0 Selamat Thaipusam


Selamat Thaipusam. Tak apa budak-budak Man U, ini hari lu cuti. Esok kita bertempur.


0 Piala Dunia Datang Malaysia Tanpa Perlu Team Bola Kita Bersusah Payah Sepak Bola


Memanglah, orang Malaysia paling kuat boleh buat pun dengan World Cup pun setakat usha je lah piala tu dengan mata berkaca. Nak harap player kita pun, depa pun pakat dok berebut nak ambik gambar dengan piala tu dengan awek yang jaga piala tu. Silap-silap boleh jumpa artis buat teman jalan-jalan. Selamat Sultan Bola tak join sekali lepak ambik gambar lepas tu jalan-jalan dekat Aquaria.


6 Kepada Semua Pedophilia, I'll Kick Your Ball!!


Tengah gua sedap layan Wanita Hari Ini, ada member kasi post satu URL. Dia kata eksploitasi kanak-kanak. Gua kasi ketuk touch pad laptop gua, apa eksploitasi kanak-kanak? Sekali gua bukak. Perrghh!! Lancau apa mamat ni? Pedo (pedophilia) habis photographer ni.

Kebanyakan gambar di Flickrnya adalah gambar budak-budak yang memang budak lagi. Baru dok belajar pakai training bra. Gambarnya memang kaw!! Aksi yang memang mengiurkan dan mempamerkan ratusan mungkin lurah dada budak-budak minor age, gua usha nak stim pun serba salah. Kalau tu gambar Jesicca Alba memang gua Save As Wallpaper la.

Budak-budak tu pun memang namanya budak-budak, akal tak panjang lagi. Lu paham la sendiri. Bagi gua yang bengapnya photographer tu, babi apa eksploitasi budak-budak yang tak mampu berfikir panjang lagi?

Concern gua bukan sebab sibuk jaga tepi getah spenda orang, tapi gua pun ada adik perempuan. Dan bayangkan apa perasaan kalau lu usha gambar adik lu dalam situasi macam tu? Memang lu dah boleh start lari laju-laju lah, jangan toleh belakang. Even dalam penjara pun kalau pengeksploitasi kana-kanak macam perogol kanak-kanak memang akan kena teruk dengan prisonmate. Sebab lu paling hina!!

Budak-budak ni pulak masih tak matang lagi pemikiran dia. Mana satu hari depa masuk U, then dah taubat then nak kahwin. Tapi gambaq cleavage depa masih dok bertebangan kat alam siber. Mana depa nak letak muka, walaupun depa dulu pernah setuju nak ambik gambar tapi time tak mumayiz lagi. Kenapa tak cari model yang dah matured dan suruh depa posed nampak cleavage? Awat? Payah nak tipu orang dah berakal? Big fuckin looser.

Yang komen-komen tu pun palancau jugak. Gambaq cleavage semua dok pakat buta mata, semuanya komen nice picture, good angel etc. Watdefak? Apa hangpa dah desperate sangat?

Dan sapa-sapa nak report FBI ke Interpol ke Suruhanjaya Komunikasi. Gua galakkan. Gua tak tau apa saluran dia. Tapi gua sapot lu!!

Seni bukan satu alasan untuk menghancurkan peradaban, seni adalah membina peradaban!!

0 Review Filem : Avatar (2009)


Tak pernah seumur hidup gua rasa masa menonton wayang teasa seperti mental torture. Semalam gua dan beberapa wakil dari Persatuan Penganggur berhinggap ke Bukit Bintang. Kami tidur dekat condo depan Pavillion tu, sebagai perwakilan persatuan maka kami berhak untuk tidur di kawasan-kawasan begini (Thanks to Din..hehe)

Maka nak dijadikan story, gua dan rakan-rakan menonton midnight di Pavillion. Memang seumur hidup gua tak pernah usha wayang tengah-tengah malam. Lepas tu gua usha Avatar 3D pulak tu. Memang jahanat la usha 3D tengah malam, memang tak ada kasih sayang sesama insan la.

Sebenarnya ni kali ke-2 gua usha Avatar 3D, tapi kali ni nasib tak baik duduk 2nd row. Ternganga la gua usha screen. Avatar 3D adalah peertaruhan peengarah hebat, James Cameron. Dari filem-filem fiksyen The Termanator, Alien sampailah ke filem cinta yang meruntun jiwa masa gua tak akil baligh lagu, Titanic dan kini filem fiksyen yang gua rasa lebih 70% mengunakan CGI menjadi modal Cameron.

Filem Avatar mengambil tahun 2154 sebagai latar zamannya, tiga dekad selepas sebuah syarikat korporat multinasional melakukan perlombongan di planet Pandora.


Bagaimanapun, untuk menguasai galian unobtainium yang amat berharga yang terletak di bawah pohon raksasa yang menyimpan semangat dan kehidupan masyarakat serta dianggap suci oleh puak Na'vi, kumpulan korporat yang diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) perlu menghalau puak Na'vi dari kawasan tersebut.


Untuk melaksanakan operasi tersebut mereka menghantar Jake Sully (Sam Worthington), bekas askar Amerika yang lumpuh melalui program Avatar yang membolehkan Jake menyerap ke klon tubuh bangsa Navi yang membolehkannya menyelidiki kehidupan puak Na'vi supaya kemudian mudah menguasai puak tersebut.


Jake Sully yang membuat hubungan dengan Neytiri (Zoe Saldana) anak kepada ketua kumpulan Na'vi ini kemudian telah jatuh hati bukan saja dengan Neytiri tetapi juga dengan kehidupan bangsa Na'vi serta alam sekitarnya.


Tindakan mamat ni bertentangan dengan misi depa untuk menguasai kumpulan tersebut.


Pendekatan naratif pada bahagian awal ini memperlihatkan ideologi barat pada era penjajahan terhadap puak-puak asli di Amerika dan malah pendekatan kolonial semasa menguasai negara-negara dunia ketiga dulu.


Menyedari hasrat penaklukan kumpulan korporat ini, puak Na'vi bersatu dengan puak-puak lain di planet Pandora menentang penjajahan manusia yang dilengkapi senjata yang canggih.


Tindakan gila dan ganas kumpulan Kolonel Quaritch yang membakar dan memusnahkan alam dan kehidupan puak Na'vi pasti mengingatkan kepada adegan Kilgore membakar perkampungan Vietcong semasa serangan tentera Amerika di Vietnam dalam filem Apocalypse Now.


Walaupun Avatar sebuah filem fiksyen sains tetapi Cameron sebenarnya tidak memisahkan dirinya daripada realiti dan permasalahan kehidupan masa kini seperti mana yang difaham dalam genre fiksyen sains.


Permasalahan seperti kemusnahan alam sekitar, kolonialsm dan kapitalism diangkat sebagai kritikan dan konflik sosial dalam filem ni yang mempengaruhi fek bunyi, tekstur dan jalan cerita sendiri. Sebagai contoh, imej kaum Na'vi jika diperhalusi adalah meenyerupai orang negro dari segi bibir dan bentuk wajah. Adakah Cameron nak menunjukkan penjajahan tak langsung oleh idealis barat terhadap kaum ni?


Naratif cerita Avatar ni adalah bergerak dari Star Wars, cerita Alien hinggalah ke cerita koboi selain Brokeback Mountain. Organisasi besar yang cuba menakluk planet Pandora dan menghalau kaun Na'vi mngingatkan kepada plot-plot tipikal fileem koboi di mana koboi yang menghalau Red Indian.


Dan perhubungan antara Avatar dengan Star Wars bukanlah setakat gerak kapal angkasa di cakerawala, tetapi Star Wars sendiri dipengaruhi oleh genre filem koboi yang kemudian turut mengambil elemen kehidupan era pra-sejarah dan mitos.


Elemen dan fungsi kapal angkasa ini hampir sama dengan kapal dalam Alien. Tetapi jika dalam filem Alien yang memperlihatkan makhluk asing yang mengancam manusia, sebaliknya dalam Avatar manusia adalah makhluk asing yang datang sebagai penakluk dan pemusnah.


Lebih menarik, dalam Alien makhluk asing tidak sahaja membunuh manusia tetapi cuba menyerap ke tubuh manusia dalam proses reproduksi dan hal sebaliknya berlaku dalam Avatar.


Dari segi teknologi GCI pula memang gua kasi 5 bintang.

Gila babi detail. Dan kekaguman itu juga diakibatkan oleh keemampuan Cameron untuk berfikir dan berimaginasi tentang Pandora. majoriti filem barat diadaptasi dari novel, tetapi bagi Cameron itu tak true. Mamat ni main pakai kepala seendiri buat filem.

Banyak idea-idea inovatif yang gua rasa teruja. Antaranya idea kaum Na'vi mampu berkongsi maklumat pakai saraf masing-masing yang tenaga elektro-kimia. Kalau sekarang ni dah ada style macam tu memang gua berani jamin tokey thumbdrive Kingston join persatuan penganggur anjuran gua. Dan menatang saraf tu boleh bikin control kuda, wow!! Ini adaptasi dari teknologi pintar. Niat aja dah gerak kuda tu..Nice. Gua rasa nanti ada jugak teknologi tu, niat aja kereta dah gerak.

Ok sekarang bab apa gua benci tentang Avatar. Pertama gua pening pakai spek 3D tu, kalau nak prevent kena minimalkan pergerakan bar tak pening. Tapi larat mana nak bertahan.

Kedua cerita ni macam setan panjang, dengan durasi 2 jam 30 minit memang gua terseksa zahir dan batin.

Ketiga, ada banyak bab meleret lagi-lagi involved Kolenel Mile tu. Macam setan meleret.

Keeempat kaum Na'vi menjerit bunyi macam beruk mengawan. Dia nangis lagi teruk. Bunyi dia huduh terok!!

Keempat, filem 3D memang tak ada subtitle. Selamat gua bekas graduan universiti. Kalau gua jadi budak Nazi kat Sogo dulu memang gua pergi kutip la Cameron tu.

Secara totalnya, Avatar adalah hasil pemikiran tipikal Cameron tentang kaum tertindas dan teknik CGI memang kaw. Gua rasa semua dalam tu semua real tak dak satu pun tipu. Owh depa dah menang Golden Globe Award. Pengkritik filem Nukman Basyir tak puas hati...haha

Rating - 8.0/10


3 Review Filem : Adnan Sempit (2010)


Semalam hari Rabu, dengan kata lain hari wayang murah. Bagi golongan kelas kebanyakan macam gua ni, pemilihan hari Rabu sebagai hari tengok wayang adalah suatu bonus. Gua dan Jali Bajet mengambil inisetif untuk melawat Cineleisure semata-mata nak menonton filem melayu, Adnan Sempit.

Adnan Sempit bolh dikatakan spoofy filem untuk kisah-kisah filem yang mengetengahkan gejala sosial remaja seperti filem Remp-It dan Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam. Bergenrekan komedi semasa, pengarahnya Ahmad Idham mempertaruhkan konsep komedi sanduran dalam Adnan Sempit. Bukan seperti komedi filem-filem Prof Madya yang dibuat pakai buku lali tu.

Tunjang utama, Adnan Sempit digalas oleh adik ipar Bung Mukhtar iaitu Shaheizy Sam. Karekter Shaheizy dalam filem-filem terdahulu seeperti Bohsia dan Syurga Cinta sebenarnya banyak memberi impak dalam jalan penceritaan.

Plot Adnan Sempit adalah ringkas dan macam cerita melayu biasa, Adnan Sempit seorang despatch yang tinggal bersama abang saudaranya, merangkap penasihat emosinya Macha (Cat Farish) di Kuala Lumpur. Dalam diam-diam, Adnan memendam perasaan terhadap bossnya, Nadia (Intan Ladyana).

Nak dijadikan filem, Nadia ni ada reunion. Dan diakibatkan dia rasa dia tak cool sebab tak ada boyfriend, maka dia suruh Adnan ni pretend to be hr boyfriend. Seperti orang mengantuk diusungkan bantal, Adnan sememangnya agree saja.

Dalam perhubungan palsu mereka, masing-masing tetap cuba menyelami cara kehidupan masing-masing yang jauh berbeza. Adnan dengan hidup dengan rakan-rakan seRempit dan Nadia pulak anak Dato' yang maknya pakai rambut palsu.

Secara langsungnya, Ahmad Idham sebenarnya ingin mempertengahkan bahawa bukan ssetiap manusia beermotor itu adalah mat rempit. Dan masalah sosial itu adalah segelintir bukan majoriti (pada pendapat gua masih majoriti). Dan modal biasa dari zaman Nordin Ahmad dengan Laila Majnun, dan P. Ramlee dengan Si Penarek Becha yang menjadikan cinta dua darjat sebagai isu.

Pengolahan komedi situasi dan skrip yang catchy telah menutup kelemahan-kelemahan filem ini seperti plot yang tak kukuh dan pembinaan beberapa watak yang tak kukuh seperti perhubungan Zack dan Jofri sebagai watak antagonis.

Idea-idea seperti meletakkan Angah Raja Lawak sebagai penyanyi karoeke di kedai Macha sememangnya satu pertaruhan yang menjadi. Gaya lakonan Adnan yang bersahaja juga sememangnya nampak hidup walau pada dasarnya gua tak pernah usha jumpa mat rempit yang muka putih anak orang kaya macam si Adnan ni.

Tetapi suatu kegagalan bila pengarah membina babak seperti part Wawa dan Boboy menyanyi di tepi tasik tu. Apa motifnya? Nak habiskan roll filem berlebihan ke? Part tu gua rasa paling spoil sekali dalam filem ni.

Secara keseluruhan filem ni kalau keluar TV gua boleeh usha buat kali ke dua la..

Ok, gua ada banya kerja lagi. banyak lagi begtangan gua nak ragut...challo!!

Rating : 6.2/10


2 Walaupun Gua Brutal, Tapi Dalam Hati Gua Ada Taman

Pergghh.. Masa mencemburui gua, kalah perempuan-perempuan kat luar sana yang senantiasa mencemburui gua bila gua keluar dengan orang lain selain mereka. Zaman gua menganggur pun bakal menemui penamatnya. Bukan gua nak mati bunuh diri akibat kecewa dengan kehidupan, tapi gua bakal menemui jalan hidup yang baru.

Gua bakal meletakkan jawatan Penganggur Di Raja yang dianugerahkan oleh pihak universiti gua. Meletak jawatan sebagai penganggur bukanlah bermaksud gua akan berkerjaya sebagai jurutera ataupun pembaca berita.

Namun gua memilih ke pangkal jalan untuk menamatkan karier yang disandang gua sejak beberapa bulan lepas. Gua memilih untuk menjadi seorang pelajar semula. Gua sambung belajar dengan lebih mendalam dalam bidang siber, ok?

Maka nak dijadikan cerita, semalam gua pergi ke kelas pengajian yang terletak dekat MidValley. Di akibatkan kecerdikan gua dalam menaakul keadaan trafik di Kuala Lumpur, gua memilih untuk bermotorsikal untuk ke sana. Gua tak sanggup nak menyanyi sorang-sorang dalam kereta sambil memaki seranah sendirian bila tersangkut dalam jem. Tak terdaya pulak insan yang lemah ini untuk bertempur dengan penumpang lain untuk mendapatkan seat dalam komuter, tak manis la wajah gua masuk Buletin 1.30 akibat pertumpahan darah diantara penumpang KTM yang lain.

