0 Koleksi Wallpaper Anda : Versi i-City


*Kelik-kanan, tekan Save Picture As. Savekan di Desktop. Kelik pada ikon gambar ini di desktop. Pilih aturan 'Set as Wallpaper'. Maka komputer anda akan laju mencanak-canak.


*Gua lukis sendiri gambar ni.

*Gambar ni bersepah-sepah dekat kitab muka, tapi yang ini memang gua amik.

*Gua memang fotogenik

*Agak-agak bil letrik i-City ni sebulan berapa ringgit ek?


Gua semalam melawat ke 'lokasi kegemaran facebook' iaitu i-City. Ramai sangat orang, ada pak cik, opah, adik baru baik sunat, mamat rambut kuning, awek kilang, pensyarah IPTA dan pelbagai jenis orang lagi. Walaupun gua dah bayar tiket RM5 per kereta, tapi gua dilarang untuk menyentuh, memegang awek orang..oppss.. lampu-lampu berkenaan. Pak gad sana tak steady. Gua nak tunggang lampu bentuk rusa tu pun tak bagi.

0 487 batang pen patah: