0 Keakraban Tabloid Di Malaysia

Gua dah cakap, Kosmo dengan Harian Metro ni adik beradik. Lu tak cayer.

Mukadimah di Metro,




Isi penting di Kosmo pulak,




4 Selamat Hujung Tahun

Sekarang kalau ikut kalender kuda, bekground kaler kotak-kotak dia dah bertukar warna dari kaler putih dah jadi kuning cair. Ini bermakna hari cuti sekolah telah menjelang. Bila hari cuti sekolah dah menjelang, secara otomatik ia bertukar kepada musim orang berkahwin. Semua orang nak kawin, penyanyi Elyana nak kahwin, Bienda dah kawin. Tu tak campur sepupu yang time kecik-kecik gua main khemah-khemah pakai kusyen sekali, tu pun ada 2 orang dah kawin.



Mamat ni nama dia Din Zaufan, vokalis group nasyid gua waktu belajar. Dia pun dah nak kahwin time Rock The World nanti. Gua plan, makan kenduri then terus masuk mosh pit.

Ni nama dia Adam Amir, muka macam Altimet sikit-sikit. Perangai macam helmet. Dengar cerita dia pun nak tunang hujung tahun ni. Harap-harap dia bertunang dengan pasangan yang berlainan jantina.

Gua tak kisah, kawan-kawan gua nak kahwin semua. Depa dah cukup haul. Tapi gua kisah kalau ada seorang budak ni cakap dia nak kahwin. Gua akan kucar-kacir cari awek, pas tu kahwin laju-laju sebelum budak ni kahwin. Gua send mass email kat mmber-member fb yang single lagi, ajak kahwin. Kalau dia potong gua kahwin...gua tak tahu apa nak cakap. Hobi melukis gaun, karok lagu Katy Perry, bintang idaman Madonna..haram tol


Astaghfirullah..NymQ kat blog pun ada gambar love

Congrate kepada kawan-kawan yang nak construct masjid..hehe

1 Good & Bad Inventor

Thomas Edison merupakan seorang perekacipta yang menerangi pelusuk rumah dengan mentol. Lu bayangkan kalau satu dunia pakai pelita minyak tanah. Yang kapitalis akan jadi super kapitalis.


Adik-beradik Wright juga berjasa dalam merekacipta kapat terbang berenjin. Lu bayangkan tak ada kapal terbang berenjin. Pain gila beb, gua syak mau boleh jadi traffic jammed dekat laut. Ada traffic light siap.


BUT WHO INVENTOR OF THIS PRODUCT??!!
F*** YOU!!











3 Pemusnah Kapitalisme : Selamat Hari Raya Haji


Raya Qurban kelmarin memang lain macam sikit, sebab kebiasaannya gua bangun pagi mandi sunat, pakai baju, pergi sembahyang raya, balik rumah, makan makanan sedap-sedap, tengok TV dan hibernasi.

Raya kali ni parents gua pergi Mekah, so nak makan? Kene masak. Nak baju cantik? Iron sendiri. Nak rumah cantik? Pandai-pandai la kemas. Pendek kata raya kali ni memang gua kenal erti
kehidupan. Haha.

Disebabkan Hari Raya, maka tak tergamak gua nak biarkan adik-adik gua makan megi lepas sembahyang raya. Maka gua dengan inisiatif sendiri berpulun masak beberapa lauk tipikal raya. Oh ya, jangan pandang gua sebelah mata. Lu ingat tak de punker kat dapur? Lu usha Gordon Ramsay sikit.

Maka untuk menjadikan fantasi gua suatu realiti gua pergilah membeli-belah. Mula-mula gua ke Tesco, gua nak beli ayam, sayur-sayur sama mesin pengisar atau bahasa dapurnya blender. Mudahkan ke Tesco? Semuanya ada. Gua tolak troli ke bahagian elektronik, ke bahagian daging, sayur. Bayar sekali je semua.

