0 Propaganda Amareka

*Mata hitam gua boleh lari sana-sini. Terer gila babikan gua?


Petang tadi gua asyik tengok cite Steven Seagal. Cerita dia nama Ruslan, pasal mafia Rusia. Macam biasa Steven Seagal mana boleh jadi orang jahat. Itu hukum alam.

Part last-last skali Steven Seagal kene lawan dengan orang jahat paling kuat. Kuat tapi bodoh. Dalam pertarungan tersebut, gua buat kira-kira pakai tasbih, ada lah lebih kurang 200 das tumbukan dilepaskan oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam beratus-ratus das tumbukan tu, 1 tumbukan kena Steven Seagal. Yang balance lagi 199 tumbukan tu kena tepat dekat orang-jahat-kta-tapi-bodoh tu.

Dah habis cerita baru gua sedar. Celaka, gua kena tipu dengan cerita orang putih buat sekian kalinya.

0 487 batang pen patah: