3 Ulasan Filem : Toys Story 3 (2010)


Dulu zaman gua darjah 2, Toys Story memang satu isu. McD buat promotion bukan-bukan dapat mainan itu-ini. Bapak gua huru-hara kalau bawak gua jalan-jalan dekat Subang Parade, fobia sangat bawak gua. Takut gua seret-seret badan kat depan McD. Zaman tu gua seret badan, abah gua heret je. Sekarang kalau gua buat perangai seret badan lagi, mau gua kene heret masuk wad gila.

Sekarang gua berusia 20-an, muda, segak, bermata biru cuma tak berapa kaya. Toys Story 3 (TS3) dah memuncul diri di pawagam. Jangan buat muka ajaib, tak kan gua nak usha movie masuk Oscar je beb. Toys Story 3 not bad beb. Lagi satu, gua memang nak usha TS3 sebab Tom Hanks jadi Woody. Style beb!!

Story dia begini..

Woody, Buzz dan permainan yang lain ni dah terasa macam depa terabai sebab tuan depa, Andy ni dah besar. Nak masuk kolej dah pun. Jadi dah usia macam tu jadah apa nak main anak patung lagi? Karang jiran-jiran nampak kata si Andy ni terencat pulak kan? Tu belum kira kalau awek kat high school nampak. Perrghhhhh.. Muka Obama pun boleh jadi maroon beb (maroon bukan merah sebab...ehehe)

Semasa Andy kemas-kemas barang dia, mainan-mainan dia selain Woody dia letak dalam plastic bag nak disimpan dekat loteng. Woody ni dia nak bawak gi kolej..alaa..tomey..tomey.. Entah silap ibu mengandung ke apa, barang mainan yang sepatutnya di'parking' di loteng tu sampai ke nurseri budak-budak.

Pada awalnya, mainan-mainan lain ni suka la. Dorang dah tak terabai, dibelai dan ditatang umpama minyak yang penuh. Ye la, budak-budak umur 2-3 tahun, sah-sahlah main anak patung, jadah apa nak main boling ke main memanah tatkala berusia begitukan?

Namun sangkaan mainan-mainan tersebut meleset. Budak-budak yang duduk nurseri tu dah menunjukkan ciri-ciri awal nak menjadi Mat Rempit Felda Sg Siput, Budak Shuffle Bintang Walk, Minah Gothic TimeSquare tak lupa juga Budak-budak rambut kuning. Main mainan macam mengoncang dunia. Kalau gua kecik-kecik buat perangai macam tu, memang gua dah kena flying kick dengan opah gua. Sebelum dia kena strok.

Dah tu dalam nurseri tu ada pasukan mainan yang jahat siap. Buzz and geng ni kene buli, dihina, dicaci. OK gua tipu beberapa part. Pendek kata masuk dalam nurseri tu dah tak da jalan keluar la. Jadi konflik dia macam mana depa nak keluar? Adakah Woody masih diterima lagi oleh kawan-kawannya?

Secara keseluruhan, TS3 bukan saja memberi hiburan ringan sekadar lawak untuk budak darjah 2. Unsur-unsur drama dalam filem ni memang terbaik. Bukan senang nak buat manusia berperasaan terhadap benda selain bukan manusia punya perwatakan. Dari segi grafik tak perlu dipertikaikan lagi. Pixar kot.

Lawak-lawak makam tinggi macam Los & Faun juga dapat dijumpai dalam TS3. Jadi kenapa anda (20 tahun dan keatas) wajar menonton dan berhibur dengan filem ni.

Jadi siapa cakap Toys Story 3 untuk budak-budak aja? Go and grab your ticket!! Gua letih menaip selama sebulan ni.

Rating : 8.2/10








3 487 batang pen patah:

Zahirah Amalina berkata...

btol ke best???

Achan Sinclair berkata...

Best..ko boleh percaya ulasan aku..ahaha..reliable

AlexAlabasta berkata...

Totally best! BErbaloi3X