3 Review Konsert : Yuna Decorate (2010)




Setiap minggu konsert!! Gua dah berjaya peruntukkan hujung minggu gua selama 2 minggu berturut-turut untuk berkonsert. Minggu lepas, RedAmp MTV dan minggu ni Yuna Decorate. Yuna? Mungkin makcik-makcik yang sibuk dekat parti Tupperware tak berapa nak kenal siapa ni Yuna. Pakcik yang rajin naik haji dekat kedai kopi pun masih dok sibuk sembang pasal isu curi pasir, walhal anak kat rumah dah start lunch makan pasir.

Yuna-Decorate adalah sebuah showcase concert yang dianjur khas sebagai pengenalan kepada album terbaru Yuna, Decorate. Dengan set yang ringkas dan hanya menumpukan pada pencahayaan dan 'blurry slideshow' sebagai latar belakang, sememangnya gua rasa sebagai suatu pemilihan yang sesuai dengan Yuna yang terkenal dengan retro-laden track.




KL Pac berjaya memberi suasana yang cozy feeling yang menaikkan mood audience sebelum melangkah masuk kedalam dewan. Berbekalkan lagu elektropop dan alternative, gua rasa sememangnya konsert seperti ini tak perlu moshpit atau 'ruang legar' untuk penonton. Cukup sekadar susunan kerusi tipikal seperti di panggung wayang atau Istana Budaya yang menjanjikan keselesaan untuk menghayati muzik-muzik indah.




Pada jam 9 malam, Hunny Madu sebagai emcee keluar dengan pakaian yang woohooo~ Brader-brader pun boleh lupa nama bini masing-masing beb. Hunny memang energetic memang penaik suasana kerana konsep showcase yang cozy ni mampu menidurkan gua jika tak ada 'daya penarik' kelopak mata. Hahaha



Adrenaline budak sebelah gua dah membuak-buak, gua usha dia dah nangis dah bila Yunalis Zarai or Yuna naik stage. Set pertama dirasmikan dengan Someone Out of Town. Diikuti dengan single pertama yang makin membuak-buak di radio perdana, Gadis Semasa. Perisa elektropop yang ringan dan mesej yang mudah. Sesuai untuk penghayatan gadis awal 20-an. Makanan ruji mungkin.

Single yang disedut dari EP lepas, Rocket berjaya menarik nostalgia pendengar yang mula mendengar Yuna sejak 2 tahun lepas. Rocket is a sing-along-song, maka tidak perlulah dikhuatirkan sebab macam mana bentuk presentation lagu ini, pasti orang akan suka jugak.

Permission dihidangkan secara 'garang'. Dengan attitude dan body language Yuna disertakan dengan selingan lampu simbah berwarna merah sememangnya menaikkan mood pendengar. Menjadikan lagu tersebut sungguh cliche dengan melodi lagu dan beat-beat drum yang 'keras'.

Super Something adalah sebuah lagu 'radio-friendly', yang gua rasa keluar tepat pada masanya. Sebuah lagu yang gua rasa lari dari norma 'Yuna's sound'. Mungkin sebab ianya digunakan untuk tujuan komersial produk wanita, Libresse. Owh ya, gua dapat sepeket Libresse dan gua pening kepala nak buat apa.

Greek Goodness dan Sparkle sememangnya tipikal pilihan baik untuk penhujung set 1. Gua perlu rehat atau gua akan tertidur dibuai tona suara indah Yuna. Walaubagaimanapun, pihak organizer tak mudah melepaskan audience. Set digelapkan dan lampu simbah difokus kepada bassist yang mula membuaikan bunyi-bunyian groovy. Gua fikir ini adalah interlude yang menarik, gua suka solo-solo bass.

*Gua tak paham apa erti goodies bag ni terhadap gua. Sabun berbakul pun apa guna kalau gua malas mandi?

