1 Ulasan Filem : The Lagend of Fist : The Return of Chen Zhen


Gua konfiden bahawa gua dah menonton ratusan filem, dan ini filem pertama yang memaparkan adegan hero menumbuk bahagian testikel musuh sampai mati sebab musuh rogol adik hero. Shit..gua tengok muka mamat jahat tu, gua tak dapat gambarkan ke'senak'kan yang dialami beliau.

The Lagend of Fist : The Return of Chen Zhen adalah remake semula filem Fist of Fury lakonan Bruce Lee. Diterajui oleh pengarah otai, Adrew Law (bukan Andy Law) yang femes dengan Internal Affair, Yound & Dangerous (muda dan merbahaya) satu sampai lima, Intial D dan berapa puluh muvi yang tak nak kalah. Ini bukan calang-calang pengarah, bukan macam Razak Moheiden yang buat filem Sifu dan Tongga (zzz).

Watak Chen Zhen dipegang oleh pelakon aksi yang makin melonjak-lonjak naik selepas file Ip Man, tak lain dan tak bukan tuan-tuan, Donnie Yen. Heroin pulak bukan calang-calang, Adrew Law pilih best of the best. Awek ni dulu berlakon filem blue, kini dah femes bukan dekat Asia. Tapi Jason Statham pun berlakon dengan dia dekat Hollywood. Awek yang dimaksudkan oleh gua adalah Shu Qi.

Gua malas sembang panjang, filem ni pasal hero tempatan yang menentang Jepun. Ada konflik percintaan sikit, konflik dendam. Ala standard la, jadah apa cerita pasal penjajahan ada konflik dengan bursa saham kan?

Penekanan dekat sini adalah AKSI. Selain ambik gaji sebagai hero, Donnie Yen juga agak haloba dengan merampas jawatan Pengarah Aksi untuk filem ni. First impression gua memang A. Silap-silap John Woo boleh ternganga usha filem ni. Aksi kungfu bukan main-main, ini stendet ketap-ketap bibir. Gua usha ada sorang dua mamat cina rambut kuning genggam-genggam penumbuk. Gua malas tegur, gua tak berancang untuk makan nasi pakai straw dalam masa terdekat ni.

Sound track memang menarik, lagu-lagu swing bahasa cina. Memang kena dengan mood cerita, Shu Qi pulak jadi awek kaberet, what do u expect bradah?

Cuma ada beberapa spoiler yang tensen, pertama tu bila part dia view pekan Shanghai tu, gua boleh nampak sangat ke'kartunan' pekan tersebut. Yang kedua, gua menyampah bunyi, "wachaaa", "wattaa", "wooo" dan sebagainya ketika berlawan, it is too Bruce Lee bradah. Tahulah hero dulu Bruce Lee, tapi gua rasa Donie Yen boleh je buat style dia sendiri.

Gua juga dapat merasakan bahawa Donnie Yen dah terlampau tipikal berlakon dalam filem bergenre begini. Asal Donnie Yen je, filem sejarah pukul Jepun. Dah bosan.

Sekian,

Rating : 8.2/10



1 487 batang pen patah:

yuukichan berkata...

oooo.. citer nih.. dah ingt dah citer nih time bruce lee blakon..