2 Pengalaman Saya Sebagai Pengaturcara

*Poster Programmer paling hensem 2010 - Majalah PC, June 2010

Esok adalah hari terakhir gua bergelar Pengaturcar Komputer atau bahasa ibunda, Programmer. Tugasan gua mudah, main fesbuk, hisap rokok, buat muka kelat macam ada masalah kerja. Ulang tiap-tiap hari, hujung bulan dapat gaji.

Hidup gua happy dekat sana, kalau kerja gua bukan buat coding maka gua boleh kata hidup gua perfect kat sana. Gua tak ambil kisah sangat kawasan sekitar ofis gua, gua sedar kewujudan pusat judi haram bertopengkan kafe siber kat tingkat bawah opis gua. Sebelah kedai dia ada rumah urut, rumah urut jadah apa kalau tukang urut amoy dari China pakai seksi-seksi. Dapat gaji company baru nanti gua nak kena try jugalah. Tu belum kira kedai Apek jual rokok sama fotostat, Apek tu kalau mesin kira dia rosak memang gua rasa dia kena tutup kedai. Bahasa Melayu tak reti langsung, bahasa inggeris jauh sekali. Gua beli rokok kena tunjuk kotak, dia tunjuk mesin harga yang menunjukkan harga rokok tersebut, macam haram nak keena main bahasa-bahasa isyarat pulak. Gua usha ada sijil koperasi polis kat kedai dia, jangan cakap rumah urut sama pusat judi ada sijil tu jugak sorang satu.

Opis mate gua semua bangsa cina, ada cina Singapore, Indonesia, Malaysia, cuma gua sorang muka macam cina. Gua tak kisah, sebab bukan dorang paksa gua makan itik gantung pun. Bekerja dengan dorang memang cool, cuma jiwa gua tak begitu teknologi. Secara faktanya, memang gua paling tak nak jadi programmer. Tapi gua dah dapat rezeki macam ni, gua pasrah ja. Opis 10 minit dari rumah, lelaki hensem mana tak hepy? Kalau terlajak bangun pukul 8.35 masih mampu berada di pejabat sebelum jam 9.00. Kagum kan?

Tadi gua diberi tugasan terakhir, iaitu buat website Sony Music. Semoga masterpiece gua akan berkekalan.

Lepas ni gua bergelar penganggur buat kali terakhir untuk seminggu. Yezza!! Bersempena gua lari dari company lama. Gua tujukan khas lagu Running dendangan No Doubt. Amacam?




2 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

i hate programming!

aryster krory berkata...

aja aku cane nak jdik programmer..