3 Ulasan Filem : Lagenda Budak Setan (2010)


Novel Lagenda Budak Setan?

Gua lirikkan mata gua ke arah buku novel yang dianggap hot stuff oleh pelajar-pelajar perempuan. Sebagai seorang pengawas perpustakaan berdedikasi, gua dah mula syak bukan-bukan. "Adakah ini majalah Playboy berwajah novel? Seperti pepatah orang tua musang berbulu ayam?" gua dah monolog bukan-bukan.

Bukan main hot stuff novel ni sampai belum sempat budak nak pulangkan novel tu dah ada orang Q. Gila babi hot, macam Maya Karin. Kalau nak compare reputasi dia dengan Kamus Arab-Melayu memang macam compare Proton Juara (Proton Mesin Basuh) dengan Toyota Alphard. Tak ngam.

Dengan inisiatif gua sendiri, gua seludup novel tersebut. Gua baca, hmm.. OK lah, jiwang sket-sket (nada kental).

----------------

Semalam gua kucar-kacir, pergi kenduri kahwin rakan zaman sekolah, Che Ani di Klang menaiki kereta baru Jali Bajet. Betul!! Jali Bajet reti bawak kereta dan ada kereta!! Walaubagaimanapun, gua sangka panas sampai ke everning rupanya raining in the afternoon. Kereta Jali Bajet musnah. Berbekalkan segulung ijazah dalam bidang sains perkomputeran, gua berjaya perbaik kereta Jali Bajet. Gua janji nak usha filem Lagenda Budak Setan pukul 3.30 pm. Nasib baik Che Nur angkat tiket jam 5.40 pm, tu pun gua sampai ngam-ngam jam 5.40 pm, dia sampai pukul 2 lebih..sorry beb. Owh, ini adalah aktiviti khas Persatuan Siswazah Single. Haha.

Expectation gua terhadap filem ini agak tinggi sebab gua usha trailer dia macam menarik dan gua respek dengan novel asal tulisan Ahadiat Akashah. Maka gua agak excited nak menonton filem ini dan beberapa alasan lain. Gua meletakkan expectation setinggi filem Cinta dari segi plot, sinematografi dan penyatabunyi.

Bersipnosiskan budak baru Ayu (Lisa Surihani) terminum air coke perisa cicak hasil air tangan samseng kolej, Kasyah (Farid Kamil). Entah apa minyak Ayu sapu dekat Kasyah sampai mamat tu jadi angau ngan dia. Sebelum ni memang perangai Kasyah ni macam baik sikit dari iblis. Semasa budak-budak lain sibuk belajar, depa sibuk bercinta. Nak jadikan dramatik, sebenarnya Ayu ni baru clash dengan Azmi (Que Haidar). Azmi ni memang cintakan Ayu, tapi dia psiko beb. Tak cool, kaki dera, kaki perempuan dan ringan kaki.

Apa kejadahnya pula, pihak kolej hantar Kasyah masuk kampung jadah mana cantik gila buat FYP. Yang bestnya FYP dia setahun ngam kot, tak dak telepon, internet semua. Kalau gua memang dah berkebun terus dekat sana. Tupp..tupp.. Ayu kahwin dengan Azmi sebab angkara orang tua.

Lepas tu Ayu eksiden, muka pecah macam kena tindih steamroll. Dah ejas muka, jadilah Ayu baru (Shiqin Kamal). Dan selepas Ayu bercerai dengan Azmi, Kasyah masuk line balik. Pada masa yang sama Katerina (Fazura) ada hati dengan Kasyah. Damn..rambut belah tengah pun ramai awek.

Disebabkan Azmi psiko, dia tempeleng Ayu sampai hilang ingatan. Lepas tu Kasyah pening kepala la nak ejas Ayu balik. Macam mana cerita? Adakah ingatan Ayu akan kembali? Atau Ayu akan menyangka dirinya adalah tapak sulaiman selepas mendengar lagu dendangan Elyana? Lu pergi la wayang!

Dalam struktur plot filem ni, gua macam dah nak jatuh hati ketika plot Stage I : Setup dan Stage II: New Situation, dimana kisah Kasyah yang jahat diangkat dan Ayu mambu 'control' Kasyah. Tapi bila sampai turning point dia, gua dah rasa filem ini terlampau laju. Dan jangkaan gua tak meleset, makin lama makin laju filem ni. Nak kejar apa entah. Tup-tup kahwin, cerai, beranak. Ada satu part tu Sue (Raja Farah) tanya Ayu yang tengah patah hati.

Sue : Ang nak pi mana ni?

Ayu : New Zealand

Sue : Bila?

Ayu : Petang ni.

Watdeeff sedara sedari sekelian? Pergerakan plot yang terlampau laju sehingga feel filem tu tak sampai. Unsur dia dah ada, tapi sebab dia berdesup sangat. Mood penonton macam tengah tengok Baywatch lepas tu dengar azan maghrib.

Skrip lagi satu isu. What the hell dengan ayat " Kerja yang awak ni adalah jawatan kosong yang belum diisi tu?" Sah-sah la der, jawatan kosong tu belum diisi. Nama pun jawatan kosong. Dah gua rasa ada beberapa kesalahan terlampau lagi.

Penyata bunyi, perrghh!! Antara yang memotong stim adalah bunyi-bunyian yang tak patut ada. Macam ada babak sedih tu, patut ada bunyi OST je. Tak perlu diselingkan dengan bunyi bayi menangis atau bunyi burung. Rasa nak terajang!! Walaupun gua sedikit pekak, tapi gua sensitip dengan hal-hal bunyi-bunyian ni. Haa...suara Ayu baru lepas plastic surgery pun macam haram. Tau la nak pakai suara Lisa Surihani jugak, tapi tak payahlah nak kasi kesan dubbing tu jelas nyata lagi terang. OST ni import dari indonesia lagu dia, ada 2 versi. Laki dengan perempuan. Yang versi perempuan gua layan jugak, versi lelaki tu...perrghh.. Kalau gua jumpa penyanyi dia depan mata, gua sepak dia kat dada. Suara ngada-ngada.

Sinematografi!! Gua kasi 9/10. Cantek gile!! Pemilihan shooting site memang A. Gua sangat-sangat kagum!! Pokok besar atas bukit ada sunset, air terjun tinggi yang Kasyah lepak tu, sampai jamban tempat Katerina menangis tu pun cun. Site memang woww lah senang cite!! Teknik pengambaran pun cun. Shadow technique dari spek mata nampak muka orang depan. Wow..style!! I love it.. Angle pun cun-cun!!

Lakonan, Farid Kamil ok. Lisa dengan Que memang bukan main-main. Ada masa depan cerah beb. De Niro melayu?haha

Secara keseluruhan, gua terlampau meletakkan harapan tinggi. Gua ingat benchmark filem Cinta boleh dicabar. Owh, jauh sekali. Filem cinta perlu lagu yang bagus, plot yang bagus, bukan sekadar pelakon cantik aja. Namun ini antara revolusi dalam dunia perfileman tanahair kerana memang julung-julung kali filem melayu diadaptasi dari novel. Selalu novel diadaptasi dari filem banyaklah. Kepada pasangan bercinta, simpan duit makan McD ok? Tahniah, trailer best.haha

Rating : 6.5/10



3 487 batang pen patah:

Sarhanah Rosli berkata...

sampai la ni dok pk..awat la kasha tu buat fyp smpai masuk hutan belntara..kita dlu fyp senang2 dpt masuk edx, xpyh msuk hutan pun?? pdhal amek subjek marketing je kasha tuh.haha


plot cter mmg laju. sebb tu ayu pun laju jer nk pegi nz.

Achan Sinclair berkata...

Haha..riak nampak masuk EDX..ish2..selamat dia tak kena dgn mr jale jd evaluator kn?haha

Sachou berkata...

haha..lawak ar..

aku rase post ni lg best dr crite ni

"Mood penonton macam tengah tengok Baywatch lepas tu dengar azan maghrib." adeh...xleh blah..