0 Gua dan Jacob Black

Gua lirikkan anak mata biru gua ke langit, tengok bulan pun dah purnama habis. Kalau gua keturunan Jacob dalam Twilight tu, memang sah-sah gua dah transform jadi serigala jadian. Dari pengamatan gua secara serius, bila bulan penuh ni ikut kalendar sah-sah tengah bulan. Bila tengah bulan, baki akaun gua dah tak berapa nak solid.

Jika diikutkan secara rasional, kalau gua transform jadi serigala jadian maka gua tak pakai duit. Kalau depa pakai duit, ke arah mana mereka nak belanjakan. Tak pernah pengalaman gua nampak serigala jadian pergi jamming, main snuker, beli nasi bungkus mahupun isi minyak motor.

Agak-agak kalau gua tanya mak gua, yang family gua ada gen serigala jadian ok tak? Lepas tu gua nak menumpang kat masjid mana ek?

notakaki : Jacob Black dengan Jack Black adik beradik ke? Jack Black boleh jadi serigala jadian tak?

0 487 batang pen patah: