2 5 Kategori Pemandu Yang Membuatkan Kaki Gua Ringan

Sebagai pemegang lesen kelas D dan B2, maka secara otomatiknya gua layak untuk memandu mobil dan motosikal. Tiada diskriminasi dalam perlakuan, gua meletakkan motosikal dan kereta sebagai kenderaan utama gua. Maka dalam pengalaman gua yang tak seberapa ni, gua terpaksa mengklasifikasikan beberapa jenis pemandu yang gua rasa nak backhand laju-laju.

Tujuan gua menulis ini bukanlah untuk membenci kepada mana-mana pihak, tapi tepuk stereng, tanya diri. Kalau lu tergolong dalam kategori insan dibawah, silalah bertaubat selagi masa masih ada.

  1. Pemandu yang suka potong barisan ikut laluan kecemasan.

    Wahai pemandu yang budiman, sedarlah bahawasanya semua orang dekat atas jalan tu nak cepat sampai ke destinasi. Apa hak lu nak potong di laluan kecemasan tatkala tayar lu semuanya kembung dan enjin kereta lu tak keluar asap ikut bonet lagi. Tu belum kira lu himpit penunggang motor kat tanah lagi. Beberapa kali gua tersodok kat tanah angkara golongan paling laknat ini. Dan nescaya, mereka juga menerima balasan berupa side mirror baru kerana patah akibat diterajang. Bersempena Aidilfitri ini, kepada mereka yang bertuah, gua mintak maaf dan padan muka hangpa. Apalah sangat side mirror lu dibandingkan dengan nyawa gua yang tak seberapa ni kan?ehehe

  2. Pemandu yang suka berhenti dekat tengah petak kuning di persimpangan jalan.

    Wohoi...lu ingat petak kuning tu petak letak kereta ke? Ini pun jenis manusia yang tak reti sabar.Lu nak cepat kejar lampu hijau, dah tahu jalan depan tak gerak so sabarlah tunggu turn sekali lagi. Bila lu berhenti dalam petak kuning tu, maka secara otomatik lu sudah block jalan laluan lain. Kalau gua naik bulldozer, kalau ada kereta bikin perangai ni memang dah kena sodok beb.

  3. Pemandu yang tak reti pakai lampu isyarat.

    Hello untie, lu ingat Toyota, Honda, Proton, Perodua, Mercz, Ferrari semua saja-saja ke buat lampu signal tu? Seronok-seronok sebab ada mentol terlebih order? Nak tukar lane ke masuk simpang ke, tolonglah bagi lampu isyarat. Bukan susah pun, tak ada nya kalau nak bagi signal tu kena kayuh dinamo. Kait jari je, menyala la lampu signal tu. Arghhhh..kalau tak nak pakai cakap, nanti gua pecahkan signal korang. Tak da la sakit hati sangat usha kereta yang tak cacat signalnya tapi tak reti kasi signal time nak masuk simpang.

  4. Pemandu yang keluar simpang ikut suka.

    Kalau lu keluar simpang kecik dan hendak ke kiri ke arah jalan besar biasanya lu akan jumpa signboard beri laluan kan? Tolonglah paham saudara-saudari yang gua hormati sekalian. Signboard tu suruh lu beri laluan kepada kenderaan yang laju dekat jalan besar tu. Bukannya signboard tu dicipta untuk beritahu yang lu yang diberi laluan. Keluar simpang tu berhati-hatilah, jangan macam gampang terus rapat kanan.

  5. Bawak di lane paling kanan dengan kelajuan siput sedut

    Ni lagi satu kategori insan yang walawei. Ingatlah tuan-tuan sekalian, lesen anda adalah dari JPJ Malaysia bukannya JPJ Amareka. Undang-undang di Malaysia mensyaratkan bahawa, lane paling kanan untuk memotong, lane tengah untuk kelajuan sederhana dan lane paling kiri untuk siput sedut dan kereta yang sama laju dengannya. Paham-paham sendiri la weh. Jangan perasan laju.

Selamat Hari Raya, Pandu Cermat Jiwa Selamat.


2 487 batang pen patah:

Dr. Ben berkata...

Eid mubarak!

Achan Sinclair berkata...

Eid mubarak doc :)