2 Ulasan Filem : The Social Network (2010)


Sungguh ironi gua pergi ke Cineleisure Damansara menonton The Social Network. Kisah adaptasi kehidupan pencipta rangkaian sosial terkenal Facebook, Mark Zuckerberg. Sememangnya kisah Zuckerberg ni ditambah-tambah sikit agar nampak dramatik di mata penonton. Gampang apa gua nak duduk dalam wayang selama 2 jam 1 minit kalau nak menonton kisah seorang programmer yang duduk atas kerusi mengadap komputer sepanjang hari dia. Baik gua usha 2 Alam kan? Hehe

Bagi gua The Social Networking ni bukanlah sebuah dokumentari mengenai Facebook atau filem biografi mengenai Mark Zuckerberg. Tapi ini adalah sebuah drama kehidupan mengenai persahabatan, pengkhianatan, wang, pengaruh dan idea.

Macam biasa Zuckerberg adalah seorang Yahudi yang gila babi nerd yang study dekat Harvard. Zuckerberg ni kerjanya mengadap komputer dan blogging, tak macam yahudi-yahudi dekat Israel yang sibuk nak menindas penduduk Palestin. Sebab Zuckerberg ni gila babi nerd, maka awek dia fed up dan break up.

Zuckerberg ni dah la nerd, muka macam gampang lepas tu awek lawa pulak. Sah-sah la susah si Zuckerberg ni nak cari awek setanding dengan awek dia tu, jangan kata setanding awek dia. Entah-entah nak mengorat Rosnah Mat Aris pun tak lepas. Okay.. gua baru teringat gua masih bujang jugak.

|Diakibatkan kemarahan melampau dan dendam kesumat yang bernanah di hati busuk Zuckerberg, maka dia hack network Harvard dan buat satu laman web untuk compare-compare tahap ke'hot'an seseorang awek itu dipanggil FaceMash. Macam ni la lebih kurang.





VS









Jawapan lu simpan dalam hati ok?

Maka selepas jadi hot sekejap dikalangan Harvardian, Zuckerberg ditawar bekerja dengan kembar Winklevoss. Zuckerberg hanya bersetuju pakai air liur. Last-last mamat ni edit-edit sikit idea Winklevoss ni dan come out dengan Facebook.

Lepas keluar Facebook tu pulak banyak drama dia dengan kawan baik dia sampai nak main saman-saman.

Pembawakan plot cerita ni lebih kepada flashback dan crossing plot. Dimana latar masa memain peranan sebagai trigger dalam filem ni. Sekajap ditayang babak di meja kena saman dengan Winlevoss, lepas tu flashback bagaimana situasi tu berlaku. Kemudian bersambung dekat meja perbincangan saman untuk Eduardo Saverin pulak. Lepas tu flashback balik.

Filem ini bukan sekadar nak menonjolkan penceritaan melalui plot sangat. Pembinaan watak juga diambil kira. Sukar untuk melabelkan mana watak protagonis, antagonis dan sebagainya kerana setiap watak ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Inilah lumrah dunia, kadang-kadang pelakon filem porno juga merupakan jiran yang baik dan peramah..hehehe

Watak utama Zuckerberg dilihat sebagai seorang geek yang hebat dalam memanipulasi perbuatan dan pemikiran manusia. Sepertimana populariti yang kecap melalui Facemash, memanipulasi tentang tabii manusia sering membeza-bezakan mana cantik mana buruk. Pembinaan Facebook itu sendiri adalah sebuah idea manipulasi pemikiran manusia. Manusia ingin berhubung, berkongsi gambar, memberitahu apa yang kita minat secara tak langsung, bagitahu status kita. Gampang r kalau nak introduce diri sendiri, "Hi I am Achan and I am single". mamat ni juga boleh dikatakan punk sebab tak kisah apa benda yang dia buat dan berani bikin taboo.

Skrip pertuturan Zuckerberg memang macam setan, memang gaya nerd 110%. Jadi!! Cakap laju-laju, isi-isi semua bunyi teknikal, lepas tu tak reti apa erti emosi. Memang itulah gaya nerd terhebat!!

Justin Timberlake sebagai penghasut dan pencipta Nepster, Sean Parker yang sering bermasalah dalam wanita, karier dan dadah gua nampak Justin tak nakal macam tu. Watak tu tak ngam dengan budak N'Sync ni. Tapi watak kembar Winklevoss memang menjadi. Walaupun pakai seorang pelakon untuk berlakon dua watak. Tapi dua-dua watak tu sungguh kuat variasi attitude dan kekuatan watak. Cool!!

Gua kagum dengan hasil David Fincher, pengarah filem Curious Case of Benjamin Button & Fight Club. Kebanyakan filem mamat ni memang A. Pengalaman dalam penghasilan filem Zodiac, adaptasi kisah pembunuh bersiri vintage banyak menolong Fincher dalam penerbitan Social Network.

Filem ni boleh dikatakan antara filem yang dapat menarik pehatian gua sepanjang 2010. namun gua rasa mukadimah filem ini terlampau teknikal bagi mereka yang bukan berlatar belakang IT. Persoalan seperti apa tu PHP? Firewall? Encryption? mungkin boleh jadi persoalan dalam mimpi penonton.

Okay..dah pukul 6. Gua nak balik kerja.
Rating : 8.1/10

Damn..trailer dia lagu Creep Radiohead!! Aku kasi naik rating tambah 0.2...sekarang jadi 8.3..haha..ni blog gua..sukati gua










2 487 batang pen patah:

Lizzie Chuckguire berkata...

ko bile plak nk jadi the next zuckerberg?ke ko xckup nerd utk replace die?hahaha

Achan Sinclair berkata...

aku tak cukup laju nak ckp cm dia,,ckp smpi clash