3 Ulasan Filem : Buried (2010)



Filem Buried (sebut betul-betul) adalah filem paling murah yang pernah gua usha seumur hidup gua. Sebelum ini gua mengangap filem Man From Earth adalah filem paling murah dengan bermodalkan tak sampai 10 orang pelakon dan sebuah ruang tamu selama durasi filem.

Filem Buried ni lagi gampang murah, pelakon sorang je. Set dia memang simple habis, ruang sebesar 7 kaki x 2.5 kaki x 2 kaki. Apa lu fikir? Kubur? Tettt..jawapannya keranda!! Yearrrghh...sepanjang 95 minit durasi filem hanya berlatarbelakangkan sebijik keranda. Pelakon tambahannya pula adalah seekor ular, pencil, lighter, blekberi, lighting stick dan seulas pisau. Tu pun boleh bajet jadi USD 3m.

Pelakon berbadan tough, Ryan Reynolds menjadi pilihan pengarah Rodrigo Cortes. Gua tak kenal mamat Spanish ni. Tapi yang pasti gua nampak banyak nama Spanish yang menggerak filem ni.

Filem ini adalah sebah filem hebat!! Apa genre yang lu fikirkan? Action? Thriller? Potong jari? Kekeluargaan? Humor? Semua ada dalam filem ni. Cuba bayangkan bagaimana Ryan Reynolds yang dulu femes dengan watak lagenda extender dalam Van Wilder ni membawa watak Paul Conroy yang terkurung dalam keranda dan mampu menyampaikan segala mesej dan perasaan dengan begitu tip-top sekali.

Plot filem ni? Bermula dengan pre-klimaks dimana dekat 5 minit jugaklah skrin wayang tu gelap. Lepas tu keluar gambar api. Oh..start-start si Paulie ni dah kena kurung dalam keranda selepas traknya di ambush oleh terrorist. Kira Paulie ni mangsa keadaanlah, akibat perbuatan kerajaannya, dia yang terima padah. Jadi sepanjang filem ini menunjukan bagaimana Paul ni cuba melepaskan dirinya dari keranda itu dengan berbekalkan sebijik blackberry, lighter, pencil,torchlight dan stik glow in the dark tu.

Filem ni memang sarat dengan mesej birokrasi yang menyusahkan hidup, masalah komunikasi yang melumpuhkan perjalanan kehidupan seharian dan bagaimana penindasan oleh KAPITALIS. Ya, perkataan kegemaran gua, KAPITALIS. Ingat!! Semua babak berlaku dalam keranda!!

Filem ni tak perlu OST, yang ada pun hanya bunyi azan dari atas tanah. Gua tak rasa music director nak keluarkan CD koleksi azan. Lighting memang natural habis, no argument!!

Filem ni berakhir dengan super-klimaks. Dan seelok habis cerita ni, perspektif gua kepada Van Wilder berubah sama sekali. Mamat tu memang power berlakon. Gampang ghape tak power, dia seorang je yang masuk kamera. Cite ni bergerak atas dia. Jadi pelakon kene power la. Tak kan nak ambik Jehan Miskin kot.

Secara overall, gua tunggu percalonan Ryan Reynolds dalam Oscar.

Rating : 8.2/10

Amaran : Kepada yang mengidap klaustrophobia sila bertanggungjawap atas fobia anda. Gua tak jamin.





3 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Damn kutuk jehan miskin

nukman berkata...

isi entry kita lebih kurang je..hahahha

Achan Sinclair berkata...

Bajet : Aku stress usha jehan miskin suke pakai baju tayang ketiak..damn

Nukman : dah ang usha wayang ni dgn aku..sama la entrinya