Gua ni pun bijaksana jugak, naik motor tak bawak baju hujan. Walau besar dan mahal mana sekali pun motor anda, ingatlah bahawasanya motor ada dua tayar dan tak ada bumbung. Perrghh...gua bawak motor meredah hujan, memang syahdu. Kalau ada handycam tu kalau buat record lepas tu re-play, memang ramai orang percaya adegan tersebut adalah adegan babak dalam filem Sembilu 5. Tengah dalam hujan yang manis-manis rasa airnya, GEDEGANGG!!! Gua boleh bantai masuk lubang, selamat gua tenang menghadapi bencana mendatang. "Tak apa, gempa dekat Haiti lagi teruk dari ni," bisik gua nak sedapkan hati sendiri.

Setibanya gua dekat MidValley, gua parking motor dekat sebelah RHB Bank. "Dekat sikit dengan tempat dia. Tak payah menapak jauh-jauh," bisik hati nurani suci gua.

Pow..paw..pow..paw

Gua keluar dari tempat latihan tu dan gua nak try call mak gua. Kemudian ada suara akak jawap call gua sayu-sayu aja suara dia," Talian anda telah digantung perkhidmatannya, sila selesaikan bayaran bil tertunggak atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan...". "Macam setan," balas gua.

Elok gua nak ambil angin sambil menenangkan jiwa yang terluka, gua ternampak motor gua dan dirantai kemas lagi rapi. Gua pun naik hairan, biasanya orang rembat motor depa bukak rantai atau kunci, ini siap rantaikan lagi. Baik sungguh budi bahasa orang ni. Gua perhalusi lagi penglihatan gua, dan gua nampak sekeping nota berwarna merah terselit dekat motor gua.

"Ini mesti awek baju purple tadi syok kat aku," gua buat hipotesis awal. Gua baca dia tulis melayu ada bahasa omputih pun ada. Biaq gua bacakan..

Motor anda telah dikunci kerana "Parking lebih 15 minit di kawasan parking despatch". Sila hubungi 03...... dan RM20 dikenakan untuk melepaskan motorsikal anda.

"Gua kena mandi bunga ni," gua dah start memaki.

Lepas setel gua merasuah pihak yang berkenaan, gua nak challo bete dah. Sekali ada firaun mana parking motor rapat gila babi dengan motor gua. Nak kata motor gua yang rapat kat motor dia tak logik sebab motor gua dah lama park kat situ, siap kena sita. Elok gua nak reverse motor gua, tersangkut pulak motor gua kat motor dia. Motor dia menyenget dan motor itu terus....

"Gua kena mandi pakai satu taman bunga ni," mulut gua terkumat-kamit


3 Berita dan Cerita


Pemandu teksi tolak ganjaran

PATCHOGUE 13 Jan. — Saya seorang Islam. Saya tidak boleh terima ganjaran ini''. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemandu teksi di New York apabila dia ditawarkan ganjaran atas kejujurannya.

Mohammad Mukal Asadujjaman adalah seorang pemandu teksi warga Bangladesh di New York turut menerima pujian atas kejujurannya memulangkan semula wang tunai berjumlah $21,000 (RM66,960) milik seorang pelawat dari Itali.

Fellicia Lettieri,72, tertinggal dompetnya, yang mengandungi wang miliknya dan enam ahli keluarganya ketika menaiki sebuah teksi di Manhattan sehari sebelum perayaan Krismas lalu.

Polis sebelum itu telah memaklumkan kepada pelancong Itali itu agar mereka tidak menaruh harapan untuk menjumpai semula beg duit berkenaan

Bagaimanapun, Mohammad Mukal telah memandu teksinya sejauh kira-kira 80 kilometer untuk pergi ke Long Island berdasarkan alamat yang terdapat di dalam beg duit berkenaan untuk memulangkan dompet itu kepada tuannya.

Namun begitu, ketika dia tiba di alamat berkenaan, tidak ada sesiapa berada di rumah berkenaan dan Mohammad Mukal terpaksa meninggalkan nombor telefonnya dan kemudian kembali semula untuk menyerahkan wang berkenaan.

Pemandu teksi berusia 28 tahun itu ditawarkan ganjaran atas kejujurannya, namun dia berkata, sebagai seorang penganut Islam, dia tidak boleh menerima ganjaran tersebut. - AP




Gua pernah jugak berhadapan dengan situasi time gua bergelar lelaki bekerjaya tak lama dahulu. Satu hari tu client gua dari Korea tertinggal henpon dalam satu teksi ni. Satu-satunya manusia yang dia kenal dekat Malaysia ni adalah gua. Nak dijadikan post entry, dia ada pulak business card gua. Lepas tu call gua mintak tolong gua carikan heenpon dia. Dia tak tau gua letih-letih balik kerja nak manja-manja dengan anak bini malam-malam.

Maka berdasarkan DNA James Bond yang mengalir dalam darah gua, maka gua dapat gak tracking brader teksi tu. Selamat rumah dia dekat-dekat Subang je. Maka gua kawtim dengan brader teksi tu jumpa dekat surau kat rumah dia. Time tu pun time Isyak.

Time jumpa brader tu gua usha rilek je brader tu, pakai baju melayu, kain pelikat sama kopiah kira uniform pergi masjid la. Lepas brader tu bagi phone mamat korea tu kat gua then gua cakap terima kasih. Then dekat masjid tu jugak brader tu tanpa segan silu tanya gua, "Encik, saya dah jaga henpon orang Korea ni. Tak kan tak ada apa-apa saguhati kot? Henpon ni kalau saya jual pun dapat banyak gak". Berlainan dengan mamat bangla yang rijek OFFER saguhati, ini siap mintak beb.

