3 Ulasan Filem : Laskar Pelangi (2009)


Filem ni gua dah usha taun lepas, tapi gua usha lagi sekali sebab tak puas. Sinematografi filem terbaik pernah gua usha. Serius, sinematografi filem ni bukan satu benda yang boleh di ambil mudah. Filem yang diadaptasi dari novel ini menjadi filem ke-4 paling ramai ditonton di Indonesia dengan penjualan 4.6 juta tiket.

Laskar Pelangi adalah kisah 10 orang anak miskin di Pulau Belitung yang tak mengenal penat lelah dalam menuntut ilmu di SD (Sekolah Dasar) Muhamadiah Gantong. Sekolah miskin ini terpaksa menempuh cabaran dalam mendidik anak-anak di Belitung, manakala majoriti penduduk miskin Belitung berpendapat pendidikan adalah perkara sia-sia kerana hujung pangkalnya pasti menjadi kuli jugak.

Dengan kapasiti 10 orang pelajar satu sekolah dan 3 orang guru, SD Muhamadiah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang extra-curricular berbanding sekolah-sekolah lain. Guru besarnya, Pak Harfan berpendapat kejayaan bukanlah sesuatu yang hanya diukur dengan angka, namun dari ianya datang dari hati.

Pelbagai dugaan mendatang kepada penghuni SD Muhamadiah, dari ketiadaan dana dan tenaga kerja, sehinggalah kematian Pak Harfan. Guru, Muslimah adalah tonggak utama yang membuka jalan dalam kejayaan mereka.

Setiap watak dari 10 karekter itu mempunyai kekuatannya sendiri, Seperti Ikal, seorang budak yang sering bermonolog sendiri dan amat menghargai persahabatan. Anak nelayan miskin, Lintang pula adalah seorang ketua yang dilatih secara tidak langsung dari latar belakang keluarganya. Mahar adalah seorang pencinta seni dan kreatif.

Selama durasi 1:59 jam, gua rasa dibawa bersama ke Pulau Belitung dalam menghadapi kehidupan seharian mereka. Seperti perjalanan yang ditempuh Lintang untuk ke sekolah dimana Lintang terpaksa melalui kawasan lintasan buaya. Ye beb..sarang buaya!! Perjalanan mereka melepak di atas batu tepi laut. Walaupun gua rasa sebenarnya Belitung tu mesti oldskul bak macam pekan Tronoh, tapi sinematografi dia buat gua rasa Belitung tu memang destinasi gua nak pergi honeymoon. Cukup sifat pada angle-nya, lighting-nya dan segala aspek yang gua rasa mmg wow!!

Dari segi acting memang gua terkejut besar beb. Rupanya semua budak-budak dalam cerita ni semuanya budak kampung kat Belitung tu. Patutlah muka pulau habis. Tapi dari segi lakonan memang pro. Apa diorang kat Belitung tu ada kelas lakonan ke apa? Memang super beb!!

Soundtrack OST Laskar Pelangi memang hot. Lagi-lagi single dari Nidji, Laskar Pelangi. memang sesuai untuk motivasi sekolah. Pendek kata, budak-budak rempit sekolah menengah kat luar sana tu, korang patut usha movie ni kasi elok sikit akidah.

Terima kasih

Rating : 8.8/10



4 Ulasan Filem : The Crazies (2010)

*Kaki orang jahat

*Kaki gua..amacam..cool tak?...

AMARAN : Ulasan filem seram ini ditulis dengan iringan lagu RnB. Kalau filem ni bunyi tak seram jangan marah gua.

Selepas 41 hari gua tak menonton filem, semalam gua ke Village Mall untuk menonton apa-apa filem yang ada. Untuk pengetahuan pawagam di Village Mall memang super punk, ada 4 filem je ditayangkan.

Memandangkan gua tak mengambil perhatian ketika belajar di tadika cina 20 tahun lepas, sekaligus gua gagal menguasai bahasa mandarin, maka gua terpaksa rijek 3 filem dari pilihan gua kerana semuanya cerita cina. Maka gua memilih one and the only American movie iaitu The Crazies.

Berbekalkan setengah keping pizza di dalam perut, gua beranikan diri untuk menonton filem seram re-make dari filem The Crazies 1973.

Sipnosis yang mudah, satu kapal terbang sudah silap landing dalam stok air pekan ni. Nak jadi panjang sikit movie ni, kapal terbang tu bawak senjata biologi la pulak. Last-last habis satu pekan jadi psiko, bunuh sana, bunuh sini, kejar sana, kejar sini. Hero dia nama David Dutton (Timorthy Olyphant) merupakan Sherif kat pekan tu. Masa kerajaan US buat clearance, bini dia Judy Dutton (Radha Mittchell) pulak tak lepas saringan. Ala saringan dia macam saingan H1N1 jugak, cuma ada askar sini-sana pakai topeng sambil pegang senapang. Tu je beza.

Judy ni mengandung pulak, so David Dutton ni psiko la sebab kerajaan bukan takat tangkap bini dia je, maknanya dengan anak-anak dalam perut tu sekali kerajaan dapat in pakej, 2 in 1. Jadi movie ni menunjukan pengembaraan David, Judy dan assistant David, Russel (Joe Anderson) dalam menempuhi kumpulan manusia terevolusi, kerajaan yang kejam dan kumpulan pemburu yang gila.

Cerita aksi macam ni sememangnya terkenal dengan ketiadaan story line yang kuat, cukup sekadar kejutan-kejutan. Tapi gua tak nafikan sesungguhnya cerita ni mempunyai unsur-unsur kejutan yang agak damn. Gua terajang habis kerusi depan. Selamat yang duduk depan tu kenalan gua jugak. Kalau dibuatnya yang duduk depan gua tu mat rempit, payah jugak gua nak bertempur dalam pawagam yang gelap tu.

Ada jugak part-part yang gua rasa melampau ajaibnya, Judy tu mengandung. Tapi dah siap eksiden sana-sini. Lori tergoleek-golek kena bom nuklear, tapi tak terberanak lagi. Apa makjun dia pakai beb? Makjun Mak Dara?

Watak David pulak macam biasa, ada unsur-unsur heroic gila babi. Setakat askar US tu, rilek-rilek je dia boleh terlepas roadblock sana-sini. Patut dia bukan kerja sheriff, tapi jadi penyeludup PATI.

Soundtrack? Gua tertarik dengan opening song yang ala-ala country style. Tu je gua rasa lagu yang ada sepanjang movie ni.

Graphic? Lighting agak nice, nak shot kasi naik feel cuak bukan senang beb. Part yang dia zoom mata tu. Perghh!! Buatnya gua ada darah tinggi, mau dah kena strok setengah badan beb. Cuma beberapa kecacatan dapat dikesan seperti jalan tar masih sehat seperti biasa walaupun dah terkena bom nuklear punya wave. Perrghh, rasa hebat pulak JKR kat Amereka nun.

Pendek kata, ini adalah filem ringan yang tak perlu pikir panjang. Tengok sekali gus boleh paham, tak payah masuk otak.

Rating - 7/10


2 Ulasan Album : Mirwana - Bumi Akhir Usia (2010)


2010, hampir setengah dekad Mirwana menyepi tanpa sebarang album, kini Mirwana kembali idea segar dengan album Bumi Akhir Usia (BAU). Jangka masa 5 tahun dalam pertapaan mencari material untuk buah tangan terbaru, ternyata BAU bukan suatu hasil yang konservatif.

Dengan pengalaman 13 tahun dalam nasyid dari permulaan dari era nasyid sekolah menengah, pop akustik dan kini fusion, sememangnya tidak dapat dinafikan Mirwana sememangnya memberi impak positif dalam industri nasyid.

Pembawakan mesej-mesej kemasyarakatan, ketamadunan dalam mengangkat nilai-nilai kemutlakan akhlak dalam era akhir zaman. Dengan mengangkat pengalaman, perasaan dalam menterjemahkan kehidupan insan, album ini membawa mesej untuk menginsafi diri dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Dari segi musik sememangnya Mirwana agak terkenal dalam melopori wadah musik liberal dalam nasyid yang menunjukkan mereka konsisten dalam penyampaian mesej nasyid dengan kata yang lebih terbuka dan relevan dengan suasana.


Mengandungi 10 trek, BAU adalah sebuah hasil yang melanggari bunyi-bunyian konservatif dalam nasyid Malaysia. Campuran elemen jazz, rock, RnB, dan fusion diharapkan berjaya menarik perhatian pendengar.

1. Muhamad SAW (The Arrival) 3:10

Sebagai pendengar Queen tegar, intro lagu ini mampu membuatkan bibir mengukir senyuman. Bunyian tepukan tangan yang serupa dengan drum beat We Will Rock You membuatkan pendengar keluarkan CD dari radio. "Betul ke gua pasang CD nasyid ni?". Dengan tempo dan melodi yang segar mampu memberi pengalaman baru dalam mendengar selawat nabi. Atas sifat kecintaan yang mendalam ke atas junjungan besar Muhamad SAW, selawat versi baru ini dilihat sebagai pembuka selera (appetizer) yang memberi impak positif dan menyegarkan. Amaran, ini bukan nasyid cinta-cinta IPT!! (8.5/10)

2. Andaiku Pergi (Retro) 4:29

Sebuah pesanan kepada kekasih selepas pemergian yang abadi agar tidak diratapi pemergian itu. Dengan intro dan selingan keyboard sememangnya antara unsur ketara yang meembezakan antara versi retro dan original, secara tak langsung kita teringat lagu-lagu era 80'an dimana Alleycats, Kenn, Remy & Martin menjadi siulan. Melodi pada bahagian chorus juga lebih mellow dan relax berbanding versi asal. Secara jujurnya, ini versi yang lebih baik. (9.3/10)

3. Tika Masanya (feat Hujan) 4:22

Mengulangi resepi Aku Tanpa CintaMu dengan versi yang lebih berani dan segar, Mirwana tampil bersama Hujan yang merupakan antara band indie yang berjaya me'mainstream'kan arus indie music. Resepi yang sama dirasakan dapat mengukir kejayaan berulang. Unsur pop-rock yang mudah diresapi telinga. Mesej ringan yang ingin disampaikan, solatlah tika masanya dan bersama menuju kejayaan. (9.0/10)

4. Fana Persona 3:56

Melodi ringan dan santai dengan iringan alunan gitar akustik dan udu (pot) drum sememangnya memberi impak yang lebih santai dan nyaman ditambah dengan harmoni suara yang menyenangkan. Berkisarkan penjalanan dunia yang dipenuhi segala fatamorgana fana yang mempersonakan. Dan perjalanan perlu diteruskan ke destinasi! (7.8/10)

5. Bukti Cinta (feat Edry Demascus) 4:06

Exprimental-fusion, teringat Brothers Reunited. Selingan melankolik seruling seperti mengiringi kontra ritma fusion seperti yang digambarkan dalam bait-bait lirik; Gaza menderita disini berpesta. Lagu yang ditujukan khas menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan muslim di bumi Gaza yang bertarung untuk akidah. Keseluruhan lagu memang menarik, namun tercacat sedikit di bahagian rap oleh Edry, agak monotonous. Masalah biasa rap bahasa Malaysia (8.4/10)

6. Kembali PadaMu 4:34

Lagu yang mengisarkan perjalanan kehidupan dan lena dibuai mimpi-mimpi dunia. Intro mellow yang berat ke lagu-lagu pop-jazz 90'an sememangnya merehatkan telingan selepas trek exprimental-fusion yang rancak. Harmoni suara dalam trek ini sememangnya bukan sesuatu yang boleh diambil remeh, ini memang seni. Namun part chorus lagu ini agak ke-Boyz II Men, tapi tetap best (9.0/10)

7. Anugerah Istimewa 3:38

Kisah hujan dilagukan dalam irama yang santai, dan chorus yang cathcy. Tak tahu kenapa, tapi rasanya seperti deja vu dengan lagu-lagu Mirwana zaman sekolah-sekolah. (8.5/10)

8. Jauh (Radio Edit) 4:24

Lagu perpisahan yang cukup catchy dan rhythimic. Variasi melodi yang berubah-berubah sememangnya cukup 'wow'. Iringan solo gitar oleh Rody Kristal juga banyak membantu dalam sigma melodi lagu. (8.7/10)

9. Bumi Akhir Usia (feat DJ Erwan & Shazee) 3:35

Sebuah lagu yang mencabar nilai-nilai ketamadunan manusia di era globalisasi ini terutamanya di Palestin. Peperangan, pertelingkahan dan pertumpahan darah menjadi lumrah di masa kini dan ummah membutakan mata, mentulikan telinga dan tak ambil peduli. Rap oleh Shazee sememangnya cukup rasanya, tapi rap di rangkap pertama oleh DJ Erwan masih boleh diperbaiki. Namun lagu ini tetap memberi energy! (7.8/10)

10. Cahaya Kekasih 2:37

Lagu ballad yang menceritakan tentang perjuangan dan kecintaan terhadap Muhamad SAW. Iringan piano dan vocal harmonization cukup ringan dan santai dalam penyampaian mesej. (8,7/10)

11. Andaiku Pergi (Original Version) 4:29

Rujuk trek 2 tapi dalam versi yang lebih nyata. I prefer retro version (9.0/10)

12. Jauh (Original Version) 5:35

Rujuk trek 8, tapi ini versi lebih panjang.

13. Andaiku Pergi (Instrumental)

Versi instrumental trek 2. Mungkin tak mahu bazir ruang dalam CD.

Secara keseluruhan, dalam 2 tahun penantian untuk album Bumi Akhir Usia adalah pernantian yang berbaloi-baloi.

Sekian.

notaKaki : Gua dah lama sangat tak buat ulasan album ni..ni dah pukul 0420 (jam askar), esok target nak bangun pukul 0700...wish me luck!!.. Chalo bete


2 Because Mouth, Air-Cond destroyed (Versi English)

Brader technician I look handsome with a dress set dark blue smelly black oil.

"BRO, if the cave borrowed gas cylinder air-conditioner lu bawak kat went scuba diving swimming pool would you? "cave thoughtful attempt to submit a proposal.

Brader eyes changed. Angle his eyes could not be more different as Pak Imam an eye on kids kat bersidai wall while playing guitar songs Ameng Spring. Sharp. Can the torn dress pants.

"No la ek?" try, try ejas cave, where tau soft brader heart to see a ray of honesty in the eyes of the cave.

Zasss .....

Cave Story lentik body like The Matrix to avoid from tikam to be thrown by the skrudrebar
Technical Brader said ...

(Macam mana Founder Google boleh jd billionaire ni? Gua translate post semalam pun jd macam ni. Macam mana budak-budaka nak skor english triple 1 time SPM?)

0 Kerana Mulut, Air-Cond Binasa

Brader teknisyen tu tampak tampan dengan pakaian set biru gelap berbau minyak hitam.

"Bro, kalau gua pinjam tong gas air-cond lu bawak pergi skuba diving kat swimming pool boleh tak?" gua cuba mengemukakan cadangan bernas.

Pandangan mata brader tersebut berubah. Sudut pandangan mata beliau memang tak jauh berbeza seperti pandangan mata seorang Pak Imam kepada budak-budak bersidai kat tembok sambil main gitar lagu Ameng Spring. Tajam. Boleh terkoyak baju sama seluar.

"Tak boleh la ek?" gua try-try ejas, mana tau lembut hati brader tengok sinar kejujuran di mata gua.

Zasss.....

Gua lentik badan macam cerita The Matrix untuk elak dari kena tikam dengan skrudrebar yang dibaling oleh Brader Teknisyen tersebut...

1 Harris Zahari vs Achan Sinclair

The Epic of Grunge

Haha..damn!! Gua rasa macam gambar ni lama sangat lak. Gambar gua time belajar dulu, zaman pakai jeans seasoned lawan dengan kasut converse 22 karat. Sekarang kod pemakaian harian gua berat dressing ke arah budak-budak opis. Kira Achan tengah cuti sat beberapa ketika ni. Haha.. But don't worry. Achan will be back!!

Lagi satu pesanan gua kat budak-budak sekolah zaman sekarang, gitar gua bukan Strat tapi Jag. Gitar ala-ala Kurt Cobain. Lu kenal Kurt Cobain? Lu tau tak lagu Smell Like Teen Spirit? Tak tau??!! Bagi gitar korang kat mak korang cakap suruh buat fire starter nak bakar sampah.

Negative Scanned | Fuji Pro NPZ 800 (expired)
Hasselblad 500CM + Carl Zeiss Planar T* 80mm ƒ2.8
Tronoh, Perak, Malaysia.


Tukang Gambar : http://www.azinuddin.com