Tapi suasana lebih menarik, bila gua dapat menjangkakan apa yang akan terjadi. Gua dapat kenal pasti dari solo bass tersebut, "This is Deeper Conversation!!". Okay, Im crazy about this song. It's a beautiful art. Yuna keluar dari belakang set dan menyanyikan Deeper Conversation yang sepatutnya tiada dalam track list. Sebab ianya Deeper Conversation, siapa yang nak marah kan? Hehe

Rehat 15 minit, gua keluar hisap rokok. Nampak beberapa muka familiar, Duan Seven Collar T-Shirt, Shahrul Love Me Butch, Youk Bunkface dan Atilia.

Set kedua dimulakan selepas gua tersedar kembali, Yuna kembali dengan berbekalkan gitar eletrik. Firework mengambil tempat sebagai permulaan set 2, ringan tetapi rebel. Gua terawang-awang dengan bunyian gitar yang floating. Disusuli dengan single yang menaikkan Yuna, iaitu Dan Sebenarnya dengan versi yang lebih eletro? Haha. Ok, introduction dengan vocal delay effect. Mengingatkan gua show mOnoloQue dengan persembahan Jika Ku Seorang Robot. Macam gua cakap, sing-along-song dan tak perlu risau untuk orang cakap tak sedap. Konpem-konpem orang cakap sedap walaupun terdapat sedikit teknikal error pada awal lagu ni.

These Streets dijuruskan dengan versi yang lebih beremosi, introduction perkusi (digital) yang men'elektro'kan suasana. Counter dari string instrumen, terutamanya cello berjaya menghidupkan bunyian. Lagu ni memang feel!

Solo piano mendahului single Penakut. Tajuknya keras, liriknya rebel tapi melodinya ringan. Tanpa petikan guitar, hanya melodi dari piano dan counter dari cello. Memang berjaya menaikkan jiwa rebel. Tapi tak serebel Sid Vicious la.

Coffee adalah sebuah single yang menarik, bunyi-bunyian contemporary blues menarik minat gua. Malangnya dalam album tak ada pula lagu ni. Tak perlu sebeban instrumen kerana gua rasa vocal Yuna adalah instrumen terbaik pada malam tu. Cukup lampu simbah dituju kepada AG Coco dan Yuna selama 3/4 lagu untuk menaikkan fokus dan feel. Dari segi composition, gua amat-amat tertarik dengan melody lagu ni.

Sebuah lagu jazzy-cheesy mengambil tempat ditelinga gua. Permainan tabla-digital dan solo-solo gitar yang berbaur tradisional India membuat gua ingun tahu bentuk arrangement lagu ini. Menarik!! Lirik yang menarik. Tapi malangnya versi live lebih menarik dari versi dalam album.

Cinta Sempurna juga adalah lagu feveret radio, pembawakan yang menarik. Tak perlu meletihkan jari menaip. Lagu penutup Decorate yang juga menjadi penutup tirai showcase ni. Memang kena dengan pepatah orang tua-tua kat England, save the best for last. Malam tu gua senyum pulang ke rumah.

Secara keseluruhan, Yuna bukanlah seorang artis yang petah di atas pentas. Tapi perangai malu-malunya dan some awkward things make her charming..awchh~ malu lah nak komen..haha

*Yuna tarik-tarik gua suruh amik gambar dengan dia. Gua layankan aja.

Berbekalkan CD terbaru Yuna (akan diulas), gua pulang ke rumah dengan kepuasan walaupun pada awalnya gua rasa RM60 untuk tiket artis yang baru melonjak mungkin adalah harga yang agak tinggi. Tapi sangkaan gua meleset, sound system, atmosphere dan Yuna sendiri telah memberi more than what I expected. I was delighted.

Lebar di depan, tirus di tengah dan berbelah dibelakang...cis






Gambar Rembat : wanzulfadliart.com

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

barang mekap tu i nakkkk!

Achan Sinclair berkata...

Bro..tu bukan mekap dow..tu tuala wanita beb.. ~_~

Nor Hanis berkata...

mcm tu bg kt i la. i guna kot... zzzz

senyum smpai ke telinga Yuna dpt begamba dgn Achan Sinclair.