beberapa kali jugak la gua nampak taik berketul dekat bilik wudhuk tu. Sekarang dah jadi engineer gamaknya budak-budak tu.

"Bismillah," monolog gua dalam hati.

Gua usha member-member paip sebelah. Masing-masing baru start baca bismillah juga gamaknya. Gua dapat bayangkan sejuk perut mak-mak kalau usha anak-anak dia time tu.

Lepas bismillah kena basuh tangan sampai pergelanggan tangan. Usha member sebelah. Ok, setel. Gua pun time tu tak berapa konpiden dengan flow wudhuk.

Lepas basuh tangan, masing-masing berkumur. Gua pun berkumur sama.

Usha kiri kanan, kumur-kumur tapi tak luah air keluar mulut balik.

Celaka...

-------------------

Itu kisah gua rasa dalam 15-16 tahun lepas. Sekarang era globalisasi, budak-budak tak curi minum pakai paip bilik wudhuk. Sekarang dah ada filter air Hai-O berteknologi nano.

Ramadhan ni datang setahun sekali je. Entah tahun depan sempat lagi ke tak kita bertemu Ramadhan, umur pun makin meningkat. Ramai kawan-kawan gua yang dah menyambut puasa dengan anak bini. Gua masih berkesempatan bersahur dengan keluarga. Umur gua 24 tahun, dan gua rasa 10-11 tahun gua tak duduk dengan keluarga. Campur tahun ni, gua rasa ada lah sejak gua mumayyiz dalam 2 tahun termasuk tahun ni yang gua betul-betul menyambut Ramadhan dengan keluarga.

Dalam kehidupan yang sementara ni, gua rasa macam tersentuh juga. Berapa lama sangatlah gua dapat spent masa yang berkualiti dengan mak bapak gua. Esok lusa kita tak tahu apa nak jadi kan? Bak kata orang Batu Gajah, Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. Maka gunakanlah masa yang ada dengan meluangkan masa-masa ni dengan famili dan bakal famili. Semoga Ramadhan ini lebih indah untuk semua.


1 487 batang pen patah:

Wah Chan berkata...

Moga "kita" dipertemukan lg dgn Ramadhan.

Aminn... (=

-MBY-