2 Ruang Perniagaan Yang Boleh Diterokai Ketika Perlawanan Final Negeri Sembilan vs Kelantan


  1. Jual kerusi, berdasarkan perlawanan-perlawanan yang lepas yang menjadikan kerusi sebagai bahan bakar utama. Gua dapat rasakan perniagaan kerusi adalah suatu peluang besar untuk membuat duit secara mudah. Tak payah pakai baju belang, lepak mamak sambil sembang citer MLM.
  2. Mercun, memang bosan suatu filem tanpa soundtrack. Gua rasakan mustahil untuk panggil Anuar Zain ke Stadium Bukit Jalil sambil mengajak penonton menyanyi lagu Keabadian Cinta bersama-sama. Jalan mudah, bunyi-bunyian mercun dilihat sebagai menyeri suasana apabila pengadil atau pemain membuat tahi di padang. Asap-asap mercun juga mampu menaikkan mood dramatik di padang. Cuba bayangkan tengah-tengah asap tebal, tiba-tiba muncul bayang lelaki tegap.. Sekali keluar Hairudin Omar..macho tu beb.
  3. Insurans Nyawa juga dilihat agak mempunyai potensi selepas ada nyawa yang terkorban dalam perlawanan terdahulu. Bagi penonton yang mempunyai akal panjang, mungkin insurans nyawa mampu mencerahkan masa depan masa depan anak-anak dan isteri si mangsa. Bagi anda yang nak menerokai ruang perniagaan ini, masih belum terlambat untuk anda bergelar ejen insurans.
  4. Jek Kereta, dalam perlawanan lepas kita lihat penonton agak bersusah payah untuk menterbalikkan kereta, lori, bas, beca dengan menggunakan kudrat empat kerat. Dengan adanya gerai-gerai menjual jek kereta ni, gua rasa teknologi ini dapat membantu penonton menujukkan perasaan rebel dengan menggunakan kurang tenaga. Berat kot nak terbalikkan bas pakai tangan.
  5. Air Ketum, dalam aktiviti bergaduh, ong bak dan mengangkat bas dilihat agak meletihkan. Dengan penjualan air ketum sebagai sumber tenaga tambahan pasti dapat menyemarakan lagi semangat para hooligans.
  6. Tender pasang pagar stadium, gua rasa gua nak masuk tender pasang pagar kat stadium la lepas ni. Gua boleh agak apa jadi dengan kondisi pagar stadium nanti. Ni khas untuk gua je.
Pendek kata dari gua, Majulah Sukan Untuk Negara.



2 487 batang pen patah:

incik neng berkata...

entry kau memang jahanam haha

Achan Sinclair berkata...

hahaha...ko bajet aku nak post pasal apa?hal ekonomi dunia?haram