2 Ulasan Filem : Inception (2010)


This is fuckin big movie and I really mean it!! I was be flirted by those charismatic names. Directed by Christopher Nolan yang gua rasa layak digelar Bapak Twisting sebab filem-filem mamat ni memang twist tahap hollysh*t. Memento dan The Prestige adalah contoh terbaik. Kalau lu peminat filem arus perdana, Dark Knight juga adalah hasil tangan Nolan.

Pelakon-pelakon pun memang bukan main-main. Leonardo DiCaprio, sapa tak kenal mamat ni? Dari Titanic sampai ke Blood Diamond, memang mamat ni hidup dalam setiap watak dia. Joseph Gordon-Levit, pelakon yang gua rasa paling macho dalam filem ni pun bukan main-main punya orang. Lu tak usha 500 Days of Summer, jangan sembang kuat-kuat.

Mungkin gua akan dituduh gay jika tak review watak-watak awek dalam filem ni. Siapa admire kat Juno?!! Saya!! Yezza, berita baik beb. Si comel Ellen Page pun berlakon dalam filem ni. Watak Adriadne mungkin tak seberat Juno, tapi impak dan kecomelan watak memang terserlah. Tak lupa awek French yang sexy, Marion Cotillard. Walaupun wataknya hanya ilusi, tapi bukan senang beb nak berlakon watak yang perwatakannya ditentukan oleh minda orang lain.

Kisahnya begini, Cobb (Leonardo) seorang pencuri yang sering ditugaskan untuk merembat idea-idea dari mimpi orang yang hebat. Tapi satu hari Saito (Ken Watanabe) telah counter-offer kepada Cobb, tetapi bukan untuk mencuri idea. Tetapi untu memasukkan idea/pemikiran ke dalam mimpi Fisher Jr (Cillian Murphy), iaitu pewaris empayar perniagaan ayahnya supaya Fisher Jr mendapat idea bahawa sebenarnya beliau perlu beerusaha sendiri dan tak perlu mewarisi harta ayahnya. Maka secara tak langsung, Saito akan menjadi taiko industri tanpa kehadiran pewaris empayar Fisher.

Untuk meyakinkan Fisher Jr, segala perancangan rapi di buat. Pasukan Cobb, Saito, Arthur (Joseph Gordon-Levitt) dan Eames (Tom Hardy) telah mengupah pelajar arkitek, Adriadne (Ellen Page) untuk mereka 'alam mimpi' agar tampak lebih nyata. Ahli kimia, Yusuf (Dileep Rao) diperlukan untuk mencipta sedatif supaya mereka dapat tidur secara superrr-nyenyak, kerana mereka terpaksa bermimpi secara 3 lapis. Maknanya, mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Jadi bagaimana permainan minda kumpulan Cobb untuk mempermainan pemikiran Fisher Jr.

Filem ni dari segi keaslian plot bagi gua adalah memang suci. Ada juga yang berkata permainan minda ini mempunya persamaan dengan Shutter Island. Tapi bagi gua, plot mereka ada kelainan. Perjalanan plot adalah suatu subjektif. Seperti filem tipikal Hollywood, pra-klimaks diletakkan di introduction untuk menarik minat audience. Namun pada kenaikkan plot filem ini, dihuraikan secara langsung tentang konsep Inception yang menjadi persoalan pada pra-klimaks. Lapisan mimpi juga sebenarnya membantu Nolan dalam menghuraikan plot secara sistematik.

Bila disebut tentang mimpi, ia akan bermain dengan emosi secara langsung. Maka kewujudan watak Mal (Marion Cottilard) adalah simbolik kepada emosi tak menentu Cobb. Watak gelap ini juga diletakkan sebagai watak antagonis yang sering menjadi penghalang dalam penyelsaian misi.

Gua meletakkan filem ini berat, tapi kandungan aksi yang menarik merupakan satu pancingan yang menjadi kepada audience yang mungkin berasakan filem berat adalah suatu bebanan yang sering memilih filem yang tak perlu otak seperti Cinta Kolestrol atau The A-Team sebagai makanan. Pengunaan special effect dalam filem ini tak dapat membuktikan bahawa filem ini tak cukup bagus untuk berpijak dalam bumi yang nyata,

Fakta-fakta hasil penyelidikan Nolan selama 10 tahun mengukuhkan idea Inception tersebut. Segala input-input mampu membuatkan audience berasa konsep Inception ini adalah suatu konsep yang wujud didunia nyata dan mereka bukan menonton filem. "Dalam mimpi kita tak dapat mengingat tentang pengawalannya. Sedar-sedar kita dah kat part klimaks.", ni antara fakta yang diselitkan Nolan. Jadi lu bayangkan dia ada beberapa lapisan mimpi, dan setiap lapisan mimpi tu adalah klimaks.

Secara keseluruhannya, Inception mungkin nampak ringan di luar. Tapi sebenarnya Inception adalah extremely complex movie, ia bermain dengan minda separa sedar manusia. Idea-idea kebijaksanaan dan tarikan dari segi visual aksi yang 'mesra' satu sama lain adalah tarikan utama mengapa filem ini WAJIB TONTON. Namun gua perlu ingatkan, bawak OTAK anda jika nak menonton filem ni.

Rating : 9.5/10

Gua bawakan trailer filem ini dan lagu Mimpi dalam Mimpi nyanyian Damasutra yang dipilih sebagai OST filem ini.






2 487 batang pen patah:

Penulis Komen-Filem berkata...

Syabas. Saya juga sudah tengok Inception, Memento, The Prestige, 500 Days of Summer, Juno.

Saya juga fikir Gordon-Levitt lagi macho dari DiCaprio. Sudah tengok Brick? Sila tonton.

Penulis Komen-Filem berkata...

Syabas. Saya juga sudah tengok Inception, Memento, The Prestige, 500 Days of Summer, Juno.

Saya juga fikir Gordon-Levitt lagi macho dari DiCaprio. Sudah tengok Brick? Sila tonton.