3 Laporan Berat Sebelah : Malaysia menentang habis-habisan Pakistan


*Macam biasa, gambar tak ada kaitan dengan post

Hari ini gua agak sibuk dan letih, deka ofis tadi gua dah merangkap sebagai technician air-cond, IT helpdesk, mentenen tak kurang gua tukang penyambut tetamu. Gua SMS Coach Rajagopal, "Bro, sorry gua hari ni flat la. Gua boleh lepak dekat subtitle je match dengan Pakistan karang". Coach Rajagopal steady, dia reply SMS pendek je.. "Ok, tapi substitute bukan subtitle tau".

Gua balik opis, mandi lebih kurang, semayang maghrib, sarung jersi naik motor pergi Stadium Shah Alam. Damn..gua tertinggal but bola, gua buat rilek masuk area padang pakai selipar Crocs local. Gua usha dah minit ke 20-an, Malaysia dah lead 1-0.

Mata gua perhati barisan kesebelasan utama Malaysia, ramai budak-budak muda dari Harimau Malaya A. Lirikan mata gua berubah kepada pasukan lawan pula. Tiada yang menarik, rata-rata rupa paras pemain Pakistan saling tak tumpah dengan penjual karpet di Jalan Tunku Abd Rahman. Mungkin ada seorang dua yang hensem sikit, ada iras-iras pelakon Radhi Khalid.

Corak permainan Malaysia memang lincah macam zaman Arsenal di era Dennis Bergkamp. Pantang bola sampai dekat gawang Malaysia, mesti kerja nak counter attack aja. Pada separuh masa pertama gua perhatikan Malaysia memang samseng, bertalu-talu asakan. Time tu jugak gua usha player Pakistan berlakon jatuh dekat 20 kali, macam-macam alasan diberikan seperti gasakan kasar pihak Malaysia, player Malaysia londehkan seluar dan tak kurang alasan seperti bulu kaki gugur akibat asakan angin akibat player Malaysia lari sebelah mereka.

Pada nak hujung separuh masa pertama, si gampang Pakistan mana pulak buat perangai Rajnikhan. Dia pergi tujah kaki keeper Malaysia, Khairul Fahmi. Kepala hotak dia! Nah kad merah sehelai. Selepas beberapa seketika bermain dengan 10 pemain, gol Pakistan dibolosi sekali lagi. Keeper depa macam gampang, panjang tangan dari akal.

Separuh masa kedua tiada apa-apa sangat selain lakonan pihak Pakistan. Player Malaysia pun dah bermain cara Malaysia. Sepak ke arah tiang, sepak langit, sepak penonton. Sesekali gua perhatikan pasukan Pakistan main kotor, pakai senjata rahsia, main kepit-kepit kepala player Malaysia bawah ketiak depa. Perrghh...Kepada mereka yang mengunakan LRT atau bas Rapid KL, anda pasti sedar bertapa mudaratnya penangan senjata ketiak Pakistan ini. Kesannya tak jauh berbeza dari penangan ketiak Bangla atau santau angin, jenis efek kecederaan dalaman punya. Dalam babak kedua ini fokus gua pun dah sedikit lari apabila kehadiran awek-awek, awek orang dan bini orang yang gua rasa ada daya tarikan yang agak kuat dari arah belakang gua. Kadang-kadang gua pandang depan, ada masa nya buat-buat betulkan pinggang terkehel dengan memusingkan badan kebelakang. Sesekali motivasi gua meningkat naik.

Secara keseluruhan, player Malaysia memang terer di separuh masa pertama dan tak berapa terer di separuh masa kedua. Perlawanan kadang-kadang menjadi hampir kecoh, tapi dapat disuraikan dengan aman oleh pengadil. Melepas peluang gua nak sekeh warga Pakistan.'

Sekianlah laporan saya dari bangku pemain simpanan yang berat sebelah.

3 487 batang pen patah:

Samad Ali berkata...

bila masa Rajagopal jd coach dak2 ni? Ong Kim Swee la.

silap org ni.

Tapi awek tu lu x silap letak. memang tepat.

Achan Sinclair berkata...

Demmit..patut rajagopal balas sms gua buat endah tak endah

meen berkata...

t0rbaek achan g sokong mesia.
mesia leh menang sebab terbawak aura ko weh.
hoho!