3 Orang Berbudi Kita Merasa, Orang Memberi Kita Terseksa

Dalam beberapa tahun lepas, darah muda gua masih sedap. Takat didih dia pun tak payah suhu tinggi-tinggi, kalau gua rebus maggi lambat sikit nak kembang pun gua dah boleh lari keliling taman bawak parang. Zaman-zaman tu, kaki lagi laju dari otak.

Dalam satu kejadian ni, gua terlibat sama dalam sesi royal rumble pencuri masa dekat universiti dulu. Walaupun bukan barang gua yang hilang, tapi dah gua yang tangkap dia tak kan gua nak lepas dia kasi main jauh-jauh kot.

Nak dijadikan cerita, gua dan rakan-rakan bersiap sedia nak pergi ambush bilik Sang Pencuri. Ada yang tengah buat warm up ramai-ramai nak elak kaki krem, Bujik pun tengah asah batu cincin dia kasi tajam sikit, tak kurang jugak Acap Penang pakai baju tak dak lengan gambar naga kasi nampak garang. Ketika gua dan rakan-rakan terjah masuk bilik Sang Pencuri tersebut, beliau masih seronok makan nasi. Berpegang kuat kepada cakap orang tua-tua, "Jangan bergaduh depan rezeki" maka gua kasi can dulu Sang Pencuri. Tapi Sang Pencuri tu lalu pulak nak makan dengan dikelilingi dekat 10 orang tengah sabar menanti nak cap kaki dekat dada dia.

Pow..paw..pow..paw.. Gua ambik side dan kasi sepak siam atau sepak luar istilah teknikal yang digunakan oleh orang martial art. Dan...

++++++++++++++++

3 minggu kemudian.

Gua jalan-jalan pergi pasar malam cuci mata tengok awek UiTM pakai baju PBSM peluh-peluh.
Dan gua terserempak dengan Bujik, salah seorang ahli aktif yang memukul pencuri tak lama dahulu.


"Chan, apa khabar ko?" Bujik pura-pura concern.

"Alhamdulillah sihat," gua jawap gaya islamik sebab terperasan ada awek masjid comel lalu sebelah gua.

"Lama tak datang bilik aku ek? Datang lah weh bilik aku malam ni, ada lembaga putih menunggu," pelawaan Bujik berbaur muslihat.

"Apa fak?" jawap gua secara natural sebab budak masjid tadi dah lepas jauh.

"Datang je lah," Bujik keras dalam pelawaan dia.

+++++

Di Bilik Bujik

"Haa Chan, ni dia lembaga putih yang aku nak tunjuk kat ko," Bujik tunjuk arca keras bentuk macam stokin tapi besar sikit.

"Apa ni?" gua penuh tanda tanya sebab gua tahu Bujik memang tak dak bakat buat arca.

"Ni la simen tangan gua. Ingat tak malam kita pukul pencuri tu ko sepak. Pas tu missed kena tangan aku dan sekaligus tangan aku patah," jawap Bujik meleraikan 1001 persoalan.

"Oh ye ke?" Gua buat muka.

Kraakk.. Bujik bukak locker, gua syak dia nak ambik gergaji nak balas dendam.

"Jom, ikut gua pergi McD Ipoh aku belanja sambil tengok bola. Naik kereta aku" Bujik pelawa.

Risau jugak takut karang itu McD terakhir gua dalam kehidupan gua sebagai artis ni. Mana tau karang gua sedut Pepsi berperisa tuba.

+++++

Dekat McD,


"Alhamdulillah.." gua bersyukur kerana usia gua masih panjang. Pepsi tu tak ada perisa tuba.

"Jom la Chan, kita naik Cameron. Aku sponsor minyak" Bujik pelawa gua sekali lagi.

Gua tenung jam, baru pukul 5 pagi.

"OK, jom...."

Lu bayangkan lu patahkan tangan orang dan si mangsa bawak lu makan McD sama bawak lu jalan-jalan. Perrghhh, makan dalam beb.

+++++

2 minggu lepas masuk internet gambar Bujik.



"Kesian Bujik, tak habis-habis jadi mangsa penderaan fizikal. Dulu kena dengan gua, sekarang FRU, agaknya esok lusa kena rock bottom dengan The Rock kot," bisik gua dalam hati slow-slow.


0 Resepi Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Bangun pagi hisap rokok sambil kira kelajuan pergerakan awan di langit. Kira berapa helai daun masuk dalam swimming pool, kira waitress lalu lalang dekat susur jalan di tingkat bawah. Tengok matahari menyorok belakang bukit, sambil dikelilingi padang golf yang kadang-kadang menjadi 'menu mewah' lembu-lembu di sekitar Harvard Golf Country ni. Gampang aman. Tapi orang kata hidup didunia tak selamanya.

Makanan 5 kali sehari pula sememangnya terbaik, kalau gua pergi keluar bandar nampak KFC, nak makan pun fikir banyak kali sebab kat hotel lagi gampang sedap makanan dia. Kadang-kadang perut gua diisi dengan isi ikan 3 rasa, bebola ikan tempura, sup cendawan, ciken cop, spegeti, kari hijau gaya masakan siam. Kalau setakat ayam tu memang tiap-tiap harilah, sampai gua rasa dalam jangka masa 2 bulan ni populasi ayam di Sungai Petani ni kian pupus. Gua tak heran la kenapa kerajaan terpaksa kutip cukai sampai billion-billion.

Tapi tadi ada VIP datang melawat kami dan...

Kami dihidang...

Kek pisang!!

++++++++++++

Pihak pengurusan hotel perlu ambil tindakan tegas!! Kalau perlu hantar chef-chef ke seminar macam GEMS, silalah hantar dengan kadar yang segera.

OK, hari menu Chef Achan adalah Megi Goreng masak pakai air panas.

Selamat mencuba

notakakipukul : Gua dah lama tak usha CSI sama Buletin Utama. Gua akhiri pos gua dengan lagu Ruby, janda gua dulu zaman pop yeye nyanyian sebuah kumpulah Brit Rock yang berasal dari Jeniang, Kedah.




3 Gua, Abah Gua, Mama Gua Dan Jam Boy London


"Abah, abang nak jugak jam boilanden tu!! Kalau tak esok abang tak mo pi sekolah," ugut gua kat Abah gua. Pada masa tu pun Abah gua mana tahu masa depan gua macam mana kan. Dengan harapan untuk gua jadi doktorlah pada masa depan. Maka Abah gua pun angkat satu jam tangan Boy London pasar malam.

Kalau Abah gua dulu ada degree engineering siap boleh bikin mesin merentas masa, kalau dia usha status gua sekarang sebagai penganggur berjaya, gua pasti dia pasti menyesal atas tindakan membeli jam Boy London tempoh hari.

Memang zaman tu kalau sapa tak ada jam Boy London tu kira dah kodi habis. Pergi sekolah pun jalan pandang bawah sebab tak dak point nak sembang dengan member. Nak tau dah pukul berapa? Jangan harap lu nak tanya member-member. Karang ada yang kena bakar sampai menangis teresak-esak sebab tak dak Boy London. Gua rasa budak time tu sanggup lagi tengok jam matahari berbanding nak tanya waktu dekat member,

Yang bestnya, jam Boy London ni background dia boleh tukar-tukar kaler mengikut suhu. Itu yang gua paham walau pada dasarnya waktu tu gua masih tak pandai nak baca suhu dekat termometer. Member-member gua la cakap. Kalau depa tipu gua, maka secara langsung gua tipu lu lah.

++++++

Satu hari mak gua nak masak kari ikan gamaknya.

"Abang!!! Ni sapa ajaq letak jam tangan dalam peti ais ni??!!!"

Sekian Wasalam...

2 Lu Ingat Penganggur Tak Ada Outstation?

Ok, ini malam last gua dekat rumah. Esok gua nak kena bertolak ke Harvard. Bukan Harvard kat US tu, CGPA macam orang makan semut jangan mimpi gua nak sambung belajar dekat sana. Gua maksudkan Harvard yang terletak di Sungai Petani. True tak true lah, sempoi-sempoi dia taruk nama Harvard dekat Sungai Petani.

Tujuan gua ke sana adalah untuk berkursus yang gua anggarkan paling kejap sebulan, paling lama dua bulan. Gila babi lah lepas ni, gua dah kira boleh dpanggil lepasan Harvard. Mencarut dalam bahasa penjajah memang lajulah.

Sepanjang perjalanan gua ini, kalau blog tak dak update maknanya Harvard Sg Petani tak dak talian internet. Mungkin gua tengah sibuk kena paksa hapal sifir punca kuasa 8.4632.

*Terima kasih kerajaan Malaysia..haha

Gua dengar cerita Harvard tu hotel. Sepanjang kursus gua ni, makan semua standard dari dapur hotel. Ada jugaklah angan-angan orang datang hantar bekfes kat katil sambil tutup roti canai pakai penutup besi semi-hemisfera tu. Perrghh...

Dengar kata kat sana ada padang golf. Senang-senang gua belajar main golflah. Gua tengok Tiger Wood macam tu punya rupa pun boleh tahan skandal sana-sini. Tu gua jadikan motivasi.

Selama gua duduk dekat Negeri Jelapang Padi ni, gua target nak jejak sawah. Bukan gua batak sawah, belakang rumah opah gua pun ada sawah. Tapi sawah oranglah. Leceh jugak masuk sawah orang lepas tu nak main elak-elak dengan peluru tabur. Macam mana gua nak duduk tepi benteng sambil main gitar buat lagu kan? Hilang kosentrasilah.

Okay, doa gua yang seronok-seronok aja. Contoh doa "Harap-harap Achan satu bilik dengan Juliana Evans,..amin"

Chalo bete..

3 I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Gatsby Deodorant. Apa lu ingat Gatsby ni ada kua cap wax rambut je ke? Lu jangan terkecut pulak kalau Tencho buat deodoran. Mandi payah sikit la nak shampoo bulu ketiak kasi hilang minyak, karang tak sah sembahyang pulak.

Gua percaya dengan sepenuh hati, bukan setakat lelaki metrosexual saja yang familiar dengan jenama ni. Golongan homosexual, golongan rempit, budak shuffle, brader keje kerajaan sama pak cik felda pun dah get along sama brand ni.

Bersempena dengan itu, Gatsby telah melancarkan Gatsby Deodorant Street Fair yang bakal berlansung di ruang legar, level tanah, Times Square KL. Bukan dekat New York tu. Kalau brader-brader duduk KL tak tau gak Times Square tu memang macam doa mintak pelempang lah. Kepada pak cik di Felda Lempoyang sana, pak cik boleh hadir ke Times Square dengan menaiki monorel ke Station Jalan Imbi. Kalau pak cik tak tau monorel yang tayar berapa tu, saya sarankan pak cik tahan teksi aja. Mudah. Tapi pak cik jangan sampai awal sangat, event start pukul 10 pagi sampai ke 5 petang.

Gua galakkan budak-budak gothic dekat Time Square tu join sama. Dah pakai baju kot dekat Malaysia, tu dah satu tindakan bengap. Lepak sepanjang hari pakai kot, tu lagi bengap. Buatlah satu tindakan bijak seumur hidup anda dengan pakai deodoran, untuk mengelakkan caci maki bila ada orang berselisih dengan lu.

Dekat Street Fair ni memang banyak game dia, tangkap kumanlah, sumo pakai airbag lah, ntah banyak la sangat game dia. Pastu banyak pulak hadiah dia, antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!! Haram, tak payah kerja 5 bulan.

Untuk keterangan lanjutan, sila tekan www.gatsby.com.my/streetfair

Gua akhiri post ini dengan kata-kata hikmah berbunyi "Memakai deodoran mampu menjana hubungan baik sesama manusia."

Sekian

3 Ulasan : My Name Is Khan (2010) *Awas, Ulasan Panjang!


"My name is Khan and I am not a terrorist."


Sebuah quote yang menjadi tunjang utama dalam persoalan filem My Name is Khan. Sepanjang malam gua mencari pawagam mana lagi yang masih menayangkan filem hindustan urban ni? Berdasarkan carian, gua dapati hanya TGV Sunway Pyramid dan TGV CapSquare saja yang masih menayangkan filem ini hingga ke hari Rabu.

Dari pengarah filem Kuch Kuch Hota Hai yang berjaya membawa gelombang kedua filem hindi ke Malaysia pada 12 tahun lepas, Karan Johar kini membuat comeback dengan sebuah filem hindi hybrid yang bergenrekan drama dan percintaan yang berjaya membuka mata barat dan pengkritik-pengkritik filem dunia.

Plot ringkasnya menceritakan Rizvan Khan (Rizwan) seorang pesakit autism atau secara tepatnya sindrom Asperger yang menjadikan Rizvan sukar berkomunikasi dengan masyarakat dan hidup di dalam caranya sendiri. Lahir dari golongan pertengahan di Mumbai, keluarga Rizvan sedar bahawa kebijaksanaan dan kemampuan beliau dalam membaiki pelbagai jenis mesin. Akibat sering dibuli di sekolah, Rizvan dihentikan sekolah dan dididik oleh seorang cendiakawan yang fasih berbahasa inggeris dan didikan moral yang dititikberatkan oleh ibunya.

Selepas kematian ibunya, Rizvan berhijrah ke San Francisco selepas ditaja oleh adiknya, Zakir yang telah berjaya membina kehidupan disana. Zakir sedar bahawa abangnya mampu berdikari, Rizvan ditugaskan untuk menjadi jurujual produk kesihatan di sana. Penyakit autism Rizvan menjadikan dia sebagai jurujual paling teruk di dunia di atas kelurusannya, namun ia menaikkan nilai-nilai kemanusiaan di mata tamadun dunia.

Dalam menghadapi kerjayanya, Rizvan telah menemui cintanya Mandira lakonan aktress hebat Kajol, seeorang janda anak satu yang bekerja di salun. Namun cintanya terhalang oleh adiknya yang bersikap prejudis terhadap agama akibat dari kekangan idealogi dan perpaduan diantara dua agama tersebut yang terbawa-bawa dari India.

Namun Rizvan berkeras hati, dia dan Mandira berkahwin dan bermigran ke Banville. Kehidupan mereka bermula dengan detik-detik bahagia selepas Mandira membuka salun sendiri di sana serta anak tiri Rizvan, dapat menerima Rizvan seadanya.

Segala masalah bermula dengan tragedi 9/11, umat Islam hidup didalam paranoid. Bukan sahaja Islam, malah Sikh juga disalah tafsir sebagai pengganas. Keadaan ini memberi tekanan kepada keluarga Rizvan dan dugaan semakin besar apabila anak kesayangan mereka, Sameer dibunuh di sekolah hanya kerana datang dari keluarga Khan.

Mandira menjadi tak keruan dan menyalahkan Rizvan sebagai penyebab. Jika dia tak berkahwin dengan Rizvan segalanya takkan berlaku. Dan akibatnya Rizvan dihalau dari rumah. Diakibatkan tekanan yang hebat, Rizvan bertekad ingin berjumpa Presiden Amerika. Namun dalam perjalanannya, Rizvan berhadapan dengan 1001 dugaan termasuk ditangkap dan dianggap sebagai seorang pengganas. Namun dapatkah Rizvan menghadapai dugaan yang mendatang dan memenuhi bertemu Presiden?

Dalam sudut penceritaan, plotnya memang terbaik, padat!! Mungkin ada yang berpendapat durasi 161 minit terlalu laju untuk membawa kisah Rizvan dari kecil hingga berkeluarga. Tapi bagi gua, durasi stereotype filem hindi ini hanya just nice. Teknik perkembangan plot adalah banyak looping di antara realiti dan flashback. Teknik penceritaan oleh watak utama atau pandangan dari sudut pertama dapat membantu penonton mendalami cerita dengan lbih hebat. Teknik yang sama diguna pakai oleh sebuah filem Korea tahun 1990'an yang berjaya mencipta revolusi filem di sana.

Pelbagai babak dipaparkan untuk menunjukkan bahawa Islam hidup dalam paranoid di US. Babak Rizvan ditelanjangkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang sehingga Rizvan terlepas penerbangannya kee Washington. Babak fuck you oleh masyarakat kepada peniaga berbangsa Pakistan dan climax kematian Sameer akibat kebencian masyarakat US terhadap Islam.

Dari pandangan gua, Karan Johar banyak mengulangkaji filem-filem yang memaparkan watak autism yang terkenal seperti Forest Gump lakonan Tom Hanks dan I am Sam lakonan Sean Penn. Banyak resepi rahsia dipakai dan berjaya mendatangkan hasil kepada My Name is Khan seperti idea Rizvuan menulis dalam diarinya, saling tak tumpah seperti Forest Gump.

Unsur-unsur lawak situasi juga berjaya dibawa untuk menghilangkan ketegangan dan merehatkan minda penonton seperti babak Shah Rukh Khan membaca buku Intercourse for Dummies. Ringkas dan padat.

Filem ini gua kategorikan sebagai fileem hindi yang hybrid kerana, teknik-teknik plot berkembang adalah teknik penceritaan Hollywood namun beberapa babaknya dipaparkan secara Bollywood. Contohnya bantuan banjir ke Georgia datang secara 'segerombolan' manusia bergerak sekali. Bila masa pula orang-orang ini boleeh berkumpul dan bergerak sekali. Apa kerajaan US yang 'laju' menghantar bantuan ke negara lain boleh terlepas pandang di negara sendiri? Bukankan agak ironic dan hiperbola?

Malahan dari segi soundtrack juga memaparkan unsur-unsur hybrid. Secara stereotaipnya, filem hindustan tak boleh lari dari lagu walaupaun ianya sebuah filem hantu. Pengarah muziknya bijak bermain dengan pemikiran ini. Filem ini ada unsur-unsur lagu seperti tipikalnya, tapi ianya tak memaparkan adegan 'nyanyi dan guling'. Kejap ada di Paris, kejap ada di UK dan kejap lagi muncul di Korea. Unsur muzik diselitkan bersama babak-babak seperti mana yang biasa kita lihat dalam filem genre drama di Hollywood. Dan lagu-lagunya juga adalah kontemporari, seperti ada sebuah lagu hindi berentak country. Menarikkan?

Dari lakonan pula, usah dipertikaikan kemampuan Shah Rukh Khan dan Kajol. Apa gandingan lebih mantap dari mereka? Syamsul Yusuf Haslam dan Dianna Danielle? Haha. Memang gua rasa Shah Rukh Khan ini betul-betul retard. Cool!!

Dan lagi satu gua kagum dengan Bollywood adalah teknik pencahayaan mereka. Memang terbaik!! Dan dalam filem ini, adalah best of the best. Banyak adegan sinematografi yang cantik, seperti sunrise di San Francisco dan adegan potong rambut yang menaikkan rasa romatik.

Tapi beberapa aspek yang mencacatkan sedikit filem ini, seperti babak Presiden Amerika yang sanggup u-turn untuk bertemu Rizvan. Ini memang fantasi betul. Mustahil!! Barrack Obama?? Fikirkan sendiri. Dan beberapa babak yang gua rasa ada pemikiran tersembunyi. Lagi gua bengang dengan Lembaga Penapisan Filem, babak Sameer kena sepak dengan bola kena tapis tapi part pak lebai kena fuck you lepas pulak. Bukan berkecai pun badan Sameer tu kena bola. Faktor masalah teknikal pada bunyian di 3/4 filem juga agak menganggu penumpuan. Arghh!!

Tapi secara keseluruhan, anda sedang menonton filem realiti (kecuali babak Obama tu) kehidupan yang memaparkan sejarah kehidupan di Barat bukan diukur dari masa BC dan AC. Tapi kini juga diukur dari kehidupan sebelum 9/11 dan selepas 9/11. Okay gua mengaku, ada part emosi yang meruntun jiwa sikit-sikit dalam filem ni. Hehe. Filem ni cukup semua unsur, romantik, family, kontroversi, drama. Cukup perisa!

Rating - 8.4/10
Di'rekemen' untuk tontonan - Yes!



2 Tuan Haji Achan. Amacam? Ke Ada Yang Meludah?

Tadi gua pergi Menara Tabung Haji bersempena Maulud Nabi yang baru lepas ni. Bukan gua yang nak pergi haji tapi mak bapak gua. Kalau gua pergi haji risau jugak takut tak nampak Kaabah kang. Balik jual cerita kat Mastika. Nauzubillah..

On the way gua nak balik Damansara, suatu ke sesakan lalul intas berlaku di tengah kotaraya. Agak haram di situ. CD Kompilasi Nasyid Terbaik 2 gua dah tawaf nak masuk dua kali, tayar kereta tak pusing-pusing jugak. Gua sikit punya hangin pun ada. Nak panjat bumbung kereta ke bumbung kereta depan suruh depa gerak pun leceh jugak sebab mak gua ada dalam kereta.

Tunggu punya tunggu rupanya ada eksiden runcit-runcit je, kes cium bontot kereta je. Segala permasalahan masyarakat yang sering mengakibatkan jem tatkala eksiden diceritakan dalam lagu One Republic di bawah.


1 Gua Lepak Dengan Dato'-Dato' (Depan TV)


Kelmarin gua dan warga Venice Hill menonton siri bual Soal Jawap bersama Datuk Seri Utama Rais Yatim yang dihoskan oleh Dato' Manja Ismail.

Yang menarik perhatian gua selain Dato' Manja menunjukkan dia tak bikin homework sampai beberapa kali tersilap memberi soalan dan fakta hingga skop kerja kementerian pun salah teka jugak!! Aduss!! Baik pakai hos bomba.

Dan ditambahkan juga bila Datuk Rais Yatim nak cerita pasal 'had minima waktu iklan di Malaysia'. Dia dah start intro story pasal had iklan di Thailand selama 7 minit dan di negara-negara jiran. Dia nak cakap macam ada beberapa stesen yang tak wajar nak lenjan iklan sampai 12 minit (TV3).

Elok Rais Yatim nak start hujah..tarik napas.. "Mengapa perlu kita menghadkan waktu minima iklan adalah..."

"Datuk Seri, kita terpaksa berhenti seketika untuk memberi laluan kepada iklan," celah Dato' Manja lantas memotong stim Rais Yatim.

Sungguh ironi..haha

0 Dalam Hati Ada 'Taman Bunyi'


Soundgarden have suggested that they may reform after their 12-year hiatus.

Following their split in 1997, the US group have left a message on Soundgardenworld.com which implies they could be reforming in the New Year, stating, "The 12 year break is over and school is back in session."

Soundgarden frontman Chris Cornell has also aided rumors, adding on his Twitter page:

"Knights of the Soundtable ride again!"

Soundgarden have yet to state any specific releases or tour dates. Stay tuned to the-fly.co.uk for more information.

Gua dengar cerita semenjak-dua menjak hari tu, Chris Cornell dah pandai lepak dengan Timbaland. Jangan pulak gua ada dengar radio lagu Tipah Tertipu dari Ruffedge feat. Chris Cornell. Tu memang aram!!



Nyanyi sorang-sorang memang sedih!