2 Anti Kapitalis : Paranoid KUNING


Sabtu lepas orang ramai berpusu-pusu ke KL sambil berbaju kuning. Manakala gua pula mengambil kesempatan berpusu-pusu ke kampung untuk memburu durian berisi kuning. Elok balik ke KL gua terus mencari update tentang perhimpunan Bersih. Gua bukanlah menyokong mana-mana parti, tapi gua lebih tertarik untuk melihat layanan istimewa untuk penyokong-penyokong Bersih. Secara jujurnya gua memang fak politik sebab seumur hidup gua, gua kenal politik adalah jalan kapitalis. Ini pandangan gua. Lu tak suka, sila tekan simbol 'X' di sebelah kanan tetingkap blog gua ni.

Dalam pemerhatian, gua nampak kerajaan sangat-sangat paranoid gila terhadap perhimpunan Bersih ni. Pihak polis la jadi barua depa. Pihak ATM kena perintah berkurung sebab takut ada anggota & pegawai join Bersih. Pantang lu pakai baju kaler kuning, mesti kereta lu kena selerak sebab disyaki ada simpan molokov cocktail. Come on!!

Gua paling tak boleh blah iklan dkat TV kerajaan yang WTFUUU... geli geliman gua,,,

Di sini gua nak tunjukkan beberapa situasi apabila paranoid Bersihophobia menguasai diri.


Situasi 1

Polis : Phua Chu Kang, lu apa pasal pakai but kuning datang Malaysia? Lu mau join Bersih ka?

Phua Chu Kang : I got some bisness in JB maa..what's wrong with my boot?

Polis : Lu pakai but kuning. Lu kena masuk ISA maa...


Situasi 2

Polis : Ni kenapa berkumpul ramai-ramai? siap ada khemah ni!!
Mak Cik : Mak cik buat majlis khatam Quran, encik. Jemput lah makan pulut kuning dengan rendang ni.

Polis : Kenapa mak cik masak pulut kuning ni? Mak cik ni geng Ambiga ke?

Mak Cik : Mak cik tanak pulut ni dengan kunyit nak, jadi la dia kaler kuning.

Polis : Tak de, tak de. Mak cik ada pilihan samada nak masak pulut kaler hijau ke, nbiru ke, margenta ke. Tapi mak cik tetap pilih kaler kuning. Mak cik dikenakan Akta ISA.


Situasi 3
DiGi Man : Bersama mu...walau di mana guaaa~~

Polis : Asal ko jalan-jalan pusing KL pakai kaler kuning? Jom ISA.


Situasi 4

Polis : Adik, ni kenapa peluk benda kuning ni?

Budak Kecik : Yeay..yeay..abang polis~~ Jom la main patung Pikachu ni dengan adik.

Polis : Tak de!! Balai cerita.

------------

Gua sertakan sedikit lagu dari Sex Pistols untuk tatapan Anwar dan Ibrahim Ali




2 487 batang pen patah:

penkek coklat berkata...

imaginasi ko terhadap kebodohan kerajaan terlalu hiperbola. baik2, takut ko yg nampak bodoh... haha

Achan Sinclair berkata...

Tak pe..gua tak kisah judge orang..ehehe