3 Gua Nak Pergi Kursus Belajar Masak Tom Yam

UMNO gaduh dengan PKR, Syiah gaduh dengan Sunni. Gua nak pergi runaway vacation to Phi-Phi Island... Bye-bye Malaysia untuk seminggu



1 Awak Gay, Saya Tak OK


Lu kenal Azwan Ismail? Gayanya tak lari jauh dari lelaki-lelaki biasa, namun jauh di sudut hatinya mungkin mampu mengalahkan Azwan Ali. Dia adalah seeorang jurutera berbangsa Melayu yang berusia 32 tahun. Dia kata dia mengambil 30 tahun untuk mengenal dirinya dan kini dia mampu berkata 'Saya Gay, Saya OK' di YouTube. Hebat bukan? Kini dia berani berhadapan dengan Mak Long dekat Gemecheh, Negeri Sembilan dan bercakap, Mak Long, saya gay dan saya ok.

Mungkin selepas ni Azwan Ismail akan menjadi benchmark kepada warga Malaysia bersuara tentang orientasi seksual mereka yang taboo dari pandangan umum atas dasar Seksualiti Merdeka. Selepas menjadi benchmark, selepas ini mungkin Azwan Ismail boleh menjadi rakyat Malaysia pertama yang upload video porno homoseksual di Red Tube (mungkin PERTAMA). Apa lagi kemungkinan terjadi selepas Seksualiti Merdeka?

  1. Brader yang jual satay ikan depan Sek Keb XYZ akan mengaku," Gua sebenarnya horny bila melihat kanak-kanak datang membeli satay dengan gua". "Gua pedophilia ,gua OK".
  2. Apek tokey kedai eksoz pulak buat pengakuan, "Gua memang tak tahan usha lubang ekzoz ni". "Gua suka anal, gua OK".
  3. Sepasang suami isteri yang pada fizikalnya nampak normal sering bersiar-siar di taman tasik pada hujung minggu, namun dalam jiwa mereka ada unsur kejam yang tak dapat dihuraikan secara kata-kata. "Kami BDSM, kami OK"
  4. Encik Raja adalah seorang penternak kambing jenis Boer yang terkemuka di dalam negara, namun kambing bukanlah sekadar sumber rezekinya, ia lebih dari itu. Ini telah diakui Encik Raja melalui videonya di YouTube, "Saya zoosexuality dan saya ok."
  5. Jay adalah seorang kakitangan kerajaan dan bekerja sebagai seorang penjaga rumah mayat. Kerjanya bukan main-main, Jay sering menghantar kisah seram ke majalah Mastika. Namun sebenarnya Jay bukanlah seorang yang penakut dengan mayat, malahan dia adalah pencinta mayat. " Saya necrophilia, saya OK"
Inilah penangan Seksualiti Merdeka.



3 Ulasan Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)


Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) memang antara list filem melayu yang gua tunggu-tunggu. Terus-terang gua cakap filem ini bukanlah sebuah filem yang kuat dari grafik, CGI jadah sume tu. Filem ni memang sebuah karya seni yang halus dan boleh dihuraikan berdasarkan perspektif mana kita menontonnya. Jika lu nak menonton hiburan ringan, filem ini mampu memberi komedi sanduran yang cukup direct dan ringkas. Namum jika lu seorang observer dan mampu mengupas lapisan-lapisan di sebalik komedi ringan tadi, gua berani jamin HKLBR merupakan filem yang indah yang penuh dengan kritikan dan sindiran sosial, politik dan idealogi.

Story line yang cukup mudah untuk difahami. Berbekalkan watak dan persekitaran dari filem Zombie Kampung Pisang mengisahkan Husin (Awie) pulang dari Singapura ke Kg Pisang selepas beberapa tahun berkerah tenaga di oversea. Sebelum Husin ke Singapura, dia telah memutuskan pertunangan dengan Che Nin (Umi Nazeera) iaitu anak Pak Jabit. Kepulangan Husin tak disenang Pak Jabit. Sepermulangannya maka muncullah cerita-cerita angker mengenai Kak Limah. Jadi macam biasa, isunya bagaimana penduduk Kg Pisang nak setelkan permasalahan yang mendatang.

Story line simple, sesimple-simplenya. Bagi siapa yang kaki menonton filem yang direct, pasti ada yang berkata filem ini super ringan. Perspektif masing-masing, gua tak salahkan sesiapa. Mungkin ada juga yang membandingkan dengan filem komedi sarkastik dari luar seperti Blade of Glory etc. Tapi filem ini menonjolkan realiti kehidupan majoriti masyarakat melayu di kampung. Sebagai rakyat Malaysia dan orang negeri Perak, filem ni terasa dekat dengan jiwa gua.

Apa yang mahal dalam filem ni?

  1. Babak-babak yang cukup sinis dalam memberi kritikan sosial, politik, industri filem dan beberapa aspek lagi. Kritikan-kritikan seperti Abang Ambulans yang merawat Tok Bomoh tapi mulut pot..pet..pot..pet dok merungut tentang kerjanya. Biasa jumpa? Haha.. Budak-budak yang naik perangai akibat pengaruh video game, orang dok degil drive sambil cakap henpon, ada segelintir pekerja gomen sering jadi lalang, babak kritikan kepada kepimpinan yang payah nak lepas pucuk [im[inan ke[ada kaum muda, kritikan kepada sesetengah orang yang sengaja nak nampak susah untuk meraih simpati dan yang gua suka KRITIKAN TERBUKA KEPADA RAZAK MOHEIDEEN..yeaah
  2. Babak-babak memorial juga dicipta semula dalam filem ni, babak Awie naik motor besar dalam Sembilu, babak pak cik MC membebel dalam video klip M. Nasir Lagu Jiwa Lagu Cinta, babak pemain gitar solo dalam filem Rock (penampilan khas Rosli Mahlim, Sweet Charity).
  3. Pengajaran yang cukup deep, gua tak larat nak list.
Dari segi sinematografinya, gua usha filem Mamat Khalid banyak diinspirasikan dari gaya filem Stephen Chow. Garapan gaya dan angle yang mengingatkan gua kepada filem-filem Stephen Chow. Tapi apa gua kisah. Gua terhibur.haha

Soundtrack bukan isu dalam filem-filem begini. But most of the tracks adalah lagu-lagu popular 80-an. Salah satu faktor lagi yang membuatkan filem ni dekat dengan gua.

Awie memang smart gila babi, Umi Nazeera lawa..secara lakonan semua power-power belaka. Secara keseluruhan filem ini adalah filem melayu yang membuka minda kita secara kritikan dan hebat. ANDA HEBAT!!

Rating : 8.5/10

Lagu Cinta Kristal cover by Awie menjadi dendangan gua malam ni






2 Ulasan Filem : The Social Network (2010)


Sungguh ironi gua pergi ke Cineleisure Damansara menonton The Social Network. Kisah adaptasi kehidupan pencipta rangkaian sosial terkenal Facebook, Mark Zuckerberg. Sememangnya kisah Zuckerberg ni ditambah-tambah sikit agar nampak dramatik di mata penonton. Gampang apa gua nak duduk dalam wayang selama 2 jam 1 minit kalau nak menonton kisah seorang programmer yang duduk atas kerusi mengadap komputer sepanjang hari dia. Baik gua usha 2 Alam kan? Hehe

Bagi gua The Social Networking ni bukanlah sebuah dokumentari mengenai Facebook atau filem biografi mengenai Mark Zuckerberg. Tapi ini adalah sebuah drama kehidupan mengenai persahabatan, pengkhianatan, wang, pengaruh dan idea.

Macam biasa Zuckerberg adalah seorang Yahudi yang gila babi nerd yang study dekat Harvard. Zuckerberg ni kerjanya mengadap komputer dan blogging, tak macam yahudi-yahudi dekat Israel yang sibuk nak menindas penduduk Palestin. Sebab Zuckerberg ni gila babi nerd, maka awek dia fed up dan break up.

Zuckerberg ni dah la nerd, muka macam gampang lepas tu awek lawa pulak. Sah-sah la susah si Zuckerberg ni nak cari awek setanding dengan awek dia tu, jangan kata setanding awek dia. Entah-entah nak mengorat Rosnah Mat Aris pun tak lepas. Okay.. gua baru teringat gua masih bujang jugak.

|Diakibatkan kemarahan melampau dan dendam kesumat yang bernanah di hati busuk Zuckerberg, maka dia hack network Harvard dan buat satu laman web untuk compare-compare tahap ke'hot'an seseorang awek itu dipanggil FaceMash. Macam ni la lebih kurang.





