4 Perlawanan Kelayakan Piala Dunia : Malaysia vs Singapura


  1. Parking space macam gampang penuh sebab semua parking reserve untuk VIP saja. Gua pun naik musykil dengan slogan "Rakyat Didahulukan" yang golongan-golongan atasan dok laung-laungkan. Kalau ikut paham gua, sepatutnya kereta rakyat marhaen dulu yang diutamakan dan para VIP yang sepatutnya menapak dari Technology Park.
  2. Macam biasa, bila jalan jem maka apa lagi pekerjaan yang gua boleh buat selain cuci mata usha mak we-mak we orang yang jalan kaki. Kesimpulannya, majoriti mak we yang datang stadium memang hot. Termasuk beberapa budak sekolah.
  3. Nyanyian lagu Negaraku sangat bersemangat sampai gua rasa berderau darah dekat kepala. Rasa patriotik gila sampai rasa gua nak berperang je dengan Singapore.
  4. Permainan Malaysia agak gampang pada 45 minit pertama.
  5. Bahagian pertahanan Malaysia agak jahanam, dan lobos. Senang-senang gua usha pak cik yang umur 41 tahun tu masuk petak penalti. Tak challenge bak kata beliau.
  6. Keeper Malaysia, Khairul Fahmi memang gila babi terer. Berapa juta try yang beliau save entah. Gua rasa kalau letak keeper 3rd yang lawan Arsenal tu, mau malam ni Malaysia kalah 2 juta - 1.
  7. Bahagian penyerang Malaysia pun gua nampak susah dapat peluang-peluang yang nice. Tapi Amirul Hadi, Safi Salee sama Gunalan memang punk.
  8. Referee Jepun agak celaka pada awal-awal permainan. Lepas ni kalau Jepun tsunami lagi jangan bukak tabung bantuan dah. Inilah yang dikatakan susu dibalas tuba.
  9. Paling bikin gua rasa celaka adalah teknik lakonan pihak Singapore. Apa depa ni hantar team untuk menang World Cup ke nak menang Oscar? Gua syak depa g kelas lakonan dengan Phua Chu Kang ni.
  10. Lakonan injured pihak Singapore membuatkan gua rasa nak pukul depa sampai injured betul-betul. Jumaat Jantan, nama dah ganas. Tapi gaya atas padang tak nampak macam anak jantan. Tekel sikit, guling setengah padang/
  11. Singapore berjaya memenangi perlawanan dengan 1-1 (agregat 6-4). Maka penonton pun baling botol sebagai hadiah kepada mereka.
  12. Gua benci benda yang berkait dengan Singapura. Singa ke, lambang Chelsea ke Peugeot ke. Lagu Singer menawan Keluarga Bahagia Anda pun gua dah alergik sekarang ni.
Demikian ulasan gua yang berhati panas ni



4 487 batang pen patah:

Nuriman berkata...

Nasib baik pemain singapore tak masuk stadium dgn kereta perang. Hati panas beb haha

Tanpa Nama berkata...

hahaha...dgn lagu rasmi Singer pon lu leh ada hal..hahahahahaha

RedNema (-_-") berkata...

kita sama berkongsi kepanasan.
aku siap berdiri dari awal sampai lampu stadium tutup sebab dah takdak seat. celah celah ketiak orang pon xleh selit. dabel the panas dabel the gampang.

nukman berkata...

gua pon malu bai drive peugeot hari tuh..