2 Bedah Siasat : Perlawanan Final AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia


*Gambar hiasan


Gua sibuk macam haram, kadang-kadang muka jadi kaler biru sebab terlupa nak bernapas. Sibuk sangat. Gua baru balik dari Siam (cerita lain). Bukan pergi asah keris atau kawin lari atau buat transeksual. Gua masih teruna, single dan lelaki. Gua OK.

Permulaannya gua nak mengupdate tentang perlawanan final Piala AFF Suzuki. Apa? Gua ketinggalan zaman? Go to hell sama lu. Ni blog gua, ikut suka jari gua la nak menaip bila-bila gua suka.

Pada hari kejadian, gua bersama Nukman Basyir dan beberapa rakan yang tak ada blog menuju ke Bukit Jalil. Gua agak eksaited sebab ini first time gua usha bola dekat stadium, walaupun gua pernah duduk 4 km dari Stadium Shah Alam pada suatu masa dahulu.

Berbekalkan jersi Harimau Malaya, 2 helai Jalur Gemilang sebagai sejadah dan ilmu penu di dada, kami menaiki Peugeot 308 Turbo milik Nukman Basyir. Jam menunjukan 6 petang, parking macam gampang. Kami pusing dekat area stadium dalam sejam setengah.

Pihak polis yang menurut perintah FAM telah menyekat semua parking di kawasan Stadium Bukit Jalil dengan alasan parking itu untuk kenamaan. Maka gua membebel depan beberapa anggota trafik PDRM dan mempersoalkan jika semua parking untuk Sultan Bola, dimanakah patik pacal lagi hina ni nak parking kereta?..Memang kena dengan tema 'Rakyat Di dahulukan'

Maka anggota PDRM suruh kami park dekat Technology Park, dan pak gad Tech Park tak bagi kami masuk. Ye la, secara logiknya. Parking di kawasan stadium adalah diperuntukan untuk penonton di stadium, parking di Tech Park adalah untuk pekerja di sana. Sedikit punya bingai disitu.

Elok gua dapat parking, lepas semayang secara berjersi Malaysia. Kami pergi cari port nak jerit. Astaghfirullah....manusia berenyut. Nak jadikan cerita Rock The World 10 pun bertempat disitu dan berlangsung pada masa yang sama...so suuwwwiitt. Gua tak pergi RTW10 sebab semua muka yang sama sejak 10 tahun lepas!! Pihak penganjur RTW sila ambil perhatian!!

Sambung cerita bola tadi, maka kami dapat la port celah tiang konkrit mana hala entah. Memang macam setan tak best. Perlawanan gua malas ulas, kat paper dah banyak.

Elok 2nd half, gua dah dapat port baru. Ajak member-member pindah port. Sekali gua perasan, port baru gua tengah-tengah pnyokong Indonesia. Gua kumpul angin dekat perut, dengan harapan nanti kerambit tak tembus perut.


*Port baik punya...

Poww...satu gol.. Indonesia tunduk, gua jerit
Poww...dua gol... Indonesia tunduk lagi, gua jerit lagi kuat.
Powww..tiga gol... Indonesia tunduk lagi bawah, gua jerit macam setan..Indonesia usha gua, gua tunduk pulak..

*"Achan, belakang hang penuh dengan anak panah" ujar Wahid berbaju biru

Akhir kejadian, berpusu-pusu peminat dari Indonesia ambik gambar dengan gua. Merata tempat ada, ada dari Persatuan Buruh Buat Rumah, ada student UKM, mana hala Papua New Guinea pun ada gamaknya.


*Kelab Peminat Gua cawangan Indonesia tak melepaskan peluang bergambar bersama idola mereka

Secara total, gua masih hidup. Alhamdulillah.


*Majulah Sukan Untuk Sultan Bola

2 487 batang pen patah:

nukman berkata...

FAM+pulis trafik+org kenamaan at their best bangsat behaviour. Rakyat dipelurukan, org kenamaan dibodek2.. toh pak depa

Achan Sinclair berkata...

hahaha..taun depan raya dalam ISA sama2?