0 Selamat Hari COPD dan Hari Raya Qurban



Hari ini 10 Zulhijah atau 17 November. Hari ini jugak adalah Hari Raya Qurban merangkap Hari COPD Dunia. Raya Qurban tu lu tau la kan? COPD tu sejenis penyakit peparu kronik style saluran menyempit sama peparu krem tak bley kembang kecut. Punca utama, dokter kata rokok. Kalau Arwah Tok Wan gua hidup mesti dia saman hospital. Asal penyakit kronik je rokok lah alasannya. Dia hisap rokok lebih 60 tahun okay je. Last-last arwah kene selsema je.

Jadi untuk memastikan lu betul betul-betul layak dan true untuk menyambut Hari COPD Dunia ni, lu kena jawap soalan-soalan ni.

1. Adakah anda batuk pada kebanyakan hari?
Gua jawab ya. Lu?

2. Adakah anda keluarkan kahak dengan banyak?
Sejak akhir-akhir ini boleh tahan la koleksi kahak gua. Gua jawab ya. Lu?

3. Adakah anda rasa cepat penat berbanding dengan kutu sebaya umur?
Penat layan kerenah perempuan gua jawap ya. Lu nak jawab apa?

4. Berumur lebih 40 tahun?
Gua tidak langsung. Baru 23. Lu?

5. Adakah anda merokok sekarang atau bekas perokok?
Gua jawab ya sambil pakai seluar jeans, nak bersiap beli rokok. Lu?

Depa kata kalau kita semua jawab Ya untuk 3 soalan atau lebih, itu bermakna mungkin kena penyakit COPD. Amacam gua dapat 3. Jom bersama menyambut Hari COPD Sedunia..!

Nasihat gua berdasarkan pengalaman: Pandai hisap rokok..pandai-pandai le pergi futsal ke, silat ke, berlari petang-petang ke, pergi gim ke, main konda-kondi ke, tuju selipar ke.. Apahal pula nak tengok drama petang-petang kan?

Selamat Hari Raya Qurban dan Hari COPD.



0 487 batang pen patah: