2 Wang Tak Mampu Membeli Kasih Sayang

"Encik kena bayor habes duit hotel ni. Kalo tidak, memang encik dan rakan-rakan kene tidor luor le jawapnye," brader receptionist bersuara menyuruh gua melangsaikan belen berbaki sebelum kami dapat terjun ke atas katil.

"Jam dah pukul 12.30 pagi ni, karang saya pergi ATM cucuk duit," gua pura-pura check dompet takut-takut ada duit seribu terselit celah-celah kad BonusLink.

++++++

"Saya dah keluor duit ni, berape yang saya kene bayor ni yob?" gua bercakap bunyi macam orang kaya.

"Owh..kejap yer," brader receptionist tadi pure-pure bukak file dekat komputer.

Gua nampak ada ikon Solitaire yang diminimizekan di task bar.

"Jumpe yob?" gua tanya lagi sekali, gua rasa seluar gua terlondeh sikit sebab duit berat sangat.

"Errr...encik. Saya pun tak tahu encik kene bayar berapa. Tapi yang pasti boss suruh encik bayar habis jugak sebelum check in," brader receptionist muka kelat bila teringat riak wajah boss dia.

"Macam mane ni? Duit nak kene bayor. Tapi jumlah tak tahu. Saya setel esoklah," gua pening kepala dengan SOP industri perhotelan di daerah Parit ni.

"Encik masuk lah tidur dulu," brader tu pun pening macam mana nak handle kes macam ni.

+++++++

Gua tengah tidur dengan aman, tiba-tiba dikejutkan dengan ringtone lagu Soldier.

"Hello," gua jawap ringkas.

"Encik, saya dari pihak hotel. Encik boleh buat pembayaran sekarang?" gua dengar suara sayup-sayup.

"Aah.." gua mengantuk jawap endah tak endak.

"Err..encik tidurlah dulu," gua dengar suara receptionist dah serender dengan gua.

Gua letak henpon sambil usha jam,

7 PAGI!!!

Damn...hotel ni memang betul-betul nak duit ni.

2 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

amacam konvo? Bestest?

Achan Sinclair berkata...

Ok la..convofair hattan hancur r bro..sound system bunyi funfair..yang lain tu just nice r..