3 Hungry Man is an Angry Man


Pagi tadi gua mood gua sedikit terganggu. Sebagai seorang kanak-kanak membesar, gua perlu 8 jam sebagai waktu tidur optimum. Tapi diakibatkan memori gua terlampau kuat dalam mengingat perkara-perkara yang sepatutnya tak perlu, ketika gua nak pejam mata pada malam Ahad tu gua baru teringat bahawasanya gua perlu submit tender pada keeseokan hari sebelum matahari tegak atas kepala. Progress kerja, 10%. Haram betul.

Mengenangkan perut gua yang makin kempis, gua perlu kerja keras untuk mengekalkan 6 pek gua. Maka bekerjalah gua seharian sehingga 3 pagi. Biasanya gua akan bangun Subuh tatkala sinaran ufuk dah samar-samar kelihatan. Bermimpikan muka Boss gua, maka gua tak dapat tidur lena. Bangun 6 pagi dah start buat perkara duniawi. Tak alim langsung.

-----

Selepas jam 12 tengahari.

Selepasnya gua menghantar tender ke Bukit Jalil, throttle minyak motor dipulas dengan begitu tangkas untuk pulang ke opis. Berbekalkan perut tak beralas makanan, maka gua membawa pulang diri yang lara ke Subang Jaya. Tengiang-ngiang di lubang hidung bau nasi kabshah yang diimport khas dari Restoran Saba, Cyberjaya hasil duit poket Director gua yang berniat nak belanja kami semua. Mata mengantuk + perut lapar, apa lagi alasan untuk gua tak bertukar jadi Incredible Hulk?

Selepas 20 minit memulas minyak dengan tahap minyak kat kepala gua pun dah mendidih, maka tibanya gua di Taipan Business Centre. Lu nak tau kenapa nama dia Taipan? Sebab ramai pemandu dekat area ni bawak kereta macam Cipan. Dah tau jalan kecik, tapi nak jugak double park.

Nak dijadikan cerita, keadaan jalan yang macam gampang sempitnya. Motor gua sudah tercium side mirror sebijik MyVi hijau yang double park menghalang jalan raya, yang drivenye Nyonya dalam hujung 40-an. Maka gua pun berhenti tepi tingkap dia untuk minta maaf walau pada dasarnya nyonya tu yang jahanat (jahanam +lahanat) double parking dan block jalan.

Elok nyonya tu bukak tingkap dan bersemburlah, "Woi!!! Bodoh ka?? Tak da mata ka??". Harapan gua nak jadi pemuda mithali tadi dah berterabur hancur. Ingat, perut gua lapar, mata gua mengantuk dan sekarang gua kena maki dengan orang yang buat salah.

Tanpa ragu-ragu, gua pun bertempik "Woi!!! Sapa bodoh sekarang?? Parking block jalan!! Mau mati ka?!!". Gua punya jeritan tu gua sedar, memang saling tak tumpah macam hakka kumpulan ragbi All Black. Gua percaya budak-budak silat selalu dengar gua jerit. Lepas gua bertempik dekat nyonya tu, maka gua nampak muka dia sudah jadi pucat.

Ikut hati gua memang nak turun motor je kasi cap kaki kasut kulit baru gua kat nyonya tu. Tapi memikirkan gua tak nak perangai gua disamakan dengan brader Polis time Bersih 2.0 hari tu dan mendokong slogan 1Malaysia yang dilaung-laung Najib, maka gua membatalkan niat gua.

Kesimpulannya, hungry man is angry man. Don't makin' shit with us. Gua tutup post ini dengan sedikit persembahan hakka dari All Black



3 487 batang pen patah:

~cinderella~ berkata...

uuuuuuuuu....garangnye kau harris =)

p/s: ni bukan komen menggoda..lol

Dr. Ben berkata...

ala comey gaya ;)

incik neng berkata...

kauu...
memang makan darah.