0 Time Management Punya Sembang


Malam dah kian gelap. Dia punya gelap silap-silap nyamuk pun pakai lampu suluh nak cari makan. Kerja sekolah yang Cikgu Kamsinah bagi siang tadi nak kena submit esok pagi. Cerita pasal imbuhan "me", "ter" dan "pe". Kalau zaman tu dah ada Google tak pa, taip imbuhan lepas tu terus klik 'search'. Kalau lagi malas terus klik 'Im Feeling Lucky'. Ini zaman Sergey Brin sama Larry Page tengah tekun study nak ambik SPM hujung tahun tu.

Satu contoh ayat pun tak buat lagi. Petang tadi bukamain hebat gua main Tamiya dalam longkang dekat tepi padang. Sekarang dah huru-hara. Gua menulis tekan pensil sampai tembus muka surat belakang. Ilham tak sampai lagi. Dalam kepala dah terbayang Cikgu Kamsinah tarik rambut hentak-hetak kepala gua dekat meja. Plusshhh..berselerak darah. Kena papan hitam sikit, kena kipas pun ada, jadual kebersihan macam ada corak baru, batang hidung Che Wan Nurul Hanisah pun tak terlepas dari percikan darah gua.

Gua pandang mak gua. Mak gua buat muke tengah lipat kain sambil tengok drama Opah. Perrgh.. habis Opah ni dah pukul 12 malam. Macam mana pun, pukul 12 Abah gua akan hambat gua masuk tidur. Lantaklah Jepun jajah Malaysia balik ke, Malaysia masuk final World Cup ke. Asal pukul 12 gua kene tidur. Dan sekarang masa dah suntuk.

Ada pepatung hinggap dekat meja. Gua kejar... Lari dan terus kejar.

Teneeng..neneng..teng... keluar bunyi intro berita TV3 Nightline.

"Good morning.." gua dengar suara Raymond Goh.

Gua pandang sayu dalam-dalam ke mata Abah dengan Mak gua. Mungkin ini kali terakhir gua bersama mereka bila gua mengenangkan nasib gua dekat sekolah esok.

0 487 batang pen patah: