0 How To Be Capitalist #01 : Teknik Hisap Rokok Orang Kaya

Hari ni ikut COO gua jumpa client dekat Puchong. Pelajaran pertama gua hari ini adalah hisap rokok gaya orang kaya. Perbezaan kasta tak banyak berbeza dalam kehidupan di Malaysia. Gua termasuk dalam golongan kebanyakan, atau Kasta Ramai. Orang kaya korek hidung pakai jari tangan, sama juga dengan golongan kebanyakan. Tak da lagi orang korek hidung pakai siku.

Pendidikan hisap rokok secara orang kaya memerlukan anda menjadi orang kaya. Situasi macam bos ajak hisap rokok sekali. Lepas tu sedut 3-4 pam, terus buang rokok tu. Memang perbuatan begini boleh mengundang kesedihan. Mak kata kalau makan nasi tak habis, nanti nasi menangis. Gua rasa benda ni applicable untuk rokok kot. "Kalau hisap rokok tak habis nanti, rokok menangis."

Buat masa ni gua masih bertindak macam golongan kebanyakkan. Hisap rokok sampai terbakar filter, baru buang. Jiwa gua masih tak ada feel nak jadi kapitalis. Esok lusa entah apa gua belajar.


0 487 batang pen patah: