2 PLKN?? Neraka Apa Kah?

Gua boleh tahan berdebar kelmarin, macam Maya Karin nak masuk meminang pun ada dia punya feel. Lelaki kacak mana tak berdebar bila tahu minggu depan beliau kena lapor diri untuk PLKN. Ya, betul!! Khidmat Negara yang macam iklah Biozip tu.

Sedangkan Diana Danielle pun dah keluar PLKN, gua yang meniti usia ke suku abad baru nak kena report PLKN. Apakah muslihat kerajaan disebalik tindakan drastik ini? Tak tahukah mereka bahawa kehadiran gua ke kem PLKN mampu menyusahkan diri gua, pelatih-pelatih lain dan pihak pengurusan kem sendiri.

Dengan jarak usia 6 tahun dengan peserta-peserta lain, gua percaya bahawa banyak pengaruh negatif yang akan gua bawa bersama. "Adik, lu nanti keluar masuk PLKN lepas tu nak masuk u? Tak payah la. Keluar u nanti menganggur jugak. Baik lu menganggur awal-awal, tak payah masuk u."

Dan gua rasa pengalaman gua dalam bidang pengurusan mampu memberi gua peluang untuk menubuhkan kumpulan kongsi gelap dalam kem PLKN tersebut. Terlanggar bahu sikit dah keluar parang. Sanggupkah pihak pengurusan kem mengambil risiko tersebut?

Kesimpulannya gua rasa, pihak kementerian tak perlulah masukkan gua dalam PLKN. Ramai lagi budak-budak hisap dadah kat luar sana yang perlukan bimbingan. Gua ok, gua clean beb. Kalau bikin urine test pun gua percaya kandungan dadah rendah, tu pun akibat kuat minum kopi. Kandungan gula mungkin tinggi sikit, pun akibat kopi. Haha


*Gambar Diana Danielle pakai macam ni mungkin ramai telan air liur. Cuba muka Diana diganti dengan muka gua. Nescaya ramai yang meludah!

Semalam gua ke pejabat PLKN, gua dapat mintak tangguh sampai tahun depan. Esok gua dah nak start puasa, nak kumpul duit buat modal pindah oversea. Ada sapa-sapa nak join?


2 487 batang pen patah:

Norman Naim berkata...

ak xnak ludah gmbar ko can..
mmbazir air liur aku~

Sachou berkata...

erk..asal tetibe kene gi PLKN lak?