Perghh.. brader ni. Tak padan kat masjid dia boleh bikin perangai. Nak kena tumbok ke? Memandangkan client tu buat bisnes ngan company gua makan ratus-ratus ribu, takut kang henpon hilang client tu tak jadi deal ngan company gua. Kang gua lak kena tumbuk rusok ngan bos. Maka gua bagi la RM50 kat brader teksi tu.. Tapi agak segan la lbrader, lu bikin perangai kat mesjid brader.

0 Projek Terbaru Kerajaan Dacing Senget Sebelah

Gua letih!! Gua dah 2 hari meluangkan masa untuk membina blog kelas latihan silat gua. Semuanya gua main coding brader. Dah mual gua bermain dengan Paint sebab nak edit logo dan gambar. Menyesal gua tak belajar pakai Photoshop. Tapi hasilnya memang memuaskan nafsu serakah gua, design yang simple dan cukup minimalis. Gua sertakan screenshot blog Pusat Latihan Cekak Hanafi Kota Damansara.


Mau lebey? Layari sini

Okay, gua nak tukar statement kat atas. Sekarang gua bukn letey semata-mata. Tapi sekarang..

Gua LAPAR dan LETEY!!

Ingat pepatah ni,

The hungry man is the angry man!!

6 Pekan Frinjan 7.0 : Dung Tak Tentu Arah (Bukan Slam Dunk)


*Awek main hujan, terrrrbaik!!


Kehidupan gua penuh dengan pelbagai onak dan ranjau semenjak gua jadi penganggur, macam-macam dugaan mendatang. Nak keluar rumah, minyak motor dah keluar tanda "Minyak Nak Habis". Dah elok seluk-seluk celah sofa cari duit syiling nak buat modal isi minyak, hujan pulak jatuh ke bumi. Namun berbekalkan motivasi yang tinggi macam iklan "Seminar Kenali Potensi Diri", gua kaliskan badan gua terhadap air. Menjadi, cuma baju dengan seluar gua aja yang basah.

Keraskan badan gua menuju ke arah Dataran Shah Alam sempena upacara Pekan Frinjan 7.0. Pekan Frinjan ni adalah acara yang dianjurkan ikut suka tak ikut masa oleh geng Frinjan. Ada beberapa gerai yang menjual buku-buku yang menarik hati gua macam buku-buku indie, antalogi puisi dari Indonesia dan Singapura, zine-zine bebas dan koleksi-koleksi puisi indie, tapi memandangkan duit dalam wallet tak berapa nak tebal maka gua alihkan pandangan mata ke arah awek-awek yang bersepah. Usha awek tak payah kena bayar. Kalau gua kaya

*Malini Rafar, pemuisi bersuara emcee.

Bertemakan Anti-Rasism, Pekan Frinjan menampilkan ramai pemuisi-pemuisi hebat yang mmpersembahkan hasil karya masing-masing kepada umum. Marini Rafar, Faisal Mustaffa, Meor, Nurul Schmurul (Izzah Anak Anwar) dan ramai lagi pemuisi hebat yang berseni dibawah hujan rahmat. Tak lupa pemuisi hebat diimport khas dari Kota Singa, Rafaat Haji Hamzah sememangnya wow dan 5 bintang!!

*I dont know who the hell is this girl. But she fuckin cute and awesome!!


Beberapa band yang sempat gua usha telah ditampilkan oleh Frinjan, antaranya Benjamin Hasni yang mengutarakan lagu-lagu pop rock. Memang lazat lagu-lagu mamat ni. Kira radio catchy la. Kemudian ada band Tilu, band yang membawa lagu-lagu nu-jazz dan macam swing sket-sket. Berbekalkan vox perempuan yang comel dan sebuah band yg ketat dan mantap. Band-band yang perjuang genre-genre macam ni meemang perlu bassist yang cukup groovy dan bassist Tilu memang berjaya mencuri tumpuan gua. Gua nak cari EP depa.

*Kabereter RXZ.

Dan finally sebelum gua chow, Carburetor Dung (CD)!! Dengan gaya punk yang gila babi, gua nampak Joe Kidd (Otai), Fendi (Bass), Tom (Guitar) dan Alak (Vox) setting-setting instrumen sambil hisap weed..haha. masing-masing pakai baju yang 'cukup unsur punk' dengan seluar keciknya. Kalau jalan kat CM memang gua pun tak kenal depa. Kat belakang tu gua nampak ada brader kat belakang pakai baju labuh dengan jam tali emas berdiri peluk tubuh usha CD tengah setting. Ini bapak sapa pulak? Sekali brader tu duduk kat drum set, bukak jam tali emas sambil ketuk-ketuk drum. Damn, rupanya brader tu Bullet, drummer CD. Memang genre pop yeye.


*Joe Kidd, idealis punk negara!!


Starting dengan lagu lama Our Voice/The Flag (gua ada post semalam video dia), memang memberi impak kuat kepada follower-follower lama CD. Gua usha Fendi main bass bukan slap style ke apa, dia strumming beb bass tu. Dah macam Sid Vicious main bass. haha. Sepanjang lagu ni gua sing along lah, bukan senang nak dengar depa ni. Ada sing along together beberapa brader yang gua rasa lebih mumayiz dari penonton lain, owh ada sorang brader dukung baby pun sing along gak. Gua tak tau la budak tu malam-malam bapak dia nyanyi apa la lullaby song.


