3 Ulasan Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)


Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) memang antara list filem melayu yang gua tunggu-tunggu. Terus-terang gua cakap filem ini bukanlah sebuah filem yang kuat dari grafik, CGI jadah sume tu. Filem ni memang sebuah karya seni yang halus dan boleh dihuraikan berdasarkan perspektif mana kita menontonnya. Jika lu nak menonton hiburan ringan, filem ini mampu memberi komedi sanduran yang cukup direct dan ringkas. Namum jika lu seorang observer dan mampu mengupas lapisan-lapisan di sebalik komedi ringan tadi, gua berani jamin HKLBR merupakan filem yang indah yang penuh dengan kritikan dan sindiran sosial, politik dan idealogi.

Story line yang cukup mudah untuk difahami. Berbekalkan watak dan persekitaran dari filem Zombie Kampung Pisang mengisahkan Husin (Awie) pulang dari Singapura ke Kg Pisang selepas beberapa tahun berkerah tenaga di oversea. Sebelum Husin ke Singapura, dia telah memutuskan pertunangan dengan Che Nin (Umi Nazeera) iaitu anak Pak Jabit. Kepulangan Husin tak disenang Pak Jabit. Sepermulangannya maka muncullah cerita-cerita angker mengenai Kak Limah. Jadi macam biasa, isunya bagaimana penduduk Kg Pisang nak setelkan permasalahan yang mendatang.

Story line simple, sesimple-simplenya. Bagi siapa yang kaki menonton filem yang direct, pasti ada yang berkata filem ini super ringan. Perspektif masing-masing, gua tak salahkan sesiapa. Mungkin ada juga yang membandingkan dengan filem komedi sarkastik dari luar seperti Blade of Glory etc. Tapi filem ini menonjolkan realiti kehidupan majoriti masyarakat melayu di kampung. Sebagai rakyat Malaysia dan orang negeri Perak, filem ni terasa dekat dengan jiwa gua.

Apa yang mahal dalam filem ni?

  1. Babak-babak yang cukup sinis dalam memberi kritikan sosial, politik, industri filem dan beberapa aspek lagi. Kritikan-kritikan seperti Abang Ambulans yang merawat Tok Bomoh tapi mulut pot..pet..pot..pet dok merungut tentang kerjanya. Biasa jumpa? Haha.. Budak-budak yang naik perangai akibat pengaruh video game, orang dok degil drive sambil cakap henpon, ada segelintir pekerja gomen sering jadi lalang, babak kritikan kepada kepimpinan yang payah nak lepas pucuk [im[inan ke[ada kaum muda, kritikan kepada sesetengah orang yang sengaja nak nampak susah untuk meraih simpati dan yang gua suka KRITIKAN TERBUKA KEPADA RAZAK MOHEIDEEN..yeaah
  2. Babak-babak memorial juga dicipta semula dalam filem ni, babak Awie naik motor besar dalam Sembilu, babak pak cik MC membebel dalam video klip M. Nasir Lagu Jiwa Lagu Cinta, babak pemain gitar solo dalam filem Rock (penampilan khas Rosli Mahlim, Sweet Charity).
  3. Pengajaran yang cukup deep, gua tak larat nak list.
Dari segi sinematografinya, gua usha filem Mamat Khalid banyak diinspirasikan dari gaya filem Stephen Chow. Garapan gaya dan angle yang mengingatkan gua kepada filem-filem Stephen Chow. Tapi apa gua kisah. Gua terhibur.haha

Soundtrack bukan isu dalam filem-filem begini. But most of the tracks adalah lagu-lagu popular 80-an. Salah satu faktor lagi yang membuatkan filem ni dekat dengan gua.

Awie memang smart gila babi, Umi Nazeera lawa..secara lakonan semua power-power belaka. Secara keseluruhan filem ini adalah filem melayu yang membuka minda kita secara kritikan dan hebat. ANDA HEBAT!!

Rating : 8.5/10

Lagu Cinta Kristal cover by Awie menjadi dendangan gua malam ni






3 487 batang pen patah:

Nur Sarhanah Rosli berkata...

PELAWOK....PELAWOKKK...PELAWOKKKK

Achan Sinclair berkata...

Enjit..enjit semut..sape sakit naik atas...hahaha

dayah berkata...

keh keh keh keh..hahaha