8 Konflik Di Malam Raya

Masa : Malam Raya Pertama

Lokasi : Tesco, Taiping

Genre : Konflik Kekeluargaan

Pelakon : Achan Sinclair, Bapak Gua dan Akak Tukang Susun Sayur

----

Gua : Abah ni lah sawi. Tu bukan sawi

Ujar gua sambil memegang sayur hijau.

Abah Gua : Ini lah sawi. Hang pegang sayoq apa tuh?

Gua : Abah la pegang sayur apa entah.

Akak Tukang Susun Sayur : Encik, itu bukan sawi. Itu Siew Pak Choy.

Akak tu tunjuk sayur yang dekat tangan Abah gua.

Gua : Senyum-senyum simpul..ehehe

Akak Tukang Susun Sayur : Adik, sayur yang adik pegang pun bukan sawi..itu KAILAN. Sawi dah habis.

Cis.. Ini semua salah sistem pendidikan negara. Tak ada silibus pasal nama sayur-sayuran.

3 Pesanan Ikhlas Di 10 Malam Terakhir Ramadhan


Kepada kawan-kawan yang kaya raya, sokonglah industri pos Malaysia dengan menghantar kad raya beserta duit raya kaler purple ke :

Harris Zahari
A101, Palma Puteri,
Jalan Cecawi 6/6, Seksyen 6,
47810 Kota Damansara
Selangor

Gua akan gantung kad raya lu dekat pintu depan rumah jika kad anda berbau bedak.