Nak dijadikan cerita gua ke bahagian elektronik, angkat blender sebijik bawak pergi try dekat kaunter. Ada uncle tua, berdasarkan pengalaman gua bekerja di Parkson dulu, gaya dia macam Shift Supervisor. Ok fine, gua try. Then gua tanya pasal warranty. Dia kata, "If anything happen with this blender, AWAK JANGAN DATANG TESCO INI. You need to bring it to Pensonic by your own". Ok gua fine dah situasi tu, but this fuckin fella keep repeating "JANGAN DATANG TESCO INI FAHAM??!!" What the fuck uncle? You supposedly say to me, "If anything happen, awak TAK BOLEH claim warranty dekat Tesco. Bukannya JANGAN DATANG TESCO". Macamlah gua nak buat huru-hara kalau blender tu rosak.

Oleh kerana gua terasa fuck-up sangat dengan situasi, dan ke-tidak mesraan uncle tu. Gua cancel terus angkat blender tu. Better gua angkat dekat kedai eletrik cina dekat depan rumah gua. Warranty pun senang, kalau jahanam. Jalan kaki je gua bagi blender tu dekat Apek tu.

Then gua ke bahagian barangan dapur, usha ayam, sayur semua. What the hell? Ini barang dapur tahun berapa ni? Gua syak ayam tu kene sembelih agaknya sebelum puasa lepas kot. Ayam tak fresh gila, sayur layu macam gampang. What the fuck ni weh? Korang bajet gua nak makan ke ayam macam ni?

Gua tensen gua pergi cari pasar malam. Gua compare kualiti dekat pasar malam dengan Tesco. Jauh sangat berbeza. Lu bayangkan cili kering dekat pasar malam, dia dah buang tangkai. Maka gua beli cili kering tu tak da lah kene timbang dengan tangkai sekali. Walhal nanti gua kene buang jugak tangkai tu, tak kan gua nak masak tangkai sekali. Ayam pun gila babi fresh compare dengan ayam Tesco.

Gua fikir balik, kenapalah orang suka shopping dekat hypermarket? Mudah shopping semua sekaligus? Apa guna mudah kalau menyusahkan, contoh macam warranty blender tadi. Gampang apa gua nak kene hantar dekat Penang kalau blender tu rosak. Murah? Brader..memang barang hypermarket murah compare dengan pasar malam. Depa beli barang in buck, tapi cuba tengok kualiti dia. Sanggup lu nak makan ayam yang entah bila kali terakhir ayam tu berkokok. Sememangnya hypermarket adalah contoh KAPITALISME TERBAIK!!

Kewujudan hypermarket ni kalau difikir-fikir balik, hanya memusnah bisnes rakyat Malaysia je. Gua tak cakap pasal bisnes orang Melayu ke apa. Gua cakap pasal satu Malaysia! Kedai runcit Samy, kedai eletrik Chong, Pasar Mini Siti. Kesemua bisnes depa telah dikumpulkan disuatu tempat dan dinaungi oleh hypermarket.

Akhirnya aliran tunai yang major akan masuk kepada poket beberapa syarikat aja, kalau tak poket Tesco, Giant, kalo tak pun Carrefour, nak mat salleh sikit Cold Storage. Brader..lu pikir balik. Yang lebih menyedihkan lagi kebanyakakn syarikat hypermarket ini berasal atau dimiliki oleh syarikat berasal daripada luar negara.Kerajaan selalu menyebut salah satu cara untuk memajukan ekonomi adalah dengan memastikan duit Malaysia tidak terbang ke luar negara tapi sayang...cakap tak serupa bikin.

Mungkin faedah kutipan cukai yang diperolehi oleh kerajaan daripada syarikat pengelola hypermarket ini lebih tinggi berbanding kutipan cukai yang dapat diambil daripada peniaga kecil-kecilan,tapi sebenarnya kita sedang melemahkan ekonomi orang kita sendiri apabila kita terlalu bergantung dengan hypermarket itu.

Sampai satu tahap pembangunan hartanah pun ditentukan oleh kewujudan hypermarket. Contohnya, rumah gua di Kota Damansara, dalam lingkungan 5 km ada 3 biji hypermarket. Giant, Tesco dengan Carrefour. Hartanah memang harga macam setan. Sebab kita sekarang kalau nak beli property nak kene compare, ehh rumah aku ada Tesco tak? Ada Giant tak?

