0 Kalau Nak Diikutkan..

Kalau nak diikutkan rasa sayang
Ingin saja aku terbang
Hinggap di dahan yang rendang
Mengintai orang yang disayang.

Kalau nak diikutkan rasa kasih
Ingin saja ku merintih
Atas perasaan yang pedih
Dalam mengenangmu kekasih.

Kalau nak diikutkan rasa cinta
Ingin saja ku kata kau pujaan hati beta
Tiada dua mahupun tiga
Kerana tidak mahu ku jadi insan pendusta

Kalau nak diikutkan hati yang gundah gulana
Jadilah aku insan derita nan sengsara
Siang malam fikiran kacau entah kemana
Mengingati dikau kekasih hati hamba

Kalau nak diikutkan hati yang tak keruan
Ibaratlah daku nyawa ikan haruan
Umur panjang biarpun dah bertapa di daratan
Kerna masih ada kesan kasih sayang yang tak terhapuskan

Kalau nak diikutkan hati yang benci
Mahu saja pintu hatiku dikunci
Bak seteguh dan seutuh peti besi
Hinggakan tiada siapa yang mampu tembusi

Kalau nak diikut-ikutkan
Hanyalah sebuah coretan bukannya kiasan
Tiada melibatkan sembarang apa pun perasaan
Samada bagi insan yang hidup,mati mahupun yg pengsan…

(0100, May 29 2010)

0 487 batang pen patah: