4 Ulasan Filem : The King's Speech (Winner of The Best Picture Oscar Award 2011)




Ucapan Sang Raja menjadi pilihan gua untuk ulasan minggu ini, pemilihan filem ini dibuat atas dasar gua baru usha filem ni dekat wayang dan sementara gua tak lupa lagi. Sumpah gua tak terpengaruh dengan kemenangan Oscar yang Berjaya digondol secara haloba oleh filem ini.

Minggu lepas gua buat perangai bersama Nukman Basyir dan Khairul Ihsan untuk menyerbu pawagam sementara bersepah-sepah filem yang dicalonkan di Anugerah Oscar sedang rancak ditayangkan di pawagam. True Grit, Black Swan nanti dululah, gua ulas filem yang berat dulu.

Gua usha filem ni dekat TGV Sunway Piramid. Fasiliti wayang di sana amatlah gampang! Skrin kecik, filem terpotong kepala, sarikata jangan katalah memang konpem tak nampak. Selamat gua mahir mengira dalam bahasa penjajah, jadi masalah tu hampir tak wujud.

Filem ni mudah aja, tentang King George VI (Colin Firth) yang gagap. Gampang apa raja gagapkan? Be..be..beta me..me..meras..mikan. Perrghh..memang tak feel. Tapi masalahnya, masa mamat ni jadi raja, job scope dia bukan tertakluk kepada merasmikan aja. Tapi ketika itu adalah permulaan Perang Dunia Kedua. Kekuatan askar amat dipengaruhi oleh pemimpin yang menyuntik semangat nasionalisme ke dalam jiwa pejuang-pejuang ini. Maka peranan King George VI amat besar ketika itu. Lebih-lebih lagi bila pihak lawannya adalah Adolf Hitler yang mana seorang pemimpin yang amat hebat dalam bicaranya. Hitler vs Raja Gagap? WTF??!!

So dalam movie ni diceritakan bagaimana King George VI nak mengatasi masalah gagap yang membawa effect kepada negaranya. Maka dipertemukan King George dengan Lionel Logue (Geoffrey Rush), seorang pakar terapi berucap yang hell rebel nak mampos. Rilek main panggil raja dengan nama manja je.

Tema perjuangan individual menentang kelemahan diri, tanggungjawap dan persahabatan menjadi tunggangan pengarah British, Tom Hooper dalam filem The King's Speech ni. Standard la, filem yang nominated Oscar semuanya kisah tentang sekelumit babak dalam kehidupan yang membawa impak besar. Macam filem Up in the Air, kisah lelaki yang takut akan tanggungjawap, 127 Hours pasal lelaki yang tersepit tangan dekat batu. Tak pernah rasanya ada filem yang nominated mempunyai tema yang macam gampang tinggi sepertimana Transformers hendak menyelamatkan dunia dari Autobots dan filem 2012 tentang penyelamatan umat manusia dari bah besar.

Kekuatan filem ni bukanlah dari segi teknikal, namun ianya natural tentang kehebatan tunjang utama filem itu sendiri, iaitu pelakon. Colin Firth memang layang menang The Best Actor kelmarin, mamat ni memang damn it terer berlakon. Kadang-kadang gua rasa dia memnag true gagap. Gua salute la mamat bloody brit sorang ni.

Plotnya mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun, pergerakan yang pantas tapi senang nak paham. Tak rumit gampang sangat. The Social Network punya plot kadang-kadang boleh bikin gua sakit hati. Penceritaan berdasarkan selangan tahun, dan setiap selangan tahun tu diceritakan peristiwa-peristiwa yang menjana pembinaan plot dan klimaks.

Disebalik kehebatan filem ini, terdapat pembongkaran agong dimana lokasi pengambaran untuk filem ini adalah sama dengan lokasi pengambaran filem porno gay...hell yah failed. Hahaha..jimat kot, laba dinikmati beramai-ramai, bak kata lirik lagu UTP.


Rating : 9.3/10



4 487 batang pen patah:

nukman berkata...

the king's speech bkn ngan ihse la, ngan wahed

AwesomeFriday berkata...

lol.. acan kantoi lupe nama kawan tym g tgk wayang.. haahhaah~

TGV mmg menyakitkan hati, so sila la pegi GSC atau Cathay...

Achan Sinclair berkata...

Banyak makan semut..stendet r..ahaha

Benrauf berkata...

Like.