1 Ulasan Filem : Merong Mahawangsa (2011)


Kehidupan sebagai lelaki tidak berkomitmen menjadikan gua insan bebas. Dengan anugerah kebebasan diberi, gua pulas throttle minyak motor menuju GSC Summit USJ. Filem Merong Mahawangsa atau Benggong Mahawangsa menjadi pilihan santapan mata gua. Gua usha trailer filem ni macam gempak, tanpa ragu-ragu gua tuju kaunter beli tiket.

Filem bawah kelolaan KRU ini sememangnya dah gua jangka-jangka akan menggunakan CGI technology sebaik dan se'fully utilize' boleh. Berdasarkan pengalaman gua, filem-filem KRU yang pakai CGI ni, storyline macam gampang. Tapi jangkaan gua tersasar sedikit dalam Serong Mahawangsa ni. Storyline agak utuh.

Berbekalkan beberapa yang tak berapa terkenal di Malaysia, Yusry mempertaruhkan anak mat salleh celup, Stephen Rahman Hughes sebagai watak Merong Mahawangsa. Bermusuhan ketat pula dengan Kemawas lakonan Khir Rahman, gila babi ketat tak macam dalam Los dan Faun dimana dua-dua makhluk ni bersekongkol sebagai watak antagonis. Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah Stephen Rahman dan Khir Rahman adalah adik-beradik? Jawapannya, HELL NO!!

Plot cerita yang gua rasa boleh tahan cool, walaupun gua dapat rasa aura Pirate of Caribbean dalam filem ni. Tapi gua rasa ini kira permulaan yang cukup baik dalam era permodenan filem melayu abad baru ni. Sedangkan P. Ramlee pun ada mengambil perisa Akira Kurosawa dalam filem Semerah Padi, gua rasa okay lah ni.

Dari segi kareografi pertempuran memang solid, sebagai seorang pengamal seni bela diri. Gua nampak memang pengarah seni buat kerja. Boleh nampak beza movement time Merong Mahawangsa belum belajar silat dengan lepas belajar silat. Memang jelas beza street fight ngan silat.

Beberapa aspek yang gua rasa agak merosakkan mood gua, pertama prob, make up dan extra. Rambut Dato Rahim Razali memang macam gampang. Sorry to say Dato. Come on, CGI gila babi canggih, tak kan untuk rambut orang tua tu setakat tu je mampu ko buat? Dari segi pelakon extra pun satu hal, askar-askar Garuda & Langkasuka badan macam tak cukup zat dan orang kena penyakit bulimia. Come on weh, badan orang zaman dulu-dulu yang kerjanya masuk hutan dan hobinya bersilat memang tak logik la badan sehelai sepinggang. Cuba lu usha badan tok wan dekat kampung-kampung, walaupun umur dah 70-80 badan tetap solid. Adoi.


*Sapa saloon yang sponsor rambut pak cik ni?

Ini lagi satu gua marah, Music Director memang bikin perangai. Lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih tu gua rasa dari segi ramuannya dah cukup untuh untuk market Malaysia. Kira-kira gua mesti ada jugak orang yang datang usha filem ni semata-mata nak dengar lagu Anuar Zain ni. Tapi sayangnya, Official Sound Track tak terkandung dalam filem ni langsung. Yang hanya adalah instrumental version. Come on sedas lagi. Berapa ramai mak cik yang bermimpikan nak menantu macam Anuar Zain frust dekat wayang?

Secara totalnya, it is a good start but it can be much better.

Rating : 7/10



1 487 batang pen patah:

Nurul Amaleena berkata...

hampir kesemuanya aku stuju..lagu OST yg ala-ala nak tiru pirates carribean nya lagu bagi aku x sedap..certain2 part,boring ..paling aku rasa x logik, part diorg lawan atas kapal, Merong pakai cermin baper keping je.. leh tewaskn musuh..sukar utk trime knyataan tuh