Sebenarnya secara tak langsung kita tak sedar kewujudan hypermarket ni telah mengorbankan peniaga-peniaga tempatan. Ok, let say dekat Cheng Melaka dah ada Tesco. Lu ingat senang ke Kedai Runcit Pak Said nak compete dengan Tesco? Bila terkorbannya peniaga-peniaga kecil ni, secara tak langsung maka terkorbanglah kualiti dalam barangan seharian kita.

Kualiti atau kuantiti?Nampak hebat atau nampak sederhana?
Kita akan makin tersepit dan yang kaya akan jadi bertambah kaya.

Damn..asal gua hari ni rebel sangat ni? Layan punk dulu, ni punk ok..bukan neo-pun macam My Chemical Romance..sak





0 Selamat Hari COPD dan Hari Raya Qurban



Hari ini 10 Zulhijah atau 17 November. Hari ini jugak adalah Hari Raya Qurban merangkap Hari COPD Dunia. Raya Qurban tu lu tau la kan? COPD tu sejenis penyakit peparu kronik style saluran menyempit sama peparu krem tak bley kembang kecut. Punca utama, dokter kata rokok. Kalau Arwah Tok Wan gua hidup mesti dia saman hospital. Asal penyakit kronik je rokok lah alasannya. Dia hisap rokok lebih 60 tahun okay je. Last-last arwah kene selsema je.

Jadi untuk memastikan lu betul betul-betul layak dan true untuk menyambut Hari COPD Dunia ni, lu kena jawap soalan-soalan ni.

1. Adakah anda batuk pada kebanyakan hari?
Gua jawab ya. Lu?

2. Adakah anda keluarkan kahak dengan banyak?
Sejak akhir-akhir ini boleh tahan la koleksi kahak gua. Gua jawab ya. Lu?

3. Adakah anda rasa cepat penat berbanding dengan kutu sebaya umur?
Penat layan kerenah perempuan gua jawap ya. Lu nak jawab apa?

4. Berumur lebih 40 tahun?
Gua tidak langsung. Baru 23. Lu?

5. Adakah anda merokok sekarang atau bekas perokok?
Gua jawab ya sambil pakai seluar jeans, nak bersiap beli rokok. Lu?

Depa kata kalau kita semua jawab Ya untuk 3 soalan atau lebih, itu bermakna mungkin kena penyakit COPD. Amacam gua dapat 3. Jom bersama menyambut Hari COPD Sedunia..!

Nasihat gua berdasarkan pengalaman: Pandai hisap rokok..pandai-pandai le pergi futsal ke, silat ke, berlari petang-petang ke, pergi gim ke, main konda-kondi ke, tuju selipar ke.. Apahal pula nak tengok drama petang-petang kan?

Selamat Hari Raya Qurban dan Hari COPD.



1 Pengalaman Ngeri Saya Di Sauna

Gua pergi ke sauna untuk merehatkan badan yang lesu.

Gua kuak pintu kayu sauna, gua nampak mat salleh berusia 60-an berbogel dan bahagian sulitnya menghala tepat paras mata gua.

"Damn it," gua termelatah maki bahasa penjajah.

"It's okay," balas mat salleh tua tersebut.

Tanpa gua perasan, posisi gua duduk dalam sauna tu melekat ke dinding menambah jarak antara gua dan mat salleh botak bogel tu.

--------------------------

Esok hari mata gua kena ketumbit...ciss


4 Tafsiran Azman

Terdapat segelintir kawan-kawan gua tak dapat pikap bila gua kata, " Woo, Azman sial lu". Maka gua prihatin untuk menulis perihal Azman? Siapa Azman? Terlebih dahulu gua memohon maaf jika nama lu Azman dan lu tak berperangai Azman. 'Azman' adalah trend. Ianya kacip dengan watak bernama Azman dalam drma-drama melayu swasta.

Ikuti Perihal Azman,

1. Lelaki Melayu Terakhir.
Sudah semestinya 'Azman' ini adalah seorang Melayu, biasanya Melayu asli, tidak ada darah kaum lain, tetapi mungkin ada di antara mereka ini berdarah campuran. Tetapi kuranglah. Fenomena 'Azman' ini wujud dikalangan lelaki yang berumur awal hingga akhir 20an biasanya, dan akan bertukar menjadi seorang 'Azmi' (Cerita Lain) bila mencecah umur 30an.

