1 Ulasan Filem : Nur Kasih The Movie (2011)


Lu seorang awek melayu bertudung? Namun anda tak layan Nur Kasih lagi? Anda memang tak uptodate dalam perkembangan terkini. Wanita mana tak mendambakan suami seikhlas Adam? Jika Adam yang berwajah ala-ala Asia Timur tak ngam dengan taste lu? Lu idamkan suami berwajah melayu yang perwatakan alim, suci dan hitam dahinya? Maka Aidil memang pilihan terbaik untuk lu.

Selepas 19 juta rakyat Malaysia menonton drama bersiri Nur Kasih di TV3, termasuk mak cik dekat Changkat Beserah, budak asrama puteri di sekolah Sesiput, dan untuk mencukupkan bilangan 19 juta penonton, Uncle Ah Seng yang lalu tepi kedai TV yang pasang drama Nur Kasih jugak dikira sebagai penonton. Kini Khabir Bahtia telah mengeksploitasi jiwa-jiwa yang merindukan Tiz Zaqiah..opss.. didalam Nur Kasih The Movie.

Bagi rakyat Malaysia yang 10 juta tak usha Nur Kasih tu, asalnya drama ni kisah 2 beradik Aidil dan Adam. Aidil ni sudah syiok sama Nur Aminah, tapi bapak dia sudah suruh Adam kawin sama Nur. So dunia kucar-kacir sekejap. So seterunya, lu kena usha filem ni la. Weh...amcam korang boleh tak terusha langsung Nur Kasih ni? Pelik gua

Plot agak menarik, lari dari tipikal biasa. Jika diikut-ikutkan memang banyak dah dari drama bersiri meleret-meleret sampai jadi filem. Contoh yang semua orang tahu, Gerak Khas. Secara jujur, kalau gua nak compare plot Gerak Khas dengan Nur Kasih memang gua rasa nak tarik misai A. Galak je.

Teknik flashback dan 3rd person omniscient narrative adalah suatu yang unik. Mungkin ada persamaan dengan Merong Mahawangsa. Tetapi ini adalah penceritaan semula oleh watak yang terlibat secara langsung. Berkesan juga la, dalam mencipta scene-scene yang misterius dan meruntun jiwa...perrghh ayat gua.

Dalam filem ni banyak gak tema-tema yang diperjuangkan seperti pengorbanan kepada Allah, persaudaraan, dan tema utamanya iaitu perjanjian kita dengan Allah dan manusia . Permainan di antara kebanyakan tema-tema ini bukanlah suatu yang berpanjangan, ianya hanya merangkumi satu babak per babak. Seperti babak Nur menolak tawaran Jehan Misken untuk design sebijik night club.

Antara tema yang gua suka adalah babak di mana seorang ustaz menolak pelawaan Adam untuk menjadi guru jemputan kerana pelajar-pelajar Adam yang terdiri daripada anak gelandangan itu tak memakai tudung dan bebas bergaul. Adam pertahankan bahawa pembinaan rohani itu bukan sekadar dari luaran, tapi dari dalaman. Dan ketika itu pelajar-pelajarnya belum bersedia untuk menerima tudung tanpa dipaksa. Dan ustaz itu pula mempertahankan niat tak menghalalkan cara. Very deep.

Secara tak langsung, filem ni buat gua fikir dah tua nanti agaknya apa kita nak jadi. Macam mana kehidupan kita, penerimaan keluarga kita etc.

Dari segi sinematorgrafi? Awesome!! Gua rasa macam gua usha iklan sepanjang sejam 40 minit. Gua rasa, orang ramai memang kenal hasil sinematografi Khabir memang stylo seperti filem-filem terdahulunya Setem, Sepi & Cinta. Angle-angle gambar memang membuat gua jatuh cinta kat sawah padi. Rasa nak membajak pakai kerbau je kalau ada sawah dekat Damansara ni. Gua memang kagum kaw-kaw dekat pengarah yang kreatif gini.

Cuma ada beberapa babak CGI yang gua tergelak berdekah-dekah macam babk lelaki yang badannya terbakar dekat scene keretapi terbalik. Api CGI tu memang gampang nampak tipu. Gua tak tahu mana relevannya kewujudan scene mamat berapi tu berlari.

Dan kelainan dalam filem ni adalah, pengarah muziknya bukannya pengarah muzik feveret gua iaitu Pacai. Kali ini, khidmat Hafiz Hamidun (UNIC) digunapakai dan hasilnya..SALUTE!! Good work for first big project (gua rasa la). Lagu menarik, soundtrack semua mantap-mantap!! Secara jujur, susunan music dan scene memang bikin ego gua boleh calar skek.ahaha

Pendek kata, kepada awek-awek dekat luar sana, silalah tarik balak/suami anda ke pawagam untuk usha filem begini. Tak sia-sia RM8 lu. Dari lu usha Sifu Tongga tu, baik lu sedekah kat gua kasi bayar bil letrik yang kian mahal.

Kepada lelaki-lelaki bujang diluar sana, kalau nak cari bakal bini. Silalah pergi ke pawagam, bawak la tasbih ke kopiah ke kemudian try approach awek-awek yang usha filem sorang-sorang. Gua jamin awek tersebut dah ready nak kawin. Ok..ini gua mengarut je..ahaha

Bintang : 4/5


1 487 batang pen patah:

Dayana berkata...

pacai is the best!