*Alak!! Budak-budak Anwar ingat lagi ke boxer dia kaler apa?

Kemudian depa main lagu baru satu, apa nama ntah dia. Kira tribute to kat Palestine punya situasi yang makin meruncing sekarang ni lah. Then last song is cover song from Iwan Falls iaitu Puing II, atau bahasa melayu Perang II atau lebih dekat di hati Perang Lagi!! Joe Kidd story memang Iwan Falls memainkan pengaruh penting dalam kehidupan CD sejak muda-mudi lagi. Sejak dari CD bertapak di Terengganu lagi!! Makang Ikang!! Sepanjang CD main, gua berteduh dekat khemah stage, lepak tepi dengan Aidil Couple. CD main memang gila babi!! Sampai amp terbakar, damn!

Kemudian gua start motor, pusing minyak lagu-lagu balik Kota Damansara. Gua ada sesi jamming pulak dengan kawan-kawan. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Owh, sekarang ni semnjak beberapa ketika ni gua berjinak-jinak blues pulak. haha







*"Lu kena pukul dengan budak Anwar hari tu amacam ok x?" tanya gua. "Boxer gua koyak,barbee," jawap Alak. "Ala, gua kat sekolah dulu selalu gak kena pukul"

So secara keseluruhan Pekan Frinjan ni memang bagus dan medium terbaik untuk menonjolkan bakat-bakat muda dan lama serta menjadi tapak untuk mengeluarkan idea. Bukan meelulu membakar gereja. Sekian!

*Lambang keceriaan antara Achan dan Alak.

3 Teaser Paling Punk Tahun 2010


And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don’t care, now you don’t feel
So many friends, now where they’ll be?
Now you tell me…


Kalau lu tak hapal bait-bait lagu ni memang lu tak cukup punk. Ini kasi teaser. Nanti gua update sebab gambar gua hisap rokok dengan depa tak sampai kat tangan gua lagi. Damn!! Gua tunggu!!


2 Hip Horey!! Makan kat Satay Station Senang Hati

*Sapa yang tak balik raya dan duduk kat KL, boleh beraya kat sini time hari raya.

Hari tu gua teringin nak makan sate. Sate kajang Hj Samuri pun dah kapitalisme sangat, sapa ajar dia masak sate main rebus-rebus je. Tau la sate kajang skang dah ada kat Sg Buloh, Wangsa Maju sampai ke Taiping, tapi agak-agak la. Gua pun tak lalu makan ayam rebus, memang tak true langsung. Tapi nafsu makan sate perlu dilayan jugak, berbekalkan ilmu di dada sama duit di dompet, sebab ada ilmu tapi tak dak duit pun bukan boleh makan sate. Maka gua menuju ke Satay Station kat Ampang belah-belah Galaxy.

Cerita parking kereta kat sini memang isu besar sebab Satay Station ni bukan kat kedai, tapi kat area rumah. Tak sedap la karang gua tengah makan satay, tiba-tiba ada pak cik datang bawak parang tegur gua sebab gua halang gate rumah dia kan? Better datang naik motor, kalau naik LRT tu boleh. Tapi sempat lapar balik la time nak jalan kaki dari Satay Station ke steseen LRT tu.

*Anda takut asap satay dan cintakan aircond? Anda memang tak troo..

Konsep restoren ni bajet macam kat kampung la, harga tak macam kampung pun. Lu boleh buat pilihan samada nak makan kat dalam atau kat luar. Kat dalam air cond la beb, kalau lu berkeras nak hisap rokok dalam tu jugak maknanya lu kena bertempur sikit la dengan pelangan-pelangan lain.

Dari segi makanan pulak dia ada 2 benda je, Sate sama Mee Rebus Bonda. Gua story pasal mee rebus dia. Mee rebus dia pekat gila tapi just nice la, tak ada la sampai pekat sangat sampai nak telan pun sangkut kat kerongkong. Kuah dia just nice la, manis sikit la, mungkin Bonda dia orang kelantan. Sebenarnya gua pun bukan makan banyak pun, gua paw orang punya je..haha


*Satay kuda belang sama satay kerengga.

Bab Utama!! Sate. Sate dia memang besar gila! Gua order 20 ayam 10 daging untuk 2 orang makan. Awal-awal gua bajet macam ngam-ngam je. Sekali sate dia datang. Mak kaw!! Besar satay dia macam satay kajang tu tambah lagi secucuk. Memang kena dengan harga 70 sen sehelai sate. Satay ayam dia gua tak amik port sangat. Satay daging dia memang...padu!! Juicy beb!! Memang terbaik la. Dengan kaliberiti sebagai seorang bekas pembakar sate, satay daiging sebenarnya tak boleeh dimasak sampai garing sangat sebab nanti hilang manis daging tu. Dan tukang bakar dia memang pro la. Salute. Rasa manis sate tu memang tak hilang. Owh, lu tak payah gatal-gatal nak order nasi impit kat sini sebab dia datang satu set dengan sate, nasi impit, bawang sama timun. Set satay dia hidang dalam tampi kecik. Sekolah mana ajar makan dalam tampi, kesian pesawah sebab tampi disalahguna kat KL ni. Kecewa depa.

Bagi sapa-sapa hantu sate yang cintakan kemanisan iman dan kemanisan daging, Satay Station adalah tempat anda. Dia ada braches dekat Bandar Baru Ampang sama Mont Kiara, baru bukak kot. Zaman gua keeje dulu haram nak jumpa makanan meelayu kat sana.

Salam Sayang Sate dari gua

2 Diari Seorang Penganggur #3

Wallpaper baru kepada semua, boleh meningkatkan kelajuan komputer. Tak payah tambah RAM. Tak percaya cubalah.


*Time ambik gambar ni pn gitar gua dah tak cukup sifat.

Mana pergi jiwa rock gua ni?? Esok dah kena start seluk-seluk celah sofa kutip syiling, nak buat modal beli tali gitar. Dah 2 bulan gitar gua tak cukup sifat ni!!

4 Sebabak Drama Bersiri



Sedutan Drama Melayu : Cinta Balqis kat TV3 (Pukul 6.30 pm)

Mak Ngah : Ehh, kau nanti mengorat si Hasan tu. Buat jadi suami ko nanti.

Anak Sedara : Ala mak Ngah, buat pe nak ngorat dia?

Mak Ngah : Habis anak dalam perut kau ni nak bin kan dengan apa? Kayu? Besi? Batu? (Sambil Mak Ngah menepuk-nepuk perut anak sedaranya yang kembung angkara 'perbuatan' orang)

Anak Sedara : Aah, betul jugak kata Mak Ngah. Mak Ngah jangan risau la. Saya taulah macam mana nak ngorat si Hassan tu, saya kan pro.

Mak Ngah : Aah, kau memang pro. Tu perut jadi macam tu, sebab pro sangat mengoratlah tu.

------------

Jarang gua jumpa drama bersiri melayu yang mempunyai skrip yang tajam dan sarkastik. Oh dalam cerita ni ada Memey Norman Hakim..haha

0 Lagu Tahun Baru




Mike Snow, band electropop dari Sweden. Bunyi tahun baru mesti ada unsur elektro, baru nampak canggih walaupun bentuk tayar masih bulat sejak ribuan tahun dulu. Bila gua nak jalan-jalan naik kereta terbang ni?


0 Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Berdasarkan kira-kira kasar gua, dalam tahun ni gua dah menjangkaui usia sedekad sebagai perokok. Patut-patutnya gua kenalah buat apa-apa yang patut untuk meraikannya. Ada yang membodek gua dengan harapan gua dapat buat kenduri rokok. Tapi disebabkan cukai rokok yang dikenakan oleh kerajaan macam tak ada belas ihsan sesama insan dan kad CIMB gua yang dah agak lama tak digunakan sebab baki akaun yang tak cukup untuk pengeeluaran tunai maka gua lupakan saja hajat tersebut.

Dalam perkiraan gua kenduri doa selamat pun bolehdipertimbangkan secara serius. Ye la doa mintak gua tak jadi model untuk iklan kotak rokok untuk dihari kelak. Dalam usia 10 tahun ni gua malas nak bagitau apa tindakan gua untuk perihal rokok ni. Malas nak komen samada gua nak kurangkan rokok ke atau makin kuat hisap rokok atau gua terus tukar karier kepada penghisap curut Cuba atau paip. Tu nanti gua nak kena buat hitung-hitung dulu tengok SOCSO gua boleh pakai ke tak.

Sepanjang perjalanan seni berasap gua, dah pelbagai rintangan gua lalui, jadi perokok punk paw rokok orang dekat Campbell, jadi penghisap rokok keretek tegar sampaikan gua penah jadi saudagar rokok untuk menampung keehidupan gua di kampus pada suatu masa dahulu. Dah macam-macam peerisa rokok gua rasa, ada yang sedap ada yang manis ada yang bau macam haram (SKL Strawberry). Tak dak lidah punya perokok. Jadi berdasarkan ilmu di dada, gua membuat analisis tentang rokok dan orientasi seksual perokok tersebut. (versi cetak semula)


1) Jenis Tukar-tukar Rokok : Mereka ini adalah manusia yang gemar bertukar-tukar pasangan. Pendek kate deme ni playboy sebab tak setia pada yang satu.

2) Perokok Menthol - Pastinya mereka ini kebanyakan datangnya dari golongan kolar putih ataupun high-class. Mereka memilih kawasan-kawasan peranginan di atas bukit sebagai port untuk.. ataupun paling cikai pergi hotel yang ada air-cond. Maka Lubuk Tupah dan Tasik Permaisuri tiada dalam senarai.

3) Pengemar Cerut@Curut - Berdasarkan analisis gua terhadap fizikal dan spiritual penggemar cerut ni. Pengemar cerut mungkin lebih gemarkan yang gebu-gebu..huh? Kenyataan di support oleh seorang pemilik Satria Neo.

4) Perokok Gudang Garam - Fakta bagi non-smokers, Gudang garam adalah antara rokok kuat baunya di dunia, dan ianya juga adalah antara rokok yang paling lama nak habis sebab panjang dan padat. Dan seorang rakan menyatakan mereka ini kononnya tahan lama dan...aahh...

5) Perokok Lucky Strike @ Camel @ Rokok Tak BerFilter - They don't like protection and risk-taker. Hati kering beb~

6) Perokok SKL Strawberry Flavour - Uhh..bagi seorang lelaki yang gemar rokok ini, orientasi seksualnya mungkin kepada Abang-abang Perokok Yang Lain, jiwanya lebih halus dan sensitive.. jaga-jaga dengan mereka ini, jangan kamu bangun2 dan rasa seakan-akan buasir..bahaya!!! Perokok ini juga memang tak ada lidah, hisap rokok bukan-bukan.

7) Perokok Gulung DIY - Layan binatang jek, mungkin sebab cintakan alam sekitar serta flora dan fauna.



notaKaki : Gua hisap rokok Mild 7, rokok Jepun..hahaha.

3 Review Filem : I am Sam (2001)


Ini cerita zaman gua sekolah menengah lagi, cerita Y2K pun tak reda lagi. Pakcik-pakcik yang bawak keluar duit dari bank takut bank reset belen akaun pun tak seempat nak bank in duit balik. Bini dok sedap pujuk suruh beli rantai leher tebal macam rantai motor.

Pemilihan gua kali ni agak berat sebelah sebab gua sebab gua terasa nak tengok Sean Penn jadi retard. Sebenarnya dah banyak kali jugak gua usha filem ni, tapi sebab gua takut bias terhadap filem-filem peberet gua, maka gua malas nak review.

I am Sam cukup mudah dari segi penceritaannya, berbekalkan Sean Penn sebagai Sam, seorang bapa yang terencat akal (IQ menyamai budak 7 tahun) yang terpaksa membesarkan anak perempuannya Lucy yang diolah cantik oleh pelakon comel, Dakota Fanning.

Dalam segala kesusahan Sam membesarkan Lucy, dia terpaksa bertempur dengan pihak kebajikan pulak sebab pihak kebajikan risau akan kemampuan Sam yang terbatas dalam mendidik Lucy di dalam dunia yang penuh pancaroba (perrghh ayat gua).

Plot dia memang simple macam tu je, tapi yang bikin filem ni jadi drama adalah perwatakan Sam dan Lucy yang memang superb. Memang gua tak dapat nafikan lah kenapa Sean Penn dicalonkan sebagai Pelako Lelaki Terbaik untuk Oscar tahun tu. Gua compare lakonan Sean Penn dalam Mystic River, yang dia jadi bapa dan mafia dengan dia jadi retard father memang macam dua orang berlainan. Walaupun isunya dua-dua jadi bapak, tapi personaliti tu memang totally split dan wow!! Cukup natural dan bukan lakonan plastik, double thumbs up juga kat Dakota sebab guua rasa filem ni umur dia baru dalam 5 tahun je, tapi lakonan dia memang berkesan habis.

Lagi satu apa yang menarik tentang filem ni, Sam adalah seorang fanatik The Beatles sampai nama anak dia Lucy tu pun diambil dari lagu Lucy In The Sky With Diamond. Maka filem ni dipenuhi dengan lagu-lagu Beatles yang jarang ke udara macam Across The Universe. Dalam I am Sam ni pun banyak Sam quote fact The Beatles dan memotivasikan dirinya sendiri dengan quotes dari Beatles antaranya feveeret gua bila orang tanya Sam samada dia mampu nak jaga Lucy atau tak? Then Sam jawap.

People think..that George Harrison (Guitarist for The Beatles) couldn't..maybe, he couldn't write a song. But then he wrote "Here Comes the Sun" and that it was one of the best songs on "Abbey Road."

Secara keseluruhan filem arahan Jessie Nelson ni memang cukup touching kat gua. Memang cukup unsur-unsur drama untuk filem begini. Lakonan menarik (dan tak over), lagu-lagu yang indah dan plot yang ringkas. Tak macam drama Indon, hari ni konflik ngan Si A, eok konflik dengan Si B pulak..perrghh tak dak penghujung.

Rating : 8.2/10

Owh kalau anda menitis setitik dua air mata time usha cita ni tak pa, anda normal.

notaKaki : I am Sam, Papadom, Mystic River..semua kisah kebapaan. Jangan ada budak datang mengaku gua bapak dia sudah...

1 Ulang Tahun Berkhatan

Owh, gua dah terlepas 5 hari nak meraikan ulangtahun gua bersunat kali ke- 15 tahun. Dulu-dulu time sunat sana-sini orang datang selak kain pas tu bagi RM5. Lepas dah habis pantang, kayuh basikal GT pergi beli komik Dragon Ball. Satu Malaysia set kat otak sakit sunat macam kena gigit semut api, kenapa semuut api? Bukan semut kecil (nyanyian Meggy Z)? Semut Ipoh ke? Kena sepit dengan ketam ke..Baru seksa sikit. Ini kasi semut api sebagai benchmark. Tak mencabar langsung.

Di saat-saat gua jadi penganggur ni, gua rindukan saat-saat memegang duit. Tapi seksa kena tahan dari makan telur goreng. Takut bentan kata orang. Ntah siapa-siapa profesor bikin fakta tersebut.

Owh, terima kasih Petronas kerana dah start menaja gua berkhatan zaman tu. Memang gua pioneer teknologi berkhatan terbaru zaman tu. Siap kena cop logo Petronas lagi..haha