2 Post Mortem Piala Malaysia 2010

Tadi 1Malaysia tau bahawasanya Kelantan telah memenangi Piala Malaysia 2010, sekaligus mengalahkan Negeri Sembilan. Bila sebut Negeri Sembilan kalah, gua tak tahu nak perli siapa. Nogori Sembilan...hmm sapa ek yang betul-betul true n9... dan hasilnya. Mamat ni orang pertama yang terlintas dalam minda yang berIQ tinggi ni.



2 Ruang Perniagaan Yang Boleh Diterokai Ketika Perlawanan Final Negeri Sembilan vs Kelantan


  1. Jual kerusi, berdasarkan perlawanan-perlawanan yang lepas yang menjadikan kerusi sebagai bahan bakar utama. Gua dapat rasakan perniagaan kerusi adalah suatu peluang besar untuk membuat duit secara mudah. Tak payah pakai baju belang, lepak mamak sambil sembang citer MLM.
  2. Mercun, memang bosan suatu filem tanpa soundtrack. Gua rasakan mustahil untuk panggil Anuar Zain ke Stadium Bukit Jalil sambil mengajak penonton menyanyi lagu Keabadian Cinta bersama-sama. Jalan mudah, bunyi-bunyian mercun dilihat sebagai menyeri suasana apabila pengadil atau pemain membuat tahi di padang. Asap-asap mercun juga mampu menaikkan mood dramatik di padang. Cuba bayangkan tengah-tengah asap tebal, tiba-tiba muncul bayang lelaki tegap.. Sekali keluar Hairudin Omar..macho tu beb.
  3. Insurans Nyawa juga dilihat agak mempunyai potensi selepas ada nyawa yang terkorban dalam perlawanan terdahulu. Bagi penonton yang mempunyai akal panjang, mungkin insurans nyawa mampu mencerahkan masa depan masa depan anak-anak dan isteri si mangsa. Bagi anda yang nak menerokai ruang perniagaan ini, masih belum terlambat untuk anda bergelar ejen insurans.
  4. Jek Kereta, dalam perlawanan lepas kita lihat penonton agak bersusah payah untuk menterbalikkan kereta, lori, bas, beca dengan menggunakan kudrat empat kerat. Dengan adanya gerai-gerai menjual jek kereta ni, gua rasa teknologi ini dapat membantu penonton menujukkan perasaan rebel dengan menggunakan kurang tenaga. Berat kot nak terbalikkan bas pakai tangan.
  5. Air Ketum, dalam aktiviti bergaduh, ong bak dan mengangkat bas dilihat agak meletihkan. Dengan penjualan air ketum sebagai sumber tenaga tambahan pasti dapat menyemarakan lagi semangat para hooligans.
  6. Tender pasang pagar stadium, gua rasa gua nak masuk tender pasang pagar kat stadium la lepas ni. Gua boleh agak apa jadi dengan kondisi pagar stadium nanti. Ni khas untuk gua je.
Pendek kata dari gua, Majulah Sukan Untuk Negara.



3 Ulasan Filem : Buried (2010)



Filem Buried (sebut betul-betul) adalah filem paling murah yang pernah gua usha seumur hidup gua. Sebelum ini gua mengangap filem Man From Earth adalah filem paling murah dengan bermodalkan tak sampai 10 orang pelakon dan sebuah ruang tamu selama durasi filem.

Filem Buried ni lagi gampang murah, pelakon sorang je. Set dia memang simple habis, ruang sebesar 7 kaki x 2.5 kaki x 2 kaki. Apa lu fikir? Kubur? Tettt..jawapannya keranda!! Yearrrghh...sepanjang 95 minit durasi filem hanya berlatarbelakangkan sebijik keranda. Pelakon tambahannya pula adalah seekor ular, pencil, lighter, blekberi, lighting stick dan seulas pisau. Tu pun boleh bajet jadi USD 3m.

Pelakon berbadan tough, Ryan Reynolds menjadi pilihan pengarah Rodrigo Cortes. Gua tak kenal mamat Spanish ni. Tapi yang pasti gua nampak banyak nama Spanish yang menggerak filem ni.

Filem ini adalah sebah filem hebat!! Apa genre yang lu fikirkan? Action? Thriller? Potong jari? Kekeluargaan? Humor? Semua ada dalam filem ni. Cuba bayangkan bagaimana Ryan Reynolds yang dulu femes dengan watak lagenda extender dalam Van Wilder ni membawa watak Paul Conroy yang terkurung dalam keranda dan mampu menyampaikan segala mesej dan perasaan dengan begitu tip-top sekali.

Plot filem ni? Bermula dengan pre-klimaks dimana dekat 5 minit jugaklah skrin wayang tu gelap. Lepas tu keluar gambar api. Oh..start-start si Paulie ni dah kena kurung dalam keranda selepas traknya di ambush oleh terrorist. Kira Paulie ni mangsa keadaanlah, akibat perbuatan kerajaannya, dia yang terima padah. Jadi sepanjang filem ini menunjukan bagaimana Paul ni cuba melepaskan dirinya dari keranda itu dengan berbekalkan sebijik blackberry, lighter, pencil,torchlight dan stik glow in the dark tu.

Filem ni memang sarat dengan mesej birokrasi yang menyusahkan hidup, masalah komunikasi yang melumpuhkan perjalanan kehidupan seharian dan bagaimana penindasan oleh KAPITALIS. Ya, perkataan kegemaran gua, KAPITALIS. Ingat!! Semua babak berlaku dalam keranda!!

Filem ni tak perlu OST, yang ada pun hanya bunyi azan dari atas tanah. Gua tak rasa music director nak keluarkan CD koleksi azan. Lighting memang natural habis, no argument!!

Filem ni berakhir dengan super-klimaks. Dan seelok habis cerita ni, perspektif gua kepada Van Wilder berubah sama sekali. Mamat tu memang power berlakon. Gampang ghape tak power, dia seorang je yang masuk kamera. Cite ni bergerak atas dia. Jadi pelakon kene power la. Tak kan nak ambik Jehan Miskin kot.

Secara overall, gua tunggu percalonan Ryan Reynolds dalam Oscar.

Rating : 8.2/10

Amaran : Kepada yang mengidap klaustrophobia sila bertanggungjawap atas fobia anda. Gua tak jamin.





2 Wang Tak Mampu Membeli Kasih Sayang

"Encik kena bayor habes duit hotel ni. Kalo tidak, memang encik dan rakan-rakan kene tidor luor le jawapnye," brader receptionist bersuara menyuruh gua melangsaikan belen berbaki sebelum kami dapat terjun ke atas katil.

"Jam dah pukul 12.30 pagi ni, karang saya pergi ATM cucuk duit," gua pura-pura check dompet takut-takut ada duit seribu terselit celah-celah kad BonusLink.

++++++

"Saya dah keluor duit ni, berape yang saya kene bayor ni yob?" gua bercakap bunyi macam orang kaya.

"Owh..kejap yer," brader receptionist tadi pure-pure bukak file dekat komputer.

Gua nampak ada ikon Solitaire yang diminimizekan di task bar.

"Jumpe yob?" gua tanya lagi sekali, gua rasa seluar gua terlondeh sikit sebab duit berat sangat.

"Errr...encik. Saya pun tak tahu encik kene bayar berapa. Tapi yang pasti boss suruh encik bayar habis jugak sebelum check in," brader receptionist muka kelat bila teringat riak wajah boss dia.

"Macam mane ni? Duit nak kene bayor. Tapi jumlah tak tahu. Saya setel esoklah," gua pening kepala dengan SOP industri perhotelan di daerah Parit ni.

"Encik masuk lah tidur dulu," brader tu pun pening macam mana nak handle kes macam ni.

+++++++

Gua tengah tidur dengan aman, tiba-tiba dikejutkan dengan ringtone lagu Soldier.

"Hello," gua jawap ringkas.

"Encik, saya dari pihak hotel. Encik boleh buat pembayaran sekarang?" gua dengar suara sayup-sayup.

"Aah.." gua mengantuk jawap endah tak endak.

"Err..encik tidurlah dulu," gua dengar suara receptionist dah serender dengan gua.

Gua letak henpon sambil usha jam,

7 PAGI!!!

Damn...hotel ni memang betul-betul nak duit ni.

0 Perjumpaan Pelajar Asahikawa University

Malam itu bulan terang-berderang, bintang berkelipan. Kalau ikut cerita Ultraman, itu maknanya Bapak Ultraman tengah berkomunikasi. Tapi gua tak ambik port, malam ini bakal menjadi sejarah. Gua bakal berjumpa dengan member-member ketika gua belajar medik dekat Asahikawa University dulu dekat Jepun.

Dulu kami selalu berlari-lari dibawah pohon sakura yang menggugurkan bebungga ke tanah. Kami selalu lepak sambil cari pasal dengan geng samseng bermotosikal Jepun atau bosozoku. Kitorang kejar dorang jalan kaki je beb. Tambah tolak semua, kami tak jumpa dalam 10 bulan jugaklah.

++++++++++

Di kedai mamak, dari jauh gua nampak baju saiz XL dipakai oleh lelaki berbadan XS. Gua tak syak lagi, itu adalah Kamarul Ariffin. Gua perhati dalam-dalam mata dia. Anak haram, ikut perangai pakai contact lense ade kaler ni? Muka Jawa mata kaler hijau memang tak into.

"Ehh, Achan.. Lama tak jumpa?" panggil Kamarul Ariffin.

"Biasalah, ni bulan raya. Baru terlepas dari kurungan bulan puasa lepas," balas suara yang tak dikenalpasti.

"Haram jadah,"hati kecil ku bersuara.



1 Ulasan Filem : The Lagend of Fist : The Return of Chen Zhen


Gua konfiden bahawa gua dah menonton ratusan filem, dan ini filem pertama yang memaparkan adegan hero menumbuk bahagian testikel musuh sampai mati sebab musuh rogol adik hero. Shit..gua tengok muka mamat jahat tu, gua tak dapat gambarkan ke'senak'kan yang dialami beliau.

The Lagend of Fist : The Return of Chen Zhen adalah remake semula filem Fist of Fury lakonan Bruce Lee. Diterajui oleh pengarah otai, Adrew Law (bukan Andy Law) yang femes dengan Internal Affair, Yound & Dangerous (muda dan merbahaya) satu sampai lima, Intial D dan berapa puluh muvi yang tak nak kalah. Ini bukan calang-calang pengarah, bukan macam Razak Moheiden yang buat filem Sifu dan Tongga (zzz).

Watak Chen Zhen dipegang oleh pelakon aksi yang makin melonjak-lonjak naik selepas file Ip Man, tak lain dan tak bukan tuan-tuan, Donnie Yen. Heroin pulak bukan calang-calang, Adrew Law pilih best of the best. Awek ni dulu berlakon filem blue, kini dah femes bukan dekat Asia. Tapi Jason Statham pun berlakon dengan dia dekat Hollywood. Awek yang dimaksudkan oleh gua adalah Shu Qi.

Gua malas sembang panjang, filem ni pasal hero tempatan yang menentang Jepun. Ada konflik percintaan sikit, konflik dendam. Ala standard la, jadah apa cerita pasal penjajahan ada konflik dengan bursa saham kan?

Penekanan dekat sini adalah AKSI. Selain ambik gaji sebagai hero, Donnie Yen juga agak haloba dengan merampas jawatan Pengarah Aksi untuk filem ni. First impression gua memang A. Silap-silap John Woo boleh ternganga usha filem ni. Aksi kungfu bukan main-main, ini stendet ketap-ketap bibir. Gua usha ada sorang dua mamat cina rambut kuning genggam-genggam penumbuk. Gua malas tegur, gua tak berancang untuk makan nasi pakai straw dalam masa terdekat ni.

Sound track memang menarik, lagu-lagu swing bahasa cina. Memang kena dengan mood cerita, Shu Qi pulak jadi awek kaberet, what do u expect bradah?

Cuma ada beberapa spoiler yang tensen, pertama tu bila part dia view pekan Shanghai tu, gua boleh nampak sangat ke'kartunan' pekan tersebut. Yang kedua, gua menyampah bunyi, "wachaaa", "wattaa", "wooo" dan sebagainya ketika berlawan, it is too Bruce Lee bradah. Tahulah hero dulu Bruce Lee, tapi gua rasa Donie Yen boleh je buat style dia sendiri.

Gua juga dapat merasakan bahawa Donnie Yen dah terlampau tipikal berlakon dalam filem bergenre begini. Asal Donnie Yen je, filem sejarah pukul Jepun. Dah bosan.

Sekian,

Rating : 8.2/10