VS









Jawapan lu simpan dalam hati ok?

Maka selepas jadi hot sekejap dikalangan Harvardian, Zuckerberg ditawar bekerja dengan kembar Winklevoss. Zuckerberg hanya bersetuju pakai air liur. Last-last mamat ni edit-edit sikit idea Winklevoss ni dan come out dengan Facebook.

Lepas keluar Facebook tu pulak banyak drama dia dengan kawan baik dia sampai nak main saman-saman.

Pembawakan plot cerita ni lebih kepada flashback dan crossing plot. Dimana latar masa memain peranan sebagai trigger dalam filem ni. Sekajap ditayang babak di meja kena saman dengan Winlevoss, lepas tu flashback bagaimana situasi tu berlaku. Kemudian bersambung dekat meja perbincangan saman untuk Eduardo Saverin pulak. Lepas tu flashback balik.

Filem ini bukan sekadar nak menonjolkan penceritaan melalui plot sangat. Pembinaan watak juga diambil kira. Sukar untuk melabelkan mana watak protagonis, antagonis dan sebagainya kerana setiap watak ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Inilah lumrah dunia, kadang-kadang pelakon filem porno juga merupakan jiran yang baik dan peramah..hehehe

Watak utama Zuckerberg dilihat sebagai seorang geek yang hebat dalam memanipulasi perbuatan dan pemikiran manusia. Sepertimana populariti yang kecap melalui Facemash, memanipulasi tentang tabii manusia sering membeza-bezakan mana cantik mana buruk. Pembinaan Facebook itu sendiri adalah sebuah idea manipulasi pemikiran manusia. Manusia ingin berhubung, berkongsi gambar, memberitahu apa yang kita minat secara tak langsung, bagitahu status kita. Gampang r kalau nak introduce diri sendiri, "Hi I am Achan and I am single". mamat ni juga boleh dikatakan punk sebab tak kisah apa benda yang dia buat dan berani bikin taboo.

Skrip pertuturan Zuckerberg memang macam setan, memang gaya nerd 110%. Jadi!! Cakap laju-laju, isi-isi semua bunyi teknikal, lepas tu tak reti apa erti emosi. Memang itulah gaya nerd terhebat!!

Justin Timberlake sebagai penghasut dan pencipta Nepster, Sean Parker yang sering bermasalah dalam wanita, karier dan dadah gua nampak Justin tak nakal macam tu. Watak tu tak ngam dengan budak N'Sync ni. Tapi watak kembar Winklevoss memang menjadi. Walaupun pakai seorang pelakon untuk berlakon dua watak. Tapi dua-dua watak tu sungguh kuat variasi attitude dan kekuatan watak. Cool!!

Gua kagum dengan hasil David Fincher, pengarah filem Curious Case of Benjamin Button & Fight Club. Kebanyakan filem mamat ni memang A. Pengalaman dalam penghasilan filem Zodiac, adaptasi kisah pembunuh bersiri vintage banyak menolong Fincher dalam penerbitan Social Network.

Filem ni boleh dikatakan antara filem yang dapat menarik pehatian gua sepanjang 2010. namun gua rasa mukadimah filem ini terlampau teknikal bagi mereka yang bukan berlatar belakang IT. Persoalan seperti apa tu PHP? Firewall? Encryption? mungkin boleh jadi persoalan dalam mimpi penonton.

Okay..dah pukul 6. Gua nak balik kerja.
Rating : 8.1/10

Damn..trailer dia lagu Creep Radiohead!! Aku kasi naik rating tambah 0.2...sekarang jadi 8.3..haha..ni blog gua..sukati gua










0 Pencuri Mari, Pak Cik Hepi

Tajuk berita 'Pencuri Dipukul Penduduk Kampung'

Gambar dalam paper,


Okay..not a big deal..

Tapi bila dihayati dalam-dalam..


*Pak cik tersenyum kepuasan dapat pukul orang.hehehe