0 Roda Tak Mau Pusing, Asyik Kat Bawah Je



Semalam gua suka, hati gua jadi bunga-bunga bila Faliq nak belanja gua makan satay. Ikut Rancangan Malaysia ke-10, kami nak ke Kajang. Memandangkan keadaan trafik yang macam setan jem, kalau ambulan lalu bawak akak nak bersalin dari Ulu Klang, dalam perhitungan gua nak sampai Hospital Ampang sempat la anak dia tu amik PMR. Maka gua dan Faliq menuju ke Satay Station, Ampang.

Satay Station is a good choice kepada peminat satay daging yang juicy. Kalau lu gigit satay dia, merecik-recik meat juice dia. Perghh..metafora macam setan menipu. Pilihan satay pun banyak, ada satay ayam, daging, rusa, kuda belang, kerengga, tebuan tanah dan pelbagai pilihan enak...

OK, gua tipu lagi, ada satay ayam dengan daging je.

Maka nak makan satay, gua kenalah keluar dari keretakan? Agak jahanat kalau gua order satay, lepas tu suruh wek tu hantar pinggan dekat kereta. Gamaknya kalau gua mintak kuah tambah, mau awek tu repot dekat brader tukang bakar satay. Lepas tu kereta gua pulak brader tu bakarkan. Sial, gua dah merepek.

Gua parking kereta dekat depan kedai la senang cite. Selepas gua menikmati satay dengan aman dan bahagia. Gua masuk kereta balik. Kemudian..

Faliq : Achan, tingkap kau memang macam ni ke?
Jari Faliq tuju ke cermin tingkap yang berderai.

Achan : Fakkk!!! Gitar gua. (sambil mengagau angin di seat belakang)

Cibet. Kereta gua kena pecah dan gitar gua, Borhan telah dirembat dengan jayanya oleh pencopet. Gua cek, TV Plasma (laptop) gua, amp Roland Micro Cube gua tak pulak dirembat. Agak bahalol pencuri tersebut. Tapi kalau kena rembat, gua jugak yang menderita. Haha

Tanpa ragu-ragu, gua menujuk Balai Polis Ampang Jaya untuk membuat laporan polis. Perrghh.. ayat gua macam karangan SPM. Buat repot gitar hilang pun dekat sejam. Pak Cik Polis tanya bukan-bukan, sampai gua main lagu apa pun dia tanya. Nak jawap grunge serba salah. Gua pakai baju opis..haha

Dah setel buat repot, gua jalan terus ke Palm Garden Hotel. Tengah jalan gua cakap telepon, lepas tu gua rasa silau-silau dari belah kanan. Setan apa usha-usha gua telepon pakai torchlight? Gua perhati dalam-dalam. Sialan!! Rupanya JPJ pulak. Hambek sepam, tak pakai seatbelt sama telepon sambil memandu.

JPJ : Encik tak tau ke salah buat call sambil memandu?

Gua : Encik pulak tak tau ke sekarang era moden, Masa bergerak pantas, mana boleh nak buat satu kerja pada satu-satu mana?

JPJ : Nah saman RM5 juta.

Mungkin situasi boleh jadi seburuk itu kalau gua menjawap sedemikian rupa. Ok fair, gua dapat makan satay. Cermin gua kena pecah, gitar gua hilang dan gua kena tahan JPJ. Yes!!

Keesokan hari gua ke Ah Chuan Workshop kat Jalan Segambut untuk mengantikan cermin yang dipecahkan oleh pencuri jahanat tersebut. Sampai bila gua nak buat punk tutup tingkap paka plastik? Selepas gua goda-goda Ah Chuan, dapatlah harga yang sepatutnya dan dipersetujui oleh dua-dua belah pihak. Maka melayang lagi duit gua selepas beberapa kejadian berikut.

Kepada datin-datin yang kesian dan nak sponsor gua, sila hubungi gua secepat mungkin. Duit dah tinggal sikit.

Terima kasih


0 487 batang pen patah: