1 Autopsi Ke'hilangan' Gua Ke Sg Petani

Seminggu lepas gua dan Jali Bajet menghilangkan diri ke arah utara bertujuan mencari secebis nafkah untuk anak bini. Kerja runcit-runcit je, cukuplah beli gula sama bayar bil meksis. Gua bersyukur diberi peluang dapat bekerja bersama Pak Wan (Redzuan FotoMedia, Pertama Kompleks), Gap (GapStudios) dan beberapa tukang gambar lain.

Selain menetap di dalam kawasan Pusat Serenti dan digelar Encik Harris walaupun ketika merokok. Gua memang dapat peluang besar sebab housemate dengan Godfather of Photography, Pak Wan yang sebenarnya pernah jadi cikgu foto kepada bapak Jali Bajet gak, dunia memang kecik. Memang selama seminggu gua berumah kat situ memang gua korek habis dengan pak cik ni. Dah 40 tahun dia jadi tukang gambar, uncle ni siap dilantik jadi Pakar Industri Negara, dia invloved dari zaman kamera pakai teropong ikut atas.. Bukan macam gua, teropong ikut lubang tandas.


*Pak Wan

Gua siarkan beberapa gambar untuk tatapan umum, ketika dalam kelas, outdoor shooting di Penang dan indoor shooting dalam rumah.


*Brader-brader kerajaan yang cool!!

*Tunjuk ajar Don.

*The Big Boss No. 2, Don Gap!! The next big talent.

*Ni kerja gua sama Jali Bajet, jalan-jalan suka-suka.

*Journey to Penang, yang hitam kat atas tu tinted bas. Bukan photoshop

*Turun bas Agensi Anti Dadah, ada uncle siap suruh tangkap penagih kat lorong berdekatan tu..haha
*Lu bayangkan brader-brader ni turun Penang. Kepala paip pun jadi popular.

*Ni masjid kapitan keling

*Dari masjid gua jalan ke temple plak. Sambil pancing-pancing untie kat situ, mana tau ada limau raya cina lebih hari tu.

*Kaki tak sempat rehat, kami ke Jeti Semeling untu sunset photoshoot. Tapi gua terlepas sunset sebab tolong2 brader ni..haha

*Haram, letih super. Pergi ke Dataran Sg Petani pulak untuk trailing technic. Ni gambar kasi orang thrill!!

*Gambar cacat boleh disempurnakan melalui Photoshop. Memang mencabar sebab 90% brader-brader ni tak pernah sentuh photoshop.

*Karya peserta kursus. Gambar tentang pelancong Jepun.

*Brader ni menang the best photgrapher. Gambar dia memang cool!!

*Lagi satu gambar dari brader tersebut!! Memang tinggi nilai fotografinya - Pak Wan

*Trainer Bajet, Encik Jali Bajet..haram. Usha lama-lama naik menyampah!

*Gua and The Don..haha

*Seni Fotografi Sebenar-benarnya

Maka sepanjang kursus ni, memang gua dapat sharpen skill ambik gambar gua dari segi teknikal. Dan paling penting, gua dapat belajar falsafah fotografi tu sendiri. Gambar itu adalah sebuah buku cerita yang penuh dengan moment - Achan Sinclair, Jurugambar Persendirian Gadis-gadis Muka Majalah Playboy.

*Gambar kelas. Haha


Majoriti gambar adalah dipetik oleh jari gua. Ada beberapa yang gua paw!

3 Surat Gantung Jawatan Penganggur

Esok gua bertolak ke Farmer River atau orang utara panggil Sungai Petani. Maka selama pemergian gua ini, gua mengantung jawatan Presiden Persatuan Penganggur Negeri Selangor tak bertali sebab untuk minggu ni gua tak menganggur. Maka sepanjang minggu ni blog gua tak update. Insyallah, minggu depan gua menganggur balik dan gua sambung menulis seperti biasa.

Sebagai pengubat rindu kalian, gua bawakan poster rare Achan Sinclair berpakaian sexy bersama adik gua yang bajet mat salih serta berlatar belakangkan burung Flamingo di Zoo Negara. Usia gambar mungkin hampir mencecah 20 tahun. Jangan simpan dalam bilik air ok? Babai~




1 Abang Nak Buang Sideburn Ke Nak Simpan?

Tadi gua pergi gunting rambut. Lama jugalah gua nak kumpul duit nak bayar upah tukang gunting. Tak tahan rambut dah makin berat ke belah tepi, gua pergi bank buat personal loan untuk gunting rambut.

Tengah brader tu gunting rambut gua. Gua ada dengar satu sesi perbualan di antara tukang gunting rambut yang lagi sorang dengan sorang brader bawak anak dia untuk diguntingkan rambutnya,

"Nak buat macam mana ni bang?" tukang gunting bertanya minta penjelasan dari hati ke hati,

"Buat macam rambut Mawi lah," brader tu suh ejas rambut anak dia mirip gaya seorang penyanyi yang kurang subur rambutnya tetapi beristeri comel.

"Okeh!!" tukang gunting rambut konfiden sambil sarung mata nombor 3 kat kepala mesin rambut.

Seraya dalam hati gua berkata,"Rupanya susah jugak nak jadi tukang gunting rambut. Nak kena baca URTV selalu ni. Dibuatnya saya nak potong rambut macam gaya rambut terbaru Acappan, kalau tak study URTV mau gugur rambut tukang gunting tu"

+ + + + +

Gua dah gunting rambut maka gua dah bersedia nak mengadap cikgu besar SK Batu 9 esok.

Skang ni gua tengah menonton cerita Chuck Norris sambil ikut slow-slow movement dia sebagai bekalan ilmu gua nak mengadap budak sekolah pulak.

3 Kulit Novel Seram.. Eii Takutnye~


Gua dengar cerita novel ni memang seram. Sampai ada 12-13 orang pembaca mengadu asyik kencing malam lepas khatam novel ni. Gua tengok kulit depan novel ni pun hati gua mula gusar.


0 Muzik Penganggur Yang Setia

Lu pernah macam tak boleh menerima sesuatu benda yang logik, tapi otak lu masih berkata; Fuck off, how the hell in this earth he doing that? Memang sekarang ni gua rasa macam luar jangkauan minda gua. Falsetto? Countertenor? Castrato?



Lagu Aladdin yang memang mengundang mostalgia aku zaman kanak-kanak zaman tadika

Owh dengar kata kelmarin Anak Pontianak kena tangkap hisap dadah. Ada khabar angin orang cakap Harun Din yang tangkap ek?

2 Penyimpan Mohor-Mohor Setuju Esok Dah Masuk Tahun Rimau

*Ramai yang takut ni..

Esok hari ada dua jenis hari perayaan yang disambut, kedua-dua perayaan mengalakkan upacara makan besar. Bagi yang menyambut Gong Xi Fatt Chai, malam ni pasti kekenyangan selepas upacara makan besar yang dipanggil yee sang. Dan bagi segelintir yang menyambut Valentine's Day pun pasti ada yang tersenyum sebab dapat makan besar yang dipanggil upacara qeqah (salah guna terma).

Bagi masyarakat Tiong Hua, pengalaman menyambut Tahun Baru Harimau kali ini pasti banyak mendatangkan ong. Bagi mereka yang menyambut Valentine pulak, pasti ramai yang berpengalaman seperti dibaham harimau pada sambutan tahun ni.


*Tapi spesis ni lagi merbahaya...

Clap your chest ask your appetite.

Sekian salam Gong Xi Fatt Chai dari anakanda di Venice Hill, Cheras

2 Perrghh Hari Minggu

Pada suatu tengahari, gua bangun pagi. Buka mata dan perut lapar, memang gua akui perut gua adalah organ yang paling berdisiplin sekali. Bila tiba masa makan, without any comprome si dia akan menghantar isyarat elektro-kima ke neuron-neuron di bahagian badan gua yang paling jarang digunakan iaitu otak.

Makan pagi (di tengahari) memang tak ngam kalau tak tengok Melodi. Elok gua sorongkan pinggan ke depan TV, sesekali mata melirik ke luar pintu ketika iklan. Langit cerah, mak gua memang seronok sidai kain masa-masa macam ni.

Tapi gua rasa ada yang tak berapa nak ngam ho dengan scene di luar rumah tu. Gua usha kat ampaian macam ada benda yang tak patut berada di ampaian. Baju, kain pelikat, cadar, seluar pendek, kemeja lengan panjang, boxer Sponge Bob, laptop dan tuala, Sat. Laptop??!!

Wadefak happen with my holly-fuckin' laptop? Mak gua basuh laptop gua sekali ke? Seingat gua malam tadi gua tak letak laptop gua kat dalam bakul baju kotor. "Awat laptop abang ada kat luaq ni?" gua mula menimbulkan persoalan.

"Tak tadi Abah ang minum ayaq, letak cawan atas laptop ang. Pas tu ayaq tumpah kat keyboard." balas mak gua sambil mata sibuk tengok Abang Nas terjah artis mana ntah.

Perrghh

Gua usha Abah gua. Rilek hisap rokok silang kaki!!

Perrghh sekali lagi.

Mengenangkan kata-kata hikmat "jangan derhaka mak bapak, sebab hubungan dengan keluarga ni sampai akhirat takkan putus". Maka gua batalkan niat gua nak ambil tindakan undang-undang kepada Abah gua. Gua cuma karate nasi lemak tadi terbelah 3, tanda protes.


3 Masing-masing Darah Campuran.

Watafak??!! Sekarang ni gua tak tau apa nak jadi dengan budak-budak. Semua nak jadi mix blood, bapak orang Perak mak orang Perlis pun boleh jadi mix blood. Memang watafak.


Boleh surf sini kalau nak tahan gelak. Atau anda desperate nak cari pasangan yang acah-acah mix...


Antara yang ada.. Asal boleh kata mix!!

Yang gua pasti Jawa + Banjar = Jawa Murtad..

0 Kisah Penganggur (Kronik)

Talian Meksis gua dah kena block, lampu amaran minyak motor gua pun dah kelip-kelip. Apa alasan lagi untuk gua guna untuk tak mau bekerja? Nak tunggu ada 2 brader tunggu depan rumah sebab nak tarik motor? Selamat lesen kena renew setahun sekali je, kalau tiap-tiap minggu kena renew. Pergh!!

3 Efek Rama-Rama : Menghormati Orang Tua Adalah Penting, Lagi-lagi Kalau Dia Boss Bapak Anda

1998.

Family Day Petronas, PERMATA

Gua tengah ambik lap tajam. Gila babi tajam!! Kalau kena jari boleh luka!!

Powww!!!!

Perlumbaan go-kart terpaksa diberheentikan. Sekali kereta go-kart gua sudah panjat kereta go-kart Tan Sri Hassan Marican daa. Selamat bodyguard dia tak tembak gua dari jarak dekat. Kesian dekat budak darjah 5 tu kot. Sunat pun baru lepas pantang. Kang musnah cita-cita dia nak masuk asrama.

+ + + + + + +

2010



Tan Sri Hassan's Last Day, KLCC.

Tan Sri Hassan dah pencen, dan gua masih menganggur.

.....

Nyesal gua tak salam cium tangan dia mintak maaf time eksiden tempoh hari. Mungkin dia simpan dalam hati lagi kot.

Adios Tan Sri!!

0 Tak Ada Dragon Ball, Lu Tak Da Modal La Nak Sembang

"Abang nak makan apa ni?" tanya mak gua. "Abang tamoh makan, abang nak cepat ni," jawap gua kepada mak gua. "Nak mama belikan Slurpee?" mak gua pancing lagi, "Tamau la, abang nak cepat ni," gua buat-buat keras walhal gua dah hampir termakan umpan dah tu. Mak gua naik hairan, apalah besar sangat tanggungjawap seorang pelajar darjah 4 sampai nak pergi sekolah pun mengalahkan PM bangun lambat nak pergi Parlimen.

"Ok mama, abang pi sekolah dulu," gua meminta diri sambil kucar-kacir pakai sampin. "Nah ambik seringgit ni. Jangan pergi main tikam," mama gua kasi warning.

Tap..tap..tap

Langkah besar gua orakkan menuju ke sekolah, memang kelam-kabut. Hati gua memang rasa eksited tak habis. Kecekalan jiwa gua sehinga tiada apa yang mampu menghalang perjalanan gua ketika itu. Tengah-tengah sedap gua jalan, gua berhenti kejap, ada siput babi melintas. Gua bercangkung, usha siput babi tu mengesot.

Tak lama kemudian gua baru perasan "time is money". Gua intai jam, gua langkah besar-besar. Gua ingat nak ambik shortcut, tapi memandangkan jalan tu tak da pokok, panas. Maka gua batalkan niat suci gua tu sebab takut hitam.

Sampai dekat gate sekolah gua makin eksited, macam baru lepas akad nikah. Kepala gua dah macam lagu Angguk-angguk, Geleng-geleng mencari member-member gua. Dalam kepala dah terbayang budak-budak gua tengah lepak dekat port kami di kantin. Hura-hara langkah gua ke kantin. Nampak budak-budak tengah sibuk makan gula-gula perisa cili. Wadehel? Makan gula-gula tak manis, tapi pedas. Gua tenung mata membr-member gua dalam-dalam sambil buat senyum bangga.

"Weh, aku dah ada buku Dragon Ball isu terbaru!!!"

++++++++

Gua kongsi membaca buku Dragon Ball bersama 5 orang member yang lain sambil menghisap gula-gula cili. Haram pedas!!

1 Review Filem : Up In The Air (2009, Waktu Tayangan US)


Damn it, ini blog ke Encyclopedia? Andai jika blog gua ini sebuah buku, gerenti kertas-kertas muka surat dia dah melekat satu sama lain sebab lama tak bukak. Gua baru balik temuduga di Cyberjaya, memang perTEMUan gua nak cari kerja banyak gila DUGAannya. Patut depa panggil temuduga.

Di petang yang hujan panas ni, gua mengambil inisiatif untuk membuat ulasan silang (cross review) bersama pengkritik filem yang tak asing lagi di daerah Alor Setar iaitu Nukman Basyir yang itu penulis NukmanTheMovie, maka kami membuat ulasan untuk filem yang sama dengan gaya tersendiri. Filem yang gua pilih adalah filem Up In The Air yang BAKAL ditayangkan di pawagam pada tahun ni..haha. Jangan tanya mana sumber gua dapat filem ni untuk diulas.

Kisah Up In The Air memaparkan kisah kehidupan Ryan Bingham (George Clooney) yang merupakan seorang lelaki yang berjaya dalam karier hidupnya iaitu, Termination Engineer. Wadehel pulak Termination Engineer? Gua dulu belajar kat universiti yang berkiblatkan 'Engineering Future' pun tak da offer course untuk jadi Termination Engineer ni. Panjang sial jawatan dia, gua pendekkan jadi TE la. Malas taip. TE ni kerja dia adalah kerja-kerja memecat pekerja-pekerja secara professional dan dia diupah oleh boss-boss yang tadak teloq nak pecat pekerja depa sendiri. Nukman Basyir kata "He is the last person that people want to see'. But for me, he is not the last person but people pray for not seeing him. Babi pa, asal dia jumpak orang ja pecat, jumpa orang ja pecat. Selamat Donald Trump tak hire dia dalam Apperantice. Trump got the balls.haha

Memandangkan dia ni seorang TE, maka dia banyak kena travel. Sampai dia kata last year dia travel 323 hari, yang belen 22 hari dia duk bilik sewa. Kira dia ni gila babi hustler bab travelling, semua membership kad dia ada sebab dia dah tau skill nak jimat masa. Diakibatkan dia ni gila babi traveller, maka dia ni selalu la dijemput untuk bagi speech. Tetapi, dalam setiap ceramah ni dia dok menjual prinsip hidup dia iaitu no komitmen. Dia memang haram tak dak komitmen, tak dak rumah, tak dak keta, tak dak bini dan kalo tak dak bini jadilah tak dak anak. So he put all of his life in the lugage.

Sampai satu hari ni, dia terjumpa Alex Goran (Vera Farmiga) yang kaki traveller ngan dia. Jadi dia menjalinkan satu hubungan kasual dengan perempuan ni. Nak kasi panjang filem, director suruh company Ryan ni hire Natalie Keener (Anna Kendrick). Natalie ni tak dak la pandai, cuma orang ofis dia ja yang bodoh sebab Nataliee ni mengemukakan teknik yang cost efficient iaitu firing people via video conference. Demmit, awat la bord of director dia tak terfikir. Thru video conference ni kira depa boleeh jimatkan masa dan wang untuk travelling.

"Perrghh..fak ape kan? Macam mana gua nak cari makan ni? Tak leh r nek kapal terbang," mamat Ryan ni dok monolog sesorang. Kira kehadiran Natalie ni sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan Ryan. Pecat pakai video tak berapa nak feel, hilang human touch dia. Sampai pernah sekali tu minah yang Natalie tu pecat pegi bunuh diri. Damn

Nak panjangkan story, Ryan ni diassign sebagai mentor Natalie ni. Maka dia dok ajaq segala bala macam mana nak travel. Tapi selepas beberapa lama, Natalie ni pulak jadi mentor si Ryan. Menyedarkan Ryan that in the real he is not travelling but he is running from the world. Dan Ryan ni tersedar dan tersepak batu. Dan penghujungnya? Lu tunggu la show time dia kat Malaysia.haha

Ok.. Korang perasan tak persamaan antara cerita ni dengan cerita feberet gua sa-umur hidup, Thank You For Smoking. Both films all about career and life. Lepas tu kerja watak utama dia memang unik dan orang tak terfikir tentang keja depa ni. Dalam Thank You For Smoking, Nick Carter jadi Spokeman for Tobacco Academy. Dan kerjaya depa sbenarnya bukanlah kerja semata-mata, tapi itu adalah metafora tentang hidup depa. Dan untuk pengetahuan umum, kedua-dua cerita ni adalah arahan director yang sama Jason Reitman. Tak lupa, mamat ni bikin cita budak kecik mengandung si Juno tu gak. Fakap la mamat ni..haha

Plot dia gua dah story kat atas, naik turun dia memang kena. Dari sudut lakonan pulak, George Clooney beb. Lu nak pertikai apa lagi? Tak cukup dengan trilogy Ocean? Batman Robin? Kalau tak terer dia tak menang Oscar sama Golden Globe la. Anna Kedrick pun not bad, dulu dalam Twilight memang noob. Tapi untuk filem ni dia siap nominated untuk Oscar lagi..

Soundtrack dia memang best-best. Gua tertarik sama satu band ni Sad Brad Smith, depa ni band Western Swing. layan gak laa..

Pergh..apa lagi gua nak story? Cita ni best lah senang cita. kalau kuaq wayang Malaysia, aku pi usha lagi skali kot.

Quote to Reitman, "In one sense, it’s a movie about a man who fires people for a living. In another sense, it’s a movie about a man who collects air miles excessively. In another sense, it’s about a man who meets a woman who’s so similar to him that even though they both believe in the idea of living solo, they begin to fall in love."

Ok, gua sertakan trailer pendek sama lagu dari Sad Brad Smith, panjang-panjang bukan lu dengar pun.. Lu mesti mahu tonton punya laa.. Filem nominated for 6 Oscar maa..

Rating : 9.4/10


notaKaki : Aku check website depa tarikh tayang kat Malaya 4 March.. Dan lagi ni kumpul sehari 50 sen buat tiket wayang. Tadi interview depa suruh cita pasal your peberet movie, aku pilih Thank You For Smoking..haha.

0 Harap-harap Kita Dapat Menamatkan Pengangguran Dengan Kadar Yang Segera

Gua tengok mata seorang Brahim sama Jali Bajet. Gua tenung dalam-dalam, masih jelas mimik-mimik kesedihan dalam mata Jali akibat kekalahan Arsenal malam kelmarin. Gua rasa kalau gua ungkit kisah semalam tu, mungkin bilik temuduga tersebut bertukar menjadi medan tempur. Gua diam-diamkan saja, sebab gua pun penyokong Arsenal.

"Who want to start first?" akak penemuduga yang rambut dia dah karat-karat. Kesian, dapat mandi kualiti air yang rendah. Bayangkanlah organ dalaman badan dia macam mana kalau minum air paip, rambut pun dah karat ni kan dalam badan.

"Ibrahim want to start first," gua terus bersuara sambil tuju jari ke Brahim. Gua syak Brahim dah start caci-maki dalam hati dalam bahasa ibunda.

"Okay, Ibrahim. Please introduce yourself and what do you expect from this training?" Akak tu dah start tukar bahasa melayu tadi kepada bahasa omputih.

"My name is Ibrahim, people called me... And I expect to learn a new thing from this training and ..." Ibrahim start membebel tanpa rasa ragu-ragu.

"Okay next, Norzali. How about yours?" Akak tu sambung menjawap. Gua syak akak ni dah memang ada skrip.

"My name is Norzali....Im graduated from...And I would like to sharpen my skills and learn new things..bla-bla," Jali Bajet mengomel.

"Demmit, budak-budak dua orang ni tak cukup menarik pas tu ntah apa-apa depa story. Itak paham langsung. I tunggu budak chinese-look yang hensem tu je," gua syak akak penemuduga tu cakap macam tu dalam hati.

"Okay Harris. You are the last one. Please let me know your points of view,"

"My name is Harris...... I would like to join this program to sharpen my soft skills and I love to learn the new things. I also love to bla..bla..." gua menjawap.

Brahim sama Jali Bajet usha gua dengan nada yang slek sebab gua compile depa punya point pas tu gua goreng kasi lazat. Gua memang kretip..haha

1 Fakap Things Happen Everyday

Pagi tadi mak gua dah bersusah payah kejut gua bangun. Pelbagai ikhtiar dan usaha digunakan untuk mengejut gua yang dah sebati dengan katil. Pakai amp 100 watt, kepit ibujari kaki pakai jumper sambung kat bateri kereta, pakai bomoh hujan dan semuanya umpama mencurah air ke daun keladi.

Setelah gua bermotivasi tinggi seperti baru mendengan kaset Fadzilah Kamsah, gua bangun sendiri dan menyiapkan diri ke sebuah interview di sekitar Segitiga Emas Kuala Lumpur. Gua keluar rumah pukul 9.45 pagi, Jali Bajet sms gua kata interview pukul 10 pagi. Gua dah habis pulas throttle minyak, ngam-ngam pukul 10 pagi gua jejak kaki di kawasan kejadian.

Jahanam, lenggang!! Ada sebijik motor ZZR, kereta Perdana sama Wira. Gua call Bajet, tanya dia kat mana. Jawapan macam celaka, dia kat KL Sentral lagi dan dia kata interview postponed sebab hari ni cuti Hari Wilayah. Gua dah start memaki dalam bahasa mother tongue.

Jahanat yang email tu pun update email cakap postponed pun time orang dah bertolak keluar. Memandangkan gua dah pakai baju opis dan berjumpa rakan-rakan dari Persatuan Penganggur dari pelbagai daerah lain. Kami mengambil inisetif untuk melepak di Jalan Bukit Bintang dengan berpakaian formal, seluar slek lembik sama kasut kulit. Memang menaikkan nafsu mat skinhead BB suruh paw kami.

Tapi gua tak kisah, dalam poket pun bukan ada duit berjuta, boleh la buat isi minyak motor balik rumah. Kemudian kami gerak ke shopping complex Pavillion, nak usha wayang. Gua target nak pakai kad matrix, dapat student price. Tapi awek jaga kaunter tak mengizinkan sebab hari ni fix price, public holiday. Fakap!!

Pas tu masing-masing bajet nak sep duit makan McValue Lunch kat McD. Sekali pusing-pusing, baru kami sedar kat Pavillion tak ada McD. Double fakap. Dan gua hampa seluruh hari ni.

Esok gua ada double interview, 02.02.2010. I dont want 2 fakap for 2nd days. There's a lot of number '2' in this post.

Gua tetibe rasa nak jadi skinhead lak time jalan-jalan kat BB. Lu cari la gua kat video bawah ni, kepala botak baju biru ada bendera England.haha


notaKaki : Gua usha dekat Dataran Merdeka yang menyambut Hari Wilayah ni smua bawah 18 tahun je..baik kasi cuti kat budak sekolah je.