Diakibatkan paras rupa gua, seringkali gua disalah anggap sebagai Aaron Aziz, tapi mereka tahu bahawa gua Achan Sinclair. Bila I keluar kereta, gua nampak orang dok berbisik sesama sendiri. Sesekali terdengar bisikan mereka berbunyi, "Hensem..cute..bla..bla", I buat steady.
Ada yang berani pulak datang cuba approach gua, "Awak ni Achan Sinclair ke?".
Kadang-kadang gua bikin helah,"Gua bukan Achan Sinclair, takkan lah Achan comot macam ni".
Tapi, selalunya mereka balas, "Kalau macam awak ni awak kata comot, muka sebarai I ni macam mana kita nak jelaskan?"
Gua terperangkap dalam helah sendiri. Maka gua terpaksa mengaku. Disamping itu tak kurang juga ada awek yang meluahkan perasaan terhadap gua. Sebagai lelaki yang memahami, gua
biarkan saja mereka. gua risau jika gua buat perangai, Aaron Aziz dapat nama.
Selepas gua layankan telatah-telatah awek-awek Kota Singa tu. Perut gua memulas, mungkin sebab abalone yang gua makan tadi tak cukup kena dengan perut gua. Dalam kesesakan awek mengerumuni gua, gua berlari ke tandas awam.
Gua kuak pintu tandas...
Jamban tak ada paip air....
DAMN!!!
Demikian laporan gua dari Kota Singa

0 487 batang pen patah:
Catat Ulasan