2 Drama TV3 Pukul 6.30

Lampu Kuning..

Lampu Merah..

Gua tekan brek motor kuat-kuat sebelum gua terperosok bawak kereta orang akibat melanggar peraturan lampu isyarat. Gua usha tajam-tajam timer lampu isyarat tersebut, 120 saat. Kepala hotak dia, 2 minit rehat gua sempat parking tepi cek minyak hitam motor kot. Yang gua tak puas hatinya, bila lampu jadi kaler hijau, maka timer pun menunjukkan masa seminima mungkin. Merah 120 saat, hijau 2 saat. Kalau bawak kereta, tak masuk gear lagi, lampu dah tukar kaler kuning balik. Entah teori apa dia pakai gua pun tak paham.

Gua tak suka membuang masa tak tentu arah bila situasi begini. Gua capai kotak rokok dalam poket, dan bakar rokok. Dari gua hisap asap kereta tak tentu arah, ada baik gua hisap rokok. Nampak macam hero Amareka sikit.

Sedang gua sibuk buat bentuk 'K' paka asap rokok, gua terdengar suara akak motor sebelah membebel dekat suami dia.

Akak : Bos tu memang tak paham bahasa. Fail berlambak atas meja pun masih nk bagi kerja.

Suami akak tu mengangguk diam.

Akak : Tu lah abang, bila saya cakap tak ada respons. Macam cakap dengan batu kerikil...bla..bla..bla

Gua : Akak..akak rasa berbaloi tak pelaburan wang hantaran kahwin suami akak ni masa dia nak kahwin dengan akak dulu kalau macam ni rupa?

Pop-Kuiz

Apa bakal terjadi kepada gua jika gua sampuk perbualan akak tersebut dengan skrip di atas?

A) Badan gua berbirat bekas lecur kena ekzoz panas EX5
B) Gua hisap rokok, filter dekat luar, bara dalam mulut.
C) Gua kena tambat dekat tiang trefik light.

2 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

C

Sarsir berkata...

lu kene campak msk bwh lori pas2 kene gelek ngan lori 2