3 Pemusnah Kapitalisme : Selamat Hari Raya Haji


Raya Qurban kelmarin memang lain macam sikit, sebab kebiasaannya gua bangun pagi mandi sunat, pakai baju, pergi sembahyang raya, balik rumah, makan makanan sedap-sedap, tengok TV dan hibernasi.

Raya kali ni parents gua pergi Mekah, so nak makan? Kene masak. Nak baju cantik? Iron sendiri. Nak rumah cantik? Pandai-pandai la kemas. Pendek kata raya kali ni memang gua kenal erti
kehidupan. Haha.

Disebabkan Hari Raya, maka tak tergamak gua nak biarkan adik-adik gua makan megi lepas sembahyang raya. Maka gua dengan inisiatif sendiri berpulun masak beberapa lauk tipikal raya. Oh ya, jangan pandang gua sebelah mata. Lu ingat tak de punker kat dapur? Lu usha Gordon Ramsay sikit.

Maka untuk menjadikan fantasi gua suatu realiti gua pergilah membeli-belah. Mula-mula gua ke Tesco, gua nak beli ayam, sayur-sayur sama mesin pengisar atau bahasa dapurnya blender. Mudahkan ke Tesco? Semuanya ada. Gua tolak troli ke bahagian elektronik, ke bahagian daging, sayur. Bayar sekali je semua.

Nak dijadikan cerita gua ke bahagian elektronik, angkat blender sebijik bawak pergi try dekat kaunter. Ada uncle tua, berdasarkan pengalaman gua bekerja di Parkson dulu, gaya dia macam Shift Supervisor. Ok fine, gua try. Then gua tanya pasal warranty. Dia kata, "If anything happen with this blender, AWAK JANGAN DATANG TESCO INI. You need to bring it to Pensonic by your own". Ok gua fine dah situasi tu, but this fuckin fella keep repeating "JANGAN DATANG TESCO INI FAHAM??!!" What the fuck uncle? You supposedly say to me, "If anything happen, awak TAK BOLEH claim warranty dekat Tesco. Bukannya JANGAN DATANG TESCO". Macamlah gua nak buat huru-hara kalau blender tu rosak.

Oleh kerana gua terasa fuck-up sangat dengan situasi, dan ke-tidak mesraan uncle tu. Gua cancel terus angkat blender tu. Better gua angkat dekat kedai eletrik cina dekat depan rumah gua. Warranty pun senang, kalau jahanam. Jalan kaki je gua bagi blender tu dekat Apek tu.

Then gua ke bahagian barangan dapur, usha ayam, sayur semua. What the hell? Ini barang dapur tahun berapa ni? Gua syak ayam tu kene sembelih agaknya sebelum puasa lepas kot. Ayam tak fresh gila, sayur layu macam gampang. What the fuck ni weh? Korang bajet gua nak makan ke ayam macam ni?

Gua tensen gua pergi cari pasar malam. Gua compare kualiti dekat pasar malam dengan Tesco. Jauh sangat berbeza. Lu bayangkan cili kering dekat pasar malam, dia dah buang tangkai. Maka gua beli cili kering tu tak da lah kene timbang dengan tangkai sekali. Walhal nanti gua kene buang jugak tangkai tu, tak kan gua nak masak tangkai sekali. Ayam pun gila babi fresh compare dengan ayam Tesco.

Gua fikir balik, kenapalah orang suka shopping dekat hypermarket? Mudah shopping semua sekaligus? Apa guna mudah kalau menyusahkan, contoh macam warranty blender tadi. Gampang apa gua nak kene hantar dekat Penang kalau blender tu rosak. Murah? Brader..memang barang hypermarket murah compare dengan pasar malam. Depa beli barang in buck, tapi cuba tengok kualiti dia. Sanggup lu nak makan ayam yang entah bila kali terakhir ayam tu berkokok. Sememangnya hypermarket adalah contoh KAPITALISME TERBAIK!!

Kewujudan hypermarket ni kalau difikir-fikir balik, hanya memusnah bisnes rakyat Malaysia je. Gua tak cakap pasal bisnes orang Melayu ke apa. Gua cakap pasal satu Malaysia! Kedai runcit Samy, kedai eletrik Chong, Pasar Mini Siti. Kesemua bisnes depa telah dikumpulkan disuatu tempat dan dinaungi oleh hypermarket.

Akhirnya aliran tunai yang major akan masuk kepada poket beberapa syarikat aja, kalau tak poket Tesco, Giant, kalo tak pun Carrefour, nak mat salleh sikit Cold Storage. Brader..lu pikir balik. Yang lebih menyedihkan lagi kebanyakakn syarikat hypermarket ini berasal atau dimiliki oleh syarikat berasal daripada luar negara.Kerajaan selalu menyebut salah satu cara untuk memajukan ekonomi adalah dengan memastikan duit Malaysia tidak terbang ke luar negara tapi sayang...cakap tak serupa bikin.

Mungkin faedah kutipan cukai yang diperolehi oleh kerajaan daripada syarikat pengelola hypermarket ini lebih tinggi berbanding kutipan cukai yang dapat diambil daripada peniaga kecil-kecilan,tapi sebenarnya kita sedang melemahkan ekonomi orang kita sendiri apabila kita terlalu bergantung dengan hypermarket itu.

Sampai satu tahap pembangunan hartanah pun ditentukan oleh kewujudan hypermarket. Contohnya, rumah gua di Kota Damansara, dalam lingkungan 5 km ada 3 biji hypermarket. Giant, Tesco dengan Carrefour. Hartanah memang harga macam setan. Sebab kita sekarang kalau nak beli property nak kene compare, ehh rumah aku ada Tesco tak? Ada Giant tak?

Sebenarnya secara tak langsung kita tak sedar kewujudan hypermarket ni telah mengorbankan peniaga-peniaga tempatan. Ok, let say dekat Cheng Melaka dah ada Tesco. Lu ingat senang ke Kedai Runcit Pak Said nak compete dengan Tesco? Bila terkorbannya peniaga-peniaga kecil ni, secara tak langsung maka terkorbanglah kualiti dalam barangan seharian kita.

Kualiti atau kuantiti?Nampak hebat atau nampak sederhana?
Kita akan makin tersepit dan yang kaya akan jadi bertambah kaya.

Damn..asal gua hari ni rebel sangat ni? Layan punk dulu, ni punk ok..bukan neo-pun macam My Chemical Romance..sak





3 487 batang pen patah:

MOK berkata...

sape soh tak pegi jusco

Achan Sinclair berkata...

haram...JJ penjajah..nippon!!

AdiaLuze berkata...

Btol tuh!! Kalo nak fresh, g je pasar malam..Sah2 la fresh..Kalo g hypermarket ni, hari ni beli, esok dah bau bangkai...Ahakks...