1 Gua dan Scene Permotoran Dunia

Nama gua Achan Sinclair, orang kampung tak panggil gua Sinclair sebab nanti satu rumah perasan. Gua suka naik motor dan mempunyai sebuah motor berkuasa rendah. Gua dan scene permotoran bukanlah suatu perkara yang baru. Pengalaman gua dan motorsikal tambah tolak dah dekat 20 tahun.

Kimia gua dalam dunia permotoran bermula gua berumur 3-4 tahun, dimana Tok Wan gua sering bawak gua pusing kampung dan ke kedai kopi dengan Honda Cub beliau. Zaman tu gua muat duduk dalam bakul lagi. Not a big deal. Kalau sekarang gua rasa nak tempatkan kasut gua yang saiz 11 dalam bakul motor pun boleh jadi satu isu.

Pada umur gua dalam lingkungan darjah 6 tu, gua dah berjinak-jinak menunggang motorsikal tanpa lesen di dalam kawasan kampung. Pengalaman kali pertama gua menunggang (bukan menonggang) bukan sesuatu yang solid. Sepupu gua Lan Imegresen ajar gua bukan-bukan, akibatnya gua pergi bantai bontot kereta Pak Ndak gua.

Ketika gua berusia 19 tahun, bapak gua menghadiahkan gua sebutir motorsikal cap Honda. Bapak gua suruh bawak pergi kelas, tapi gua lenjan sampai ke Cameron Highland. Akhirnya dengan berkat doa ibubapa, gua dapat meningkatkan kelas motor gua dari motorsikal berkuasa rendah ke motorsikal berkuasa sederhana rendah.

Selepas 20 tahun gua berkecimpung dalam scene permotoran nasional ni, dah pelbagai jenis motor gua tibai. Superbike, scrambler, skuter makcik pergi pasar tak ketinggalan motor roda tiga. Cakap aja motor macam mana, gear songket? gear clatch kaki? motor tak ada clatch? Semua gua dah expert.

Tapi semalam gua kena fikir balik title gua. Apa layaknya gua bergelar Expert dalam scene permotoran nasional. Ketika gua bawak motorsikal selepas office hour di sekitar Subang Jaya, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Gua bawak boleh tahan solid, menyelit sana-sini tanpa mengikut peradaban jalan raya antarabangsa.

Tiba-tiba...zass!!! Sebijik motor potong gua tanpa ragu-ragu. Gua tenung dalam-dalam, Valentino Rossi ke Mohd Zufahmi Khairuddin yang potong gua tadi. Sekilas gua usha, awek baju kurung putih, kain biru, kasut hitam. Awek form 6 potong gua!!! Perrghhhhhh.... tercalar maruah gua.

1 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

bese r tu..ko kan bajet nak gentleman je..ladies first..hehe