3 Realistik & Idealistik

Pak cik Spiderman pernah berkata dalam filem Spiderman I, “With great power comes great responsibility.

Ungkapan yang cukup rasi, benar dan nyata dalam kehidupan sebagai manusia. Formula ini sememangnya digunapakai secara meluas dalam kehidupan, kerjaya, keluarga dan banyak aspek lagi.

(S)P = (S)R

*S = Size
P = Power
R = Responsibility

Contoh mudah, dalam sebuah organisasi. Kuasa seorang mak cik cleaner hanya mampu untuk mencuci dan membersihkan sesebuah pejabat, dan mak cik cleaner tiada hak untuk memecat pekerja lain. Dan tanggungjawapnya hanya memastikan kebersihan sesebuah pejabat, tak lebih dari itu. Tak perlu risau tentang cash flow syarikat.

Situasi yang berbeza dengan seorang CEO, kuasanya mampu untuk menentukan kemana arah tuju syarikat, memecat pekerja, menentukan polisi syarikat dan pelbagai lagi. Maka bila skop bidang kuasanya semakin besar, maka makin besarlah tanggung jawapnya. CEO kena memastikan syarikat menuju kiblat yang betul, pekerja tak buat kecelakaan kepada syarikat dan dia kena ambil tahu segala haram jadah yang berlaku di dalam pejabat.

Formula ini juga digunapakai dalam kehidupan kita sebagai manusia yang normal. Secara tabiinya kita semakin kita berusia, semakin longgar kongkongan keluarga dan bermakna kita juga semakin berkuasa terhadap kehidupan sendiri. Hak untuk menentukan kehidupan diantara seorang budak berusia 2 tahun berbeza dengan seorang pemuda berumur 25 tahun.

Budak 2 tahun sama sekali tidak akan diberi hak oleh ibubapanya untuk menentukan jenama pampers mereka. Berlainan dengan pemuda berumur 25 tahun, mustahil seorang ibu akan menentukan rokok apa yang patut dihisap oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun.

Dan pada satu tahap, kita berkuasa untuk menentukan kehidupan orang lain dan tanggungjawapnya pasti akan lebih besar. Iaitu apabila kita berkeluarga.

Speaker headphone gua sedang berkumandang lagu Nick Jonas – State of Emergency

Dan apabila tanggungjawap menjadi lebih berat, secara langsungnya kita akan menjadi lebih realistic dan idealistik akan berkurangan secara langsung. Dan ketika ini kita akan lebih berwaspada dalam membuat keputusan, lebih berpijak di bumi yang nyata.
Bezanya diantara realistic dan idealistic, satunya berpegang kepada realit itu adalah kehidupan yang lahiriah yang kita lalui sehari-hari ini dan yang lagi satu berpegang kepada falsafah realiti itu sebenarnya apa yang berada di dalam minda dan fikiran.

Pertembungan di antara 2 falsafah ini sememangnya sangat kontra seperti air dan minyak, Yin dan Yang, langit dan bumi atau seperti Paris Hilton dan Fyda (Pelakon Epilog Syurga Cinta).

Selalunya manusia akan menjadi realistik selepas matang, berbeza ketika muda remaja yang ketika itu lebih idealistik.

Contoh klasik adalah kisah percintaan. Yeah, sePunk mana pun anda, atau seMat Rempit mana pun anda, pasti jauh disudut hati kecilmu ada ruang untuk cinta. Hak tui.

Maka bila muda remaja dan jatuh cinta, segalanya kelihatan indah. Hidup ialah apa yang kita tentukan melalui imaginasi minda. Bercinta, berkahwin, membina keluarga dan bersama sehidup semati hingga ke akhir hayat. Idea-idea dari filem dan drama banyak menguasai dunia percintaan.

Ia nampak mudah, manis lagi indah. Segala-galanya syurga.

Bila reality datang. Dari situ kita belajar melalui jalan yang sukar dan pedih.

Idealisme terbang tinggi melangit. Sekali terjatuh dan tersembam. Hancur bersepai segala keindahan alam percintaan dan idealisme. Kita belajar melalui keperitan hidup mempelajari bahawa harapan ialah sarapan yang manis tapi makan malam yang pahit.

Dan kini kita menjadi lebih realistik, dengan berpijak dibumi yang nyata dan bukan terbang dalam mimpi idealistic dahulu.

Lagu bertukar single kepada Vesper Goodbye. Ballad mood, sesuai dengan plot penulisan.

Putus cinta di usia dewasa, kamu lebih realistik. Kita tahu faktor-faktor semasa menjadikan ianya tidak mungkin terlaksana untuk saat ini. Pada usia yang dipertanggungajawapkan untuk diri sendiri, kita sedar bahawa hidup perlu diteruskan.

Ianya tidak berhasil. Apa guna bersedih dan menangisi nasib malang dalam percintaan?

Kita jatuh tersembam. Tapi kita bangun, bersihkan kotoran debu di badan, melihat ke hadapan, tersenyum dan teruskan berlari ke arah matlamat hidup kita.

Itu namanya realistik.




0 Koleksi Wallpaper Anda : Versi i-City


*Kelik-kanan, tekan Save Picture As. Savekan di Desktop. Kelik pada ikon gambar ini di desktop. Pilih aturan 'Set as Wallpaper'. Maka komputer anda akan laju mencanak-canak.


*Gua lukis sendiri gambar ni.

*Gambar ni bersepah-sepah dekat kitab muka, tapi yang ini memang gua amik.

*Gua memang fotogenik

*Agak-agak bil letrik i-City ni sebulan berapa ringgit ek?


Gua semalam melawat ke 'lokasi kegemaran facebook' iaitu i-City. Ramai sangat orang, ada pak cik, opah, adik baru baik sunat, mamat rambut kuning, awek kilang, pensyarah IPTA dan pelbagai jenis orang lagi. Walaupun gua dah bayar tiket RM5 per kereta, tapi gua dilarang untuk menyentuh, memegang awek orang..oppss.. lampu-lampu berkenaan. Pak gad sana tak steady. Gua nak tunggang lampu bentuk rusa tu pun tak bagi.