2. Berambut Pendek
Aku jarang berjumpa Azman yang berambut panjang, kecuali mereka yang minatkan Innuendo. Selalunya mereka ini berambut pendek, dan masih gemar gaya-gaya rambut terpacak yang popular dahulu pada zaman awal 2000an. Rambut terpacak di sini aku maksudkan sebagai rambut yang dipacakkan menggunakan bahan penggayaan rambut yang bukan Tancho yang busuk itu, itu hanya terhad kepada Mat Rempit. Paling pantang jika disamakan dengan Mat Rempit, sebab pada mereka Azman ini sekurangnya satu tahap ke atas dari tahap sosial Mat Rempit. Aku misalnya tidak berada di dalam skala yang sama, tetapi cukup untuk seorang Azman untuk berada hanya satu tahap di atas Mat Rempit, sebab Melayu memang mudah puas hati. Baru-baru ini akibat penjenamaan Asmawi Ani, gaya rambut yang dahulunya dikaitkan dengan budaya kuning Skinhead memang amat popular, tetapi majoriti mereka masih mengamalkan penggayaan rambut pendek yang dicacakkan. Biasanya juga rambut tidak diwarnakan sebab Azman kan nama Melayu?

3. Fesyen Kemas Tapi Macam Tidak Kena.
Azman ini bergaya, tetapi tidak sebergaya Lelaki Metroseksual (kisah lain). Sebab Lelaki Metroseksual sering disalahanggap oleh golongan ini sebagai Lelaki Homoseksual, dan amat penting untuk seorang Azman untuk meyakinkan satu dunia bahawa dia ada lelaki Melayu tulen yang sejati. Akibat untuk menunjukkan imej professional, golongan ini gemar bertali leher (tali leher yang sedikit lebar dan bukan nipis agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie), walaupun untuk makan tengahari, dan kemeja yang sama akan dibuka 3 butang dari bahagian kolar ketika keluar berseronok ketika waktu malam agar boleh menunjukkan imej bersantai. Sudah tentu kemeja adalah pakaian kegemaran, terutamanya yang berwarna putih ala Innuendo dan berwarna hitam ala Billy Zulkarnain. Selalunya akan dipadankan dengan seluar jeans yang bukan skinny (sekali lagi agar tidak dikelirukan dengan Mat Indie yang tidak bekerja dan tidak berwang) yang diseterika. Selalu dipadankan juga dengan cermin mata hitam, yang dipakai terutamanya ketika memandu, mengambil gambar untuk akaun Myspace/Facebook dan berjalan di waktu malam.

Walaupun berusaha untuk bergaya, dengan sentuhan ala-dandyism dan unsur-unsur Lelaki Itali (antara jenama yang sinonim ialah Gucci, Armani, Versace dan apa-apa yang dipakai Aznil Nawawi), masih kelihatan seperti sekurang-kurangnya ketinggalan 5 musim fesyen kontemporari. Akibatnya ramai yang jarang bereksperimentasi dengan fesyen, kecuali mereka yang berani yang akan mengenakan kemeja T polo Ralph Lauren berlogo besar yang bukan dengan logo satu kuda+pemain polo di dada, tetapi dengan DUA ekor kuda+pemain polo. Sila Google. Seperti yang disangkakan, kolar baju wajib dinaikkan sebab hawa di dalam kereta mereka ini terlampau sejuk dan mudah untuk melakukan aksi Gentel Kolar Untuk Menunjukkan Sifat Kerek.

Pengecualian dari gaya di atas ialah pakaian yang disertakan lambang-lambang penaja sukan lumba kereta F1, terutamanya yang berwarna merah dan hitam.

4. Tidak Suka Naik Bas.
Berbeza dengan 'Lelaki Ampang' (kisah lain) yang sukakan pengangkutan awam dan kereta Nasional, (wira stiker lancer, neo etc) Azman ini menjadikan kereta BMW sebagai sasaran utamanya, terutamanya model terpakai 10 tahun ke atas, model yang dipasang di Malaysia (sebab murah). Biasanya akan diubahsuai untuk menampakkan ia bukan model terpakai, terutamanya dengan cermin kereta yang tinted melebihi piawaan yang dibenarkan JPJ/Puspakom. Ini untuk menampakkan gaya stealth agar tidak menampakkan raut muka ketika mendekati kumpulan-kumpulan liar Permepuan Ampang (kisah lain) yang berjalan beramai-ramai ketika memandu sepanjang Jalan Dooraisamy.

Golongan-golongan Azman juga suka bergaul dengan Azman lain yang memandu jenis kereta yang sama. Akibatnya fenomena Kumpulan Kereta Sama wujud. Walaupun tidak terhad kepada kereta buatan luar (kita lebih biasa dengar tentang Kumpulan V6, Satria GTi dan Kenarianz misalnya) golongan ini memang suka berkumpul atas dasar memiliki kereta jenama yang sama. Perjumpaan biasanya akan diadakan di restoran-restoran mamak di kawasan separa eksklusif seperti Taman Tun Dr Ismail dan Danga Bay, di mana kereta-kereta akan 'dipamerkan' di tempat meletak kereta berhampiran restoran mamak. Perbincangan biasanya akan menjurus kepada topik strut bar, rim sukan, Paul Tan dan bengkel-bengkel boleh settle. Sebenarnya tiada beza dengan Kumpulan Kereta Sama yang lain, cuma jenama kereta sahaja yang berbeza.

Aku rasa aku boleh tulis satu nukilan penuh tentang Kumpulan Kereta Sama ini. Jadi, Cerita Lain ya?

5. Hobi Sama.
Kereta. Bola. Cara settle awek. Bola. Belasah orang akibat tidak puas hati. Mentaliti berkumpulan amat penting untuk kekal sebagai seorang Azman. Seorang Azman yang meminati benda yang tidak diminati Azman lain dalam kumpulan yang sama, (seperti buat cupcake misalnya) akan dipulaukan serta-merta. Akibatnya keinginan untuk berada di dalam kumpulan yang sama akan membuatkan Azman-Azman ini jarang bergerak berseorangan dan jarang memiliki hobi yang dianggap bertentangan dengan konsep 'Azman'.

Antara hobi yang dianggap bertentangan adalah—berseluar skinny jeans, keluar dengan wanita bukan Melayu atau 'terlampau' Melayu, memandu kereta hybrid, memandu kereta stok tanpa pengubahsuaian, membenarkan teman wanita memandu kereta ketika si Azman berada di dalam kereta, meminati Liga Bola kebangsaan, mendengar Lite FM dan stesen radio IKIM, meminati hoki, membela rambut dreadlock dan pergi gig.

6. Bro.
Semua Azman akan dianggap sebagai keluarga, oleh sebab itu panggilan mesra yang diamalkan adalah 'Bro', iaitu singkatan untuk 'Brother' atau Abang/Adik. Suka hormat kepada mereka yang lebih tua dengan mencium tangan serta memanggil dengan gelaran yang bermaksud 'bapa' atau 'abah', walaupun tiada kaitan darah dan tidak pernah berkahwin dengan ibu mereka.

7. Kerja Pangkat Eksekutif.
Pekerjaan yang diidam-idamkan adalah pekerjaan yang berpangkat eksekutif. Terutamanya yang berkaitan dengan projek, tender atau Datuk. Tempat atau cara mendapatkan pekerjaan tersebut tidak relevan, janji line bagus. Kurang meminati kerja-kerja kreatif, lebih tertumpu kepada syarikat-syarikat yang menawarkan komisyen. Syarikat idaman: Kumpulan Naza dan syarikat korporat bapa/bapa saudara. Sebenarnya semua tidak relevan janji ada perkataan 'eksekutif' di kad nama sendiri.

8. Tidak Melayu Hilang Di Dunia.
Akibat dari proses persekolahan yang biasanya bertempat di sekolah-sekolah yang tertutup kepada bangsa lain, sifat ke-Melayuan mereka amat terpuji. Suka merebut peluang perniagaan khusus diberikan kepada bangsa Melayu, yang biasanya direbut untuk diberikan seadil-adilnya kepada golongan bukan Melayu iaitu 100% peluang. Aku puji sifat ini kerana inilah golongan yang akan memperjuangkan keunggulan Melayu di era globalisasi ini. Mungkin.

Source : akutakpeduli.com