6 Ulasan Filem : Ip Man 2 (2010)



Ip Man. Waktu awal-awal gua tau cerita ni, gua bajet ni cerita pasal hacker, IP (Internet Protocol) Man. Tajuk movie bunyi gila babi teknikel. Sekali rupanya pronounce dia Yip Man. Sia-sia mak gua hantar gua masuk tadika cina masa kecik-kecik dulu.

Secara pendeknya Ip Man adalah seorang sifu kung fu style Wing Chun dari Fo Shan. Brader ni juga merangkap tok guru Bruce Lee. Filem Ip Man 1 memang terbaik. Ip Man 2? Come and read the review.

Selepas zaman jepun, Ip Man (Donnie Yen) pindah Hong Kong. Ip Man yang kaya raya dulu, sekarang dah jadi papa kedana. Untuk menampung kehidupan anak bini, Ip Man try market nak bukak sekolah kung fu kat Hong Kong.

Tapi undang-undang kat HK zaman tu memang anak aram. Sifu yang nak bukak sekolah kung fu kena sparring dengan sifu sekolah kungfu lain dulu. Lepas tu depa kena bayar duit perlindungan kat polis mat salleh yang korup macam aram. Gua pun tak paham depa terer kungfu, awat tak kungfu je mat salleh tu.

Nak panjang story, polis mat salleh tu bawak boxer, Milos mai HK. Perangai boxer tu macam anak-gampang atau son of a bitch dalam bahasa penjajah. Milos ni suka-suka hati pukul sorg tok guru kung fu, Sifu Hung (Sammo Hung) sampai mati. Lepas tu siap kutuk-kutuk orang cina lagi. Lepas tu, Ip Man pun take part nak challenge Milos ni la. Kira macam tu la story dia.

Yang menariknya, Ip Man adalah true story. So the best story is true story. Memang perjalanan Ip Man ni macam haram la. Zaman tu memang budak-budak kuat gaduh kot. Angkat-angkat kening je dah boleh start panggil geng angkat parang kot.

Dari segi story line, kisah dia terlampau simple. Drama dia tak cukup'drama' macam Ip Man I. Tapi dirctor, Wilson Yip ni memang terer dalam influence psikologi penonton. Dia suruh kita kumpul geram dulu, lepas tu hujung-hujung memang gua ketap bibir usha Ip Man pukul Milo tu. Tanda puas!!

Action? Sammo Hung kot action director. Mamat ni classmate Jackie Chan kot. Cuma dia tak sefemes Jackie Chan sebab BMI dia lebih 30. Tapi gua masih prefer Ip Man I sebab sesi pukul-pukul kali ni lebih 'beradab' sebab dia masuk pertandingan. Kalau street fight baru mantap beb. Cuma kurang sikit unsur tumbuk laju-laju macam Ip Man I.

Sinematografi dia, untuk Ip Man II dia macam ada unsur-unsur sinematografi filem kung fu klasik, part zoom in-zoom in muka bila nak gaduh.

Bini Ip Man lawa.

Secara keseluruhan best gak la. Tapi Ip Man I best lagi.hahaha

Rating : 7.8/10




Gua sertakan sama babak feberet gua dari Ip Man I bagi sesiapa yang tak pernah usha Ip Man I.



6 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

zaman DVDku dah berakhir... Australia dulu heaven DVD

Achan Sinclair berkata...

DVD cetak rompak cina Bt Ferenghi tak kurang hebatnya..haha

drum kit berkata...

IP Man 2 terbaik

JAIRO berkata...

achan lama aku tak lawat blog ngko ni.. kekekeke aku setuju ngan review ngko pasal movie ni mula2 aku nak review gak tapi tengok kau dah review kalau orang nak baca review aku aku suruh drg p sini jer lah tak la penat aku taip kekekekekeke

p/s: aku pun ingat pasal internet protocol....

President berkata...

hai..byk2 ulasan pasal ip man 2 ni, aku paling suka
"bini ip man lawa"

ahahahaha~

enche' atokken chou berkata...

haha..gua berderau darah mase yip man tumbuk muke milos last2 tu..serius gua sendiri ada rase nak tumbuk muke orang mcm tu..so amaran jangan tengok cerite ni berdua-duaan kalo xnak berlaku